BAB 6

Romance Completed 567

Malam itu dihadapan meja belajar dia masih memikirkan Batrisyia . Batrisyia pasti
menyukai lelaki kaya dan berpelajaran. Ya. Pasti semua gadis pun begitu.
Siapa yang mahu bersama dengan orang miskin dan bodoh? Buku Sains
dibuka. Dia mahu tekun belajar supaya dapat memegang jawatan tinggi
dengan ilmu yang dimiliki. Selepas ini dia tidak perlu lagi mengejar
Batrisyia kerana gadis yang lebih cantik lagi akan melutut untuk bersamanya.
Sehingga pukul 2 pagi halaman buku Sains itu masih tidak berubah. Dia
sibuk memikirkan bagaimana kehidupannya setelah menjadi orang kaya kelak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience