BAB 5

Romance Completed 567

Sampai sahaja di rumah keluarga Batrisyia , dia mengambil keputusan untuk
menyembunyikan diri di belakang pokok asam memerhatikan dahulu keadaan
sekeliling. Melihat sekiranya bapanya ada disitu. Mujurlah bapanya tidak
sampai lagi. Mungkin berhenti sebentar di warung berbual dengan
rakan-rakannya. Dia melihat Batrisyia keluar menuju ke arah kereta Honda
Civic milik ibunya, memunggah barang untuk dibawa ke dalam rumah. Tiada
siapa di sampingnya ketika itu. Ahli keluarganya yang lain berada di
dalam rumah. Dia menapak perlahan menuju ke arah Batrisyia .

“Biar Aziz tolong.” Hampir terlepas beg plastik yang dipengang Batrisyia .
Muka gadis itu pucat kerana terkejut.

“Aziz ? Buat apa kat sini?” Tanya Batrisyia sambil memerhati Aziz mengangkat
beg-beg plastik itu ke muka pintu.

“Saja datang nak jumpa Batrisyia . Batrisyia …” Belum sempat dia menghabiskan kata sebuah kereta BMW berhenti di hadapan rumah Batrisyia . Seorang lelaki berkaca mata keluar sambil menghadiahkan senyuman kepada gadis itu. Batrisyia berlari lalu memaut lengan lelaki dengan manja. Dia hanya mampu memandang kehairanan.

“Sayang… ingatkan you tak jadi datang tadi. Mesti you penat
drivekan? Jom masuk jumpa family I. Aziz terima kasih tolong Batrisyia .
Batrisyia masuk dulu ye…” Batrisyia menarik tangan lelaki itu menuju ke dalam rumah meninggalkan Aziz yang masih terpinga-pinga.

Siapa lelaki itu? Apa hubungannya dengan Batrisyia ? Sejauh mana hubungan
mereka? Pelbagai lagi persoalan bermain di benak fikirannya. Dia
bergerak perlahan ke sebuah tingkap di rumah itu. Dari situ dia melihat
kemesraan antara Batrisyia dan lelaki itu. Tak sanggup melihat kemesraan
yang terjalin, langkah kaki dihayun ke rumah sambil tangan menggengam
penumbuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience