BAB 10

Thriller Completed 623

“Ya. Ayat lima ialah ayat-ayat yang diambil dari lima surah dalam Al-Quran. Iaitu Al-Baqarah ayat 246, Ali-Imran ayat 181, An-Nisaa ayat 77, Al-Maaidah ayat 27 dan Ar-Ra’d ayat 16.”

Zaifa menganggukkan kepalanya. “Okey, aku akan cuba amalkan surah-surah tu.”

“Hmm, ada satu lagi kisah ni.”

Terjungkit kening Amera. “Kisah apa pulak? Peliklah. Korang banyak je tahu kisah-kisah dekat sekolah ni. Aku yang dah bertahun belajar dekat sini pun tahu gitu-gitu je. Itu pun tak banyak.”

Zaifa tersenyum kecil. “Ala aku tahu pun dari Farah. Dia kan suka kutip-kutip kisah macam ni.”

“Hmm kisah apa pulak yang kau tahu?” Soal Amera. Soalan add math yang tertangguh, dijawabnya sambil telinga memasang telinga mendengar kisah seram dari Zaifa.

“Kisah ni waktu siang. Ada cikgu perempuan cakap, dia pergi tandas dekat tandas untuk cikgu yang dekat dengan bilik kaunseling tu. Dekat tandas tu la. Cikgu perempuan tu dengar bunyi air yang mencurah-curah dari dalam tandas. Waktu dia masuk tandas tak bunyi. Bila dia dah keluar dari tadi, tetiba dia dengar bunyi air. Lepas tu bila dia jalan jauh sikit dari tandas tu, dah tak dengar.”

“Hmm ye ke?”

Terangguk kepala Zaifa. Mengiakan. “Cikgu sains kita waktu tingkatan 3 pun pernah mengalami jugak peristiwa dekat sekolah ni. Waktu tu dia kata dia buat kelas malam. Dah tu buat dekat makmal yang terletak dekat belakang sekolah tu. Dia nampak macam ada orang dekat tingkat atas sekali bangunan hujung tu. Dah la tingkat atas sekali tu takde siapa berani lalu. Dekat tingkat 2 pun dah sunyi sepi. Sejak hari tu cikgu sains kita tak buat kelas malam dekat makmal tu. Buat dekat dengan bawah pejabat sekolah je.”

Amera menelan laju air liurnya.

“Dah la tak payah cerita. Malas aku nak dengar. Buat seram je.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience