BAB 5

Horror & Thriller Completed 620

“Pak cik jaga cakap malam kelmarin waktu dia ronda dekat bahagian belakang tu. Yang bangunan dekat dengan makmal dan seingat aku kelas kita waktu tingkatan 3. Dia nampak kelas kita dulu tu cerah. Lepas tu dekat kelas tu ada orang macamtengah belajar. Macam suasana cikgu tengah mengajar anak muridnya la. Lebih kurang macam tu lah ceritanya.”

“Oh ye ke? Waktu bila ni?”

“Waktu malam la. Tengah malam. Dah banyak dah kejadian macam ni. Sekolah kita ni kan keras sikit.” Ujar Farah sambil berbisik perlahan.

“Wei dah la. Cikgu Hazri dah sampai tu.” Tegur Amera mahu memberhentikan cerita seram itu. Naik meremang bulu romanya mendengar cerita-cerita seram yang banyak berlaku di sekolahnya. Memang pun ramai yang cakap sekolahnya ini ‘keras’.

“Kau takut ea?” Sakat Tasya. Dia sudah tergelak-gelak melihat muka Amera yang berubah warna.

“Hish kau ni. Main-main pulak. Kau jangan…” Amera cuba mengingatkan. Dia sudah mendahului kawannya yang lain yang sudah bergerak ke kelas yang sudah cerah.

“CIKGU saya nak ke tandas sekejap.” Ucap Tasya. Dia sudah bangun dari duduknya. Amera yang sedang menguyah keropok kacang pis yang dibawanya setiap kali ada kelas malam, hanya melihat Tasya sekilas. Pandangannya kembali ditumpukan pada soalan yang menjadi topik perbincangan tika itu.

“Pergi berteman. Ajak kawan awak sekali. Amera ke temankan?”

Amera tersedak apabila namanya disebut. Ditelan laju keropok kacang pis yang berada di dalam mulutnya. Kepalanya sudah tergeleng laju.

“Sa… saya tak rasa nak ke tandas cikgu. Suruh Zaifa la temankan.” Laju Amera menyebut nama Zaifa yang sedang menulis sesuatu di atas kertas. Zaifa sudah mengangkat wajah memandang muka Amera dengan kerutan di dahi. Terjungkit keningnya seolah bertanyakan soalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience