BAB 10

Romance Completed 4927

Kak Wani,Kak Ally dan Kak Qiqi menemaniku di bilik ketika Aunty Zu menyarungkan cincin di jari manisku.Kali ini,berliannya kelihatan lebih besar dari cincin yang diberi ketika merisik tempoh hari.Esok,aku akan pulang ke UK.Aku berdeber-debar untuk bertemu dengan Reeza dengan menyandang gelaran sebagai tunangan orang dan juga ingin berterus-terang untuk memutuskan hubunganku dengannya.

"Dilla,buat ape tu?jauh mengelamun?ingat boyfren ke?,"tegur Abg Dani ketika aku sedang duduk di taman mini rumahku.

"Dah jadi tunang orang takkan boleh mengelamun about boyfren lagi.Kang jadi anak derhaka pulak,"ujarku sambil tersenyum pahit.

"Dilla sabar jelah dik.Ape yang berlaku pasti ada hikmahnya.Mana tahu jodoh Dilla lebih berkekalan jika diatur oleh parents,ujar Abg Dani.Aku hanya mendiamkan diri dan meminta diri untuk masuk ke bilik.Aku merenung pada luggage aku yang sudah tersedia di tepi katil.Sememangnya aku sudah tidak sabar untuk pulang ke UK untuk bertemu Reeza.Tiba-tiba pintu bilikku terkuak.Kak Ally,Kak Qiqi dan Kak Wani masuk ke bilikku tanpa di suruh.Mereka duduk di katilku.

"Sabarlah dik.Mesti ada hikmah sume ni berlaku.Sabar je ea,"pujuk Kak Qiqi sambil memelukku.Aku menangis teresak-esak di bahunya.Kak Wani dan Kak Ally hanya mendiamkan diri.Aku tertidur ditemani mereka.Esoknya,aku tersedar dalam jam 7.30a.m.Aku mandi dan terus turun bersarapan.Aunty Zu and her family still here.Aku akan berangkat pada jam 11p.m di Changi Airport.Tidak sabar rasanya.Aku hanya bersarapan roti dan hot chocolate.Selepas bersarapan,aku,aunty Zu dan ibu duduk di ruang tamu manakala ayah,uncle Razak dan Irfan duduk di taman mini.Kakak-kakakku pula sedang membantu bibik mengemas meja makan.

"So how u feel now?dah jadi tunang orang,"soal aunty Zu memulakan perbualan.Ibu hanya tersenyum di sebelah aunty Zu.

"Rasa happy lah aunty.Betullah orang kata perjodohan yang parents aturkan memang bawak berkat,"jawabku bernada sindiran.Tetapi hanya ibuku yang menyedarinya.Dia hanya memberi isyarat kepadaku agar tidak berkata begitu lagi.

"Em,tulah.Aunty dah cakap tak percaya.Baru tunang semalam dah happy.Ni belum kawin and ada anak lagi.Mesti lagi meriah kehidupan Dilla,"ujar aunty Zu.

"Em,I hope so,"ujarku.

"Aunty dah tak sabar-sabar nak menimang cucu dari anak kamu dan Irfan.Cepat-cepat bagi aunty cucu,ya.Jangan sibuk nak merancang,"tambah aunty Zu lagi.

"InsyaAllah.Em,aunty Dilla nak naik kejap ya.Nak kemas barang sikit,"ujarku.Aunty Zu dan ibu hanya mengangguk.Aku menaiki tangga menuju ke bilikku.Aku mencapai telefon bimbit dan tertera 5 missed calls.Em,Reeza yang call.Aku mendail nombor telefonnya.

"Hello.Hai sorylah tak angkat tadi.I ngah berbual ngan my family,"terangku setelah telefon di angkat.

"Em,takpe.U bertolak pukul bape?,"soalnya.

"11p.m.Sampai sane pukul 3p.m esok,"jawabku.

"Lambatnyer,.I miss u so much,honey,"rintihnya.

"I miss u too.Em sayang,I nak kemas barang sikit-sikit ni.Anyway,see u there.Bye!,"ujarku.

"Ok.Bye!,"jawabnya.

Aku meninggalkan dia begitu sahaja…aku berjalan kaki sambil termenung jauh..aku fikir diri aku ini sudah tiada nilainya lagi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience