BAB 3

Romance Completed 4928

Setelah hampir 12 jam berada di awan,pesawat kami mendarat di Changi International Airport pada jam 12.30p.m waktu Malaysia.Aku melangkah keluar ke balai ketibaan.Mengikut perjanjian,keluargaku akan menunggu di sana.Sejak asyik mencari bayang keluargaku,ada seorang wanita melambai-lambaikan tangannya.Ya!itulah ibuku.Ayah dan kakakku juga ada di sana.Aku melangkah pantas menuju ke arah mereka.Rindu yang menggunung tidak dapat dipendam lagi.Aku memeluk ibu dan kakakku.Setitis airmata kerinduan jatuh ke pipi.Sesungguhnya aku amat rindukan mereka.Mana tidaknya,setelah hampir 2 tahun tidak bertemu.

"Dilla apa khabar?sihat tak?,"soal ayah setelah pelukan kami terlerai.

"Alhamdulillah,sihat.Ayah dan yang lain-lain pula bagaimana?,"soalku

"Alhamdulillah,kami semua sihat."jawab ayah.

"Jangan percaya cakap ayah kamu tu,Dilla.Kencing manisnya semakin teruk mengaku sihat.Di suruh kurangkan minum air manis tidak dihiraukan.Sekarang badan dah semakin susut.Pak cik Razak kamu tu pun dah bising dengan kedegilan ayah kamu."celoteh ibu.

"Maria,awak ni Dilla baru sampai dah nak membebel mengadu tentang sakit saya.Kot ya pun,tak boleh tunggu sampai rumah ke?Malu kat airport kecoh-kecoh macam ni.Dah,jom balik.Dilla tentu dah penat ni."ajak ayah.Ibu hanya mencebik bibir.Aku dan kakak pula hanya ketawa melihat kerenah ayah dan ibu kami.Sememangnya isu penyakit kencing manis ayah sudah kami tahu sejak dulu.Ketika itu,aku berusia 12 tahun.Sejak ayah mendapat penyakit itu,ibu bersungguh-sungguh menjaga pemakanan ayah sedangkan ayah hanya sambil lewa sahaja dengan apa yang dimakannya.Malahan,semakin di larang,ayah semakin rapat dengan manisan.Katanya,itulah ubat untuk pesakit kencing manis.Dr.Razak,kenalan rapat ayah dan juga doktor peribadi keluarga kami juga puas menasihati ayah tentang pemakanan yang sihat.

Setelah tiba di rumah,aku terus bersalaman dengan kak wani,abangku,kak qiqi dan suaminya.Oleh kerana malam semakin lewat,aku menuju ke bilikku yang hampir sekian lama tidak berpenghuni.Aku merebahkan diri ke tilam empuk kesayanganku.Masih tidak berganjak semua perabot,piano kesayanganku dan meja belajar.Tetapi,bilikku tetap bersih walaupun tidak di huni setelah sekian lama.Mungkin bik Nur yang mengemaskan bilikku setiap hari.Ya Allah!aku terlupa untuk menelefon Reeza.Aku melihat jam tanganku.Sudah jam 3.30a.m.Masakan aku hendak menelefonnya dengan waktu sebegini lewat.Aku putuskan untuk menelefonnya esok pagi.Aku bergegas mandi,solat dan tidur…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience