BAB 3

Family Completed 637

“Kamu jangan nak tipu Damia ! Semalam mama nampak kamu dekat KLCC
berpelukan dengan si Uwais tu. Kamu tak malu ke? Mana maruah kamu
sebagai seorang muslimah? Kalau kamu dah tak minat sangat belajar bagi
tahu aje mama. Biar mama berhentikan kamu sekolah dan kahwinkan saja
kamu tu.” Rona muka mama merah menahan amarah. Tidak pernah mama semarah ini.

“Nak berhentikan Damia sekolah? Nak kahwinkan Damia ? Kenapa? Mama takut
Damia mengandung tanpa suami macam mama dulu?” Satu tamparan hinggap di
pipi mulusnya. Damia memegang pipinya yang terasa perit. Mama tergamam.
Seumur hidupnya ini kali pertama dia mengangkat tangan terhadap anak
kesayangannya. Dia cuba menyentuh bahu lembut Damia tetapi ditepis kasar
oleh gadis itu.

“Oh,,, Sekarang mama dah tahu pukul Damia … Kenapa tak dari dulu aje
mama bunuh Damia ? Biar ajeDamia mati. Jadi sekarang mama tak payah nak
risaukan Damia buat benda terkutuk macam mama pernah buat dulu!” Dia
mencapai beg sandang diatas sofa lalu keluar tanpa mempedulikan
panggilan ibunya.

Hatinya bengkak. Dia tahu yang dirinya ini anak luar nikah dari mulut
orang lain. Patutlah selama ini mama tidak pernah pulang ke kampung dan
mengelak setiap kali di ajukan soalan mengenai datuk dan nenek.
Rupa-rupanya mama telah dibuang keluarga kerana mengambil keputusan
untuk membesarkannya. Keputusan yang dianggap memalukan keluarga mereka,
Selama ini mama membohongi dirinya dengan berkata yang papanya sudah
meninggal akibat kemalangan. Itulah yang membuatkan dirinya memberontak.
Dia berasa dirinya dipermainkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience