BAB 8

Romance Completed 4927

Awal-awal pagi lagi,ibu mengejutkanku untuk bersolat berjemaah.Setelah itu,kami bersarapan bersama-sama.Usai bersarapan,aku ke bilik dan menuju ke piano kesayanganku.Aku menekan not-not yang masih kuingati.Semasa di zaman persekolahan,aku lah yang paling handal bermain piano.Tanganku tangkas menekan papan-papan piano tersebut.Lagu yang paling kuminati adalah Over The Rainbow.Setiap adik-beradikku ada kebolehan bermain alat muzik.

Abg Dani pandai bermain gitar.Kak Qiqi handal dalam bermain biola manakala Kak Ally pula minat bermain drum.Ayah dan ibu menghantar kami ke Yamaha Music School selepas waktu persekolah bagi memahirkan kami dalam bidang muzik selain cemerlang dalam akademik.Ayah dan ibu kedua-duanya adalah ahli perniagaan.

Ayah mempunyai sebuah syarikat agensi pelancongan manakala ibu pula mempunyai 3 cawangan butik menjual kain-kain yang diimport dari luar negara,oleh demikian dia selalu berulang-alik ke Dubai,China,Bahrain,Arab Saudi dan macam-macam lagi untuk berunding tentang harga kain-kain tersebut.Aku bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang sempurna dan rezeki yang murah.Aku begitu bahagia selama ini tetapi sejak peristiwa aku akan dijodohkan dengan Irfan,kehidupanku menjadi kosong tiba-tiba.Terasa ingin terbang ke UK sekarang untuk bertemu Reeza.Lama masanya waktu berganjak kerana aku ada seminggu setengah lagi untuk tinggal di Malaysia.

"Dilla,tengah buat apa tu?dah bersiap ke belum?Irfan dah tunggu kat bawah,"ujar Kak Qiqi setelah membuka pintu.

"Ops,belum lagi.Sibuk berangan tadi.Jap lagi Dilla turun,"ujarku seraya menukar baju yang telah kusediakan.Dengan mengenakan seluar jeans,T-shirt Hard Rock Cafe Los Angeles yang Reeza belikan ketika kami sama-sama bercuti di LA dan ku ikat satu rambutku yang panjang,aku turun ke bawah dan mendapati Irfan sedang duduk membelek handphonenya di ruang tamu.

"Shall we?,"ujarku.

"Let’s go,"jawabnya dan terus keluar.Aku menaiki kereta Nissan Murano kepunyaannya.

"U nak pegi mane?,"soalku setelah kereta yang dipandu mula bergerak.

"Up to u.I nak discuss sumthing about us.So,pandai-pandailah u pilih tempat mane yang sesuai,"jawabnya.Aku hanya menahan geram dengan jawapannya yang menyakitkan hati itu.

"Kalo macam tu,kite discuss dalam kereta jelah.Tak de sesape nak dengar pun,"ujarku selamba.Dia terus berhenti di bahu jalan.Kereta yang lalu di situ membunyikan hon kerana kelakuannya yang membahayakan keselamatan pengguna jalan raya itu.

"Hei,u dah gile ke?I still nak hidup lame tau."marahku.Tetapi,mukanya hanya selamba sahaja.

"Whatever.I tak nak tahu u nak hidup lame or what.I tak nak perkahwinan kite diteruskan.I dah ada pilihan hati i.Die lebih sesuai dengan I than u,"ujarnya sombong.

"Hei,cara u cakap ni macamla I yang terhegeh-hegeh nakkan u.I pun dah ada pilihan hati tau.So,u better tell ur parents about this."jawabku bersahaja.

"I dah beritahu they all.Tapi,diorang tak nak layan.So,u try tell ur parents about this,"tambahnya lagi.

"Kalo my parents dengar cakap I,dah lame die batalkan perkahwinan kite ni,"ujarku.

"So,kite try bagitahu diorang.Together.Boleh tak,"soalnya.

"Of coz.We’ll try together,"ujarku bersemangat.Dia hanya mengangguk sambil tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience