BAB 4

Horror & Thriller Completed 620

Beberapa minit berlalu, barulah kelihatan seorang demi seorang kawan-kawan yang sekelas dengannya datang untuk menghadirkan diri ke kelas tuisyen pada waktu malam.

“Cikgu Hazri tak datang lagi ke?” Soal Zaifa yang baru mengambil tempat di sebelah Tasya.

Tasya menggelengkan kepalanya. “Belum. Kereta Cikgu Hazri pun takde lagi.”

“Kau dah siap ke Mera latihan fizik yang cikgu suruh buat. Pinjam.” Laju Zaifa mencapai kertas latihan Amera yang terdampar di atas meja kayu. Amera hanya melihat Zaifa yang kalut menyalin jawapannya. Entah betul entah taklah jawapannya itu. Dia pun pakai buat je. Janji siap.

“Eh, mereka tu bercerita pasal apa ya? Bukan main rancak lagi.” Ujar Tasya. Amera hanya menjungkitkan bahunya. Telinganya juga menangkap beberapa orang pelajar perempuan yang sedang berkumpul tidak jauh dari tempat mereka duduk sedang rancak bersembang mengenai sesuatu yang kurang jelas menampan pendengaran telinganya.

“Entah! Kau tanyalah.”

“Wei, korang cerita pasal apa tu? Nak dengar jugak.” Celah Tasya. Dia sudah menggamit mereka mendekati tempat dia duduk.

“Ni Farah ada dengar cerita dari pak cik jaga sekolah siang tadi.”

Amera hanya mendengar.

“Cerita apa?” Soal Tasya teruja mahu tahu.

“Cerita seram dekat sekolah ni lah.”

“Oh! Cerita apa pulak kali ni. Pak cik jaga memang banyak cerita, kan?” Sampuk Zaifa yang hanya mendengar sedari tadi.

“Kau ceritalah Farah. Kau yang dengarkan dari pak cik jaga sekolah kita.” Suruh Atikah.

Farah sudah mengambil tempat di sebelah Amera.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience