BAB 1

Horror & Thriller Completed 620

AMERA menyangkut beg sandang galas tepi yang disumbat dengan buku rujukan fizik ke bahu kanannya. Handset nokia yang sedang discharge dicabut dari chagernya dengan kelam-kabut. Bunyi motor diluar rumah membuatkan tingkah Amera sedikit kelam-kabut.

“Kak Mera. Cepatlah. Cakap nak pergi sekolah sebelum pukul 8.” Jerit suara adiknya, Danish yang selalu ditugaskan untuk menghantarnya ke sekolah pada waktu malam.

Amera mengeluh perlahan. Disebabkan dia duduk di kelas depan dan merupakan salah seorang pelajar target cemerlang SPM, jadi nak tak nak pada malam tertentu dia perlu menghadirkan diri untuk mengikuti kelas malam di sekolahnya. Dia sebenarnya tidak suka kelas malam kerana baginya waktu malam adalah waktu untuk dia belajar sendiri atau membuat kerja sekolah dan juga masa untuk berehat setelah penat belajar pada waktu siang. Lagi satu hal di tidak suka kelas malam kerana di sekolahnya telah banyak berlaku kejadian yang menyeramkan. Banyak kisah seram mengenai sekolahnya pada waktu malam.

Disebabkan banyak bangunan kosong yang tidak diguna di sekolahnya, menjadikan suasana pada waktu siang pun kelihatan seram dan tiada sesiapa pun yang berani untuk berlegar-legar di bahagian belakang sekolahnya walaupun pada waktu siang. Sekolahnya terletak di atas bukit dan dengar khabarnya di sekolahnya itu tertanam mayat orang-orang Jepun yang pernah menjajah Tanah Melayu. Sama ada kisah itu benar atau tidak dia pun tidak tahu. Khabar itu pun tersebar melalui cerita orang-orang tua yang menetap di kawasan itu. Kawasan yang dahulunya hutan dan telah diterokai untuk membentuk perumahan.

“Pukul 10 ambil aku tau. Kau bawak masuk motor dalam kawasan sekolah. Aku tak nak kau tunggu dekat luar pagar. Dah la jauh nak berjalan. Ingat ambil awal sikit. Kau tu suka ambil lambat, nanti tinggal aku sorang je.” Pesan Amera setelah turun dari atas motor.

Danish hanya menganggukkan kepala tanda patuh.

“Yelah aku tahu. Kalau aku lambat mesejlah aku.”

Share this novel

Rahmawati Abdul Mumin
2020-12-11 23:48:25 

tak lah seram sangat.tapi best

Rahmawati Abdul Mumin
2020-12-11 23:48:25 

tak lah seram sangat.tapi best

Rahmawati Abdul Mumin
2020-12-11 23:48:24 

tak lah seram sangat.tapi best


NovelPlus Premium

The best ads free experience