BAB 2

Family Completed 637

Mama hanya tersenyum mendengar soalan itu.

“Dekat sini pun ada banyak universiti yang bagus-bagus. Tapi kalau boleh
mama nak anak mama wakilkan mama belajar dekat sana. Sebab dulu mama tak
dapat pergi. Jadi mama gembira sangat kalau Damia tolong jadi mata mama
tengok tempat orang.” Mamanya mengambil sehelai tisu lalu mengelap mulut
comel itu.

“Tok Leman cakap mama dulu pandai dapat pergi tempat orang putih. Tapi
mama tak pergi. Kenapa? Kalau mama dah pergi mesti Damia tak payah pergi
kan?” Tanya Damia lagi. Walaupun masih kecil, anak itu sangat pintar.
Kadangkala soalan yang diajukan tidak sepadan dengan usianya yang masih
kecil.

Mama tidak menjawab soalan Damia . Dia hanya tersenyum sambil mata
memerhati langit biru nan luas. Sejak hari itu Damia terus berusaha
semampunya untuk berjaya dalam pelajaran. Dia terlalu menyanyangi
mamanya. Dia mahu mamanya gembira. Dan sekarang inilah hasilnya. Dia
Cuma menghitung detik waktu untuk menjejakkan kaki ke tempat impian mamanya.

Kenangan lalu terhadap mama mengusik jiwanya. Kini mama tiada untuk
menyaksikan Damia menggenggam ijazah. Mama telah pergi terlebih dahulu
menghadap Pencipta-NYA. Mama pergi tanpa sempat Damia menunjukkan surat
tawaran universiti pun. Rasa kesal mengetuk pintu hatinya. Dia tidak
sempat berbakti kepada mama. Bahkan dia telah bertindak menyakitkan hati
mama. Mama yang telah membesarkannya tanpa meminta sebarang balasan

“Damia kenapa makin degil sangat ni? Dulu Damia tak macam ni. Dulu Damia
dengar cakap mama tapi sejak Damia berkawan dengan budak Uwais tu Damia
dah pandai melawan cakap mama! Mama nasihatkan Damia untuk kebaikan
juga. Tak lama lagi kamu tu dah nak SPM tahu tak!” Hari itu mama memang
marah dengan Damia . Semalam dia tidak pulang setelah keluar dengan
alasan untuk study groupbersama dengan rakan sekolahnya.

“Mama ni bisinglah… Damia penat tau. Semalam lepas study Damia pergi
makan dengan Tisha tak sedar dah lewat. Nak balik takut kejutkan mama
pulak…” Damia cuba memberi alasan. Malas mahu bertekak dengan mamanya.
Akhir-akhir ini Damia sering bertengkar dengan mama sejak dia mula rapat
dengan Uwais anak Dato’ Iskandar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience