BAB 7

Horror & Thriller Completed 620

“Relakslah cikgu. Kitaorang ni berani. Kitaorang pun banyak tahu kisah seram dekat sekolah ni dari pak cik jaga. Apa yang dilalui oleh pak cik jaga tu, semua kitaorang tahu.”

Terangguk kepala Cikgu Hazri. “Saya pun dapat tahu dari pak cik jaga jugak. Kisah malam kelmarin yang kelas seperti ada orang sedang belajar kamu dah dengar ke?”

“Oh! Tahu. Betul ke cikgu?”

Cikgu Hazri menjungkitkan bahunya ke atas.

“Betul ke tak, saya tak tahulah nak cakap. Cuma kalau waktu malam nak datang ke sekolah ni jangan sorang-sorang. Bawak berteman walaupun hanya nak ambil buku yang tertinggal di bawah meja. Kalau awak nak tahu betul ke tak, malam ni awak balik lewat. Tunggulah sampai tengah malam.” Gurau Cikgu Hazri.

“Mana boleh balik lambat cikgu. Pak cik jaga tu tak bagi kitaorang tunggu sampai tengah malam.”

“Hah cikgu, cerita la apa lagi kisah seram dekat sekolah ni. Cikgu kan dah lama mengajar dekat sini.”

“Tak perlulah kamu semua tahu. Karang nak balik pun takut. Lima minit dah berlalu ni. Sambung bincang soalan tadi.”

Ada yang mengeluh apabila Cikgu Hazri tidak mahu meneruskan cerita.

Amera yang turut sama mendengar cerita itu sudah mengeluh perlahan. Dia pun nak dengar jugak cerita begitu.

“Cikgu nak tanya… kenapa ya 10 haribulan 10 tak boleh datang sekolah selepas waktu senja?” Soal Farah. Masing-masing sudah memandang muka Farah dan Cikgu Hazri.

“Hmm kisah tu ya. Sebenarnya tarikh tu tarikh seorang perempuan mengandung bunuh diri. Dia bunuh diri sebab terlanjur dengan seorang cikgu yang pernah mengajar dekat sekolah ni. Tapi kisah tu dah lama berlalu. Rasanya awak semua pun belum lahir lagi. Cikgu tu tak nak mengaku. Jadi pelajar tu tertekan la. Sebab tu dia bunuh diri dekat salah satu bangunan dalam sekolah ni. Dan sesiapa yang datang sekolah pada malam tarikh tu pasti akan mati seperti dibunuh.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience