BAB 4

Family Completed 637

Sejak pertengkaran itu Damia menumpang dirumah rakan karibnya yang
kebetulan tinggal bersama orang gajinya kerana ibu bapanya mempunyai
urusan perniagaan diluar negara selama 2 minggu. Hari ketiga dia
dikejutkan dengan panggilan daripada Aunty Sara, sahabat ibunya. Ibunya
telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi akibat kemalangan.

Di kafe hospital Aunty Sara telah menceritakan hal sebenar kepada Sara.
Itu pun setelah puas dipujuk kerana bagi Damia dia sudah tahu semuanya.
Tiada apa lagi untuk di perjelaskan.

“Damia tak tahu hal sebenar. Apa yang Damia tahu mungkin ada yang benar
mungkin juga ada yang salah. Aunty mengaku Damia memang bukan yang
dilahirkan tanpa melalui pernikahan yang sah. Mama kandung Damia telah
terlanjur dengan tunangnya. Mereka berdua memang merancang untuk
berkahwin terutama sekali selepas papa Damia tahu waktu itu mama Damia
mengandung. Tetapi Allah telah menjemput papa Damia sehari sebelum
majlis akad nikah dilangsungkan.” Damia terpaku mendengar cerita itu.

“Mama kandung? Apa maksud Aunty?”

“Mama Delaila bukan mama kandung Damia . Mama Delaila adalah adik kembar
kepada mama kandung Damia . Mama Damia yang sebenar bernama Dalila. Dia
membunuh diri selepas melahirkan Damia akibat tekanan jiwa. Aunty minta
maaf atas apa yang terjadi. Mama Delaila sanggup mengambil tanggungjawab
menjaga Damia walaupun dibuang keluarga. Arwah nenek dan datuk Damia tak
mahu menanggung malu dengan membesarkan Damia . Mama Damia juga
mengetepikan cita-citanya menyambung pengajian di UK kerana tak sanggup
berpisah dengan Damia ,” Air mata Damia mengalir tanpa henti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience