BAB 5

Family Completed 637

Dia tidak sangka mama sebegitu sekali pengorbanan mama. Padahal mama
boleh sahaja menghantar Damia ke rumah anak yatim. Mengejar cita-cita
menjadi seorang doktor tanpa mempedulikan dirinya yang menjadi bukti
cinta terlarang. Dia merasa menyesal atas segala tingkah laku kurang
ajarnya selama ini. Dia berazam untuk menggembirakan hati mama. Dia
ingin menyambung cita-cita dan impian mama. Yang paling penting dia
ingin memohon ampun dan berterima kasih kepada mama yang cekal
membesarkan dirinya seorang diri.

Alhamdulillah dia sempat menjaga arwah mama sehingga ke hembusan nafas
terakhir. 5 bulan setelah kemalangan mama pergi akibat jangkitan kuman
pada paru-paru. Walaupun mama tak sempat melihat Damia pergi menimba
ilmu di tempat orang, namun hati Damia puas kerana cita-cita dan impian
mamanya tercapai.

Air mata yang mengalir segera di kesat. Dia bangun lalu bergerak ke
bilik air untuk mengambil wuduk. Dia ingin melakukan solat sunat taubat
dan menghadiahkan bacaan ayat suci al-quran kepada mama Delaila serta
ibu bapa kandungnya. Semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience