BAB 6

Romance Completed 4927

Usai solat,aku bersiap-siap.Setelah mengenakan sepasang baju kurung sutera berwarna hijau muda dan juga solekan yang nipis,aku menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah.Semua ahli keluargaku sedang duduk di ruang tamu.Sementara bik Nur menyediakan makan malam buat bakal mertuaku."Issh!Kenapa diorang tengok aku semacam ni,"desis hatiku.

"Nape tengok-tengok ni?,"ujarku.

"Cantik la Dilla,tu yang semua terpukau tu,"usik Abg Dani.

"Tak payah cakap pun Dilla dah tahu.And sebab tahu Dilla cantiklah Dillah nak pilih orang yang betul-betul sepadan dengan Dilla,"sengaja ku kuatkan suara untuk kedegaran jelas di telinga ayah dan ibu.

"Tapi,Dilla tengoklah dulu Irfan ni.Dia memang betul-betul sepadan dengan Dilla.Macam pinang di belah dua,"jawab ibu.Aku hanya mendiamkan diri dan melabuhkan punggung di sebelah Kak Qiqi dan mengambil Jaja dari dukungannya.Aku mengagah Jaja,dia memang anak bijak.Baru berusia 4 bulan sudah pandai ketawa kuat.Mimin pula duduk di sebelahku.Anak-anak saudaraku memang amat rapat denganku mungkin kerana aku lebih rajin melayani kerenah mereka.Tiba-tiba,loceng berbunyi dan hatiku juga tiba-tiba berdegup kencang.Masakan tidak,pertama kali ingin berjumpa dengan bakal suami yang tidak ku kenal.Ibu dan ayah menuju ke muka pintu untuk menyambut tetamu dan juga bakal mertuaku.Mereka bersalaman dan berpelukan.

"Mana Irfan?,"soal ibuku.

"Irfan tengah parking kereta kat luar,"jawab Aunty Zubaidah.Aku bersalaman dengannya dan uncle Razak.Mereka berdua adalah pasangan doktor yang bagai pinang dibelah dua.Aku juga mungkin seperti itu jika dijodohkan dengan Reeza.

"Dah besar Dilla sekarang.Makin cantik pula tu.Beruntung Irfan kalo kamu berdua berkahwin.Mesti comel-comel cucu aunty nanti,"ujarnya ceria.Ugglp!cerita pasal cucu pula.Aku pun tak kenal dengan anaknya lagi.

"Assalamualaikum,aunty,"satu suara garau kedengaran.

"Waalaikumsalam,Irfan.Hah,dah besar panjang pun anak teruna kau,Zu.Makin hensem pulak tu,"ujar ibu sambil bersalaman dengan Irfan.Oh,inilah Irfan bakal suamiku.Hensem.100% berubah.Tak macam Irfan yang dulu.Tapi,hatiku tetap milik Reeza.

"Dilla,inilah Irfan,"ujar uncle Razak.

"Hai,"ujarnya.Aku menahan malu kerana semua mata tertumpu kearah kami.

"Hai,"balasku pendek.Mereka menuju ke ruang tamu manakala aku pula ke dapur untuk menolong bik Nur.Sebenarnya,aku bukanlah rajin sangat hendak menolong bik Nur,tetapi kerana tidak mahu berhadapan dengan bakal suamiku itu.

"Dilla!,"suara ibu kedengaran.Alamak,baru hendak menyembunyikan diri.Nak tak nak aku terpaksa ke ruang tamu.

"Ya,bu?Nak ape?,"soalku.

"Ish budak ni.Bakal suami dan mertua datang nak tengok die,die malah menghilangkan diri pula.Mari duduk sini.Kerje-kerja dapur tu biar bik Nur yang buat.Qiqi,Ally dengan Wani pun boleh tolong.Dilla duduk sini je,"arah ibu.Aku jadi malu kerana semua ahli keluarga termasuk Irfan memandangku."Ibu memang suka curi perhatian orang,"desisku dalam hati.Aku mengambil tempat di sebelah aunty Zu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience