BAB 1

Romance Completed 4927

Angin dingin di Oxford Town yang meresap ke tulang sedikit pun tidak mengganggu konsentrasiku ketika ini.Pelbagai persoalan bermain di minda.Hatiku meronta-ronta ini mengetahui apakah sebab ibu menelefon petang tadi dan menyuruhku pulang secepat mungkin.Dan selepas itu juga,aku terus ke lapangan terbang untuk menempah tiket untuk pulang dua minggu hadapan.

Aku juga telah bercadang untuk memaklumkan hubungan antara aku dan

Reeza kepada ibu.Sedikit sebanyak rasa gementar bertandang di hati.Mana tidaknya,ianya berlaku secara tiba-tiba.Nasib menyebelahiku kerana cuti penggal pertama juga hampir tiba.

Terkenang kembali peristiwa 5 tahun lalu ketika aku ditawarkan untuk menyambung pelajaran di Oxford University yang memang kuidam-idamkan sejak di bangku sekolah lagi.Begitu riuh suasana rumahku dengan kedatangan saudara mara yang bertandang ke rumah untuk mengucapkan tahniah diatas kejayaan aku memperoleh 10A(1) didalam SPM.Begitu bangga rasa dihati kerana segala usaha kerasku selama ini dibayar dengan kejayaan itu.Keluargaku menghantar aku sehingga ke UK untuk memastikan bahawa tempat belajar dan persekitaranku selesa dan selamat untuk didiami.

Dan dua minggu lagi,setelah hampir 2 tahun tidak bertemu,aku akan pulang ke kampung halaman untuk mengetahui tentang perkara yang ingin disampaikan oleh ibubapa aku.Rasa gembira,gementar dan sedih bercampur menjadi satu.Pertama,gembira kerana dapat melepaskan rindu yang sarat didada kepada keluarga tercinta.Kedua,gementar dengan reaksi ibubapaku apabila aku memaklumkan kepada mereka tentang hubunganku dengan Reeza.Ketiga,sedih kerana akan berpisah dengan Reeza.Walaupun ianya sementara,tetapi berat rasanya untuk meninggalkan Reeza di sini.Walhal,dia bukan keseorangan di sini.Laila,Julie,Nazril,Sazzy,Michelle dan Zack ada disini untuk menjaganya.Entahlah,mungkin kerana kasihku kepadanya semakin bertambah sejak kebelakangan ini.

--------------------

Hari yang ditunggu-tunggu hampir tiba,kelas jurusan undang-undang berakhir hari ini sebelum cuti penggal pertama.Tetapi,tidak ramai pelajar yang pulang ke negara masing-masing kerana cuti pada kali ini tidaklah terlalu panjang.Lusa,aku akan pulang ke Malaysia.Barang-barangku juga telah di kemas dan tiket kapal terbang juga telah aku sisip rapi di dalam beg yang akan ku pakai untuk pulang ke Malaysia nanti.Sehingga di usik oleh rakan-rakan ku.Mereka mengatakan bahawa aku terlalu excited untuk meninggalkan Oxford.

Keesokan harinya,aku bersiar-siar dengan Reeza untuk menghabiskan masa sebelum aku pulang ke Malaysia.Kami ber"shoping" sakan dan berhabisan hampir 3000 dollar untuk ole-ole keluarga aku dan pakaian baru pada "winter season" akan datang.Musim tersebut memang amat melecehkan bagiku.Tetapi,ianya baik-baik sahaja jika Reeza berada di sisiku selalu.Dia juga ada membeli sedikit barang untuk dirinya walaupun tidak sehebat aku dan membeli dua bentuk cincin silver yang salah satunya bertatahkan berlian yang kecil sahaja tetapi cahayanya menyilaukan mata sesiapa yang melihat.Aku dapat merasakan cincin tersebut adalah kepunyaanku.Hehe!memang perasan betullah!Setelah selesai berbelanja,kami ke restoran kegemaran kami untuk makan tengah hari.Sementara menunggu makanan tiba,kami berbual kosong.

"u dah sampai jangan lupa call I tau.."ujar Reeza.

"Yelah cik abang sayang.I tak lupa lah.Ini dah kali kelima u remind me since yesterday,"jawabku tersenyum.Sememangnya Reeza memang benar-benar keberatan melepaskan aku pulang.Begitu juga dengan aku sebenarnya.Tapi,ini juga kesempatan aku memberitahu keluarga aku tentang hubungan kami.

"u berangkat pukul berapa esok?,"soalnya.

"11.30 a.m.Why?,"soalku pula.

"Nothing.Just asking.U turun KLIA or Changi Airport?,"soalnya lagi.

"Changi.Rumah I kan kat JB.So,why must I turun kat KLIA?Kan jauh,"jelasku.Dia hanya mengangguk-angguk mengiayakan kata-kataku.Kami menjamu selera sambil mendengar Reeza bercerita tentang research nya.Dia mengambil jurusan perniagaan dan sedang mengambil postgraduate degree sekarang.Aku pula mengambil bidang undang-undang dan juga sedang meneruskan postgraduate degree yang hampir berakhir 2 bulan lagi.Kami bercita-cita untuk menyambung sehingga ke pH.d selepas itu.Setelah habis menjamu selera,kami pulang ke apartment Morning Glory yang terletak di Oxford Road.Apartment lelaki dan perempuan diletakkan bersebelahan.Jadi,mudahlah kami untuk keluar berdating..Hehe!!Tapi ada batasnya sebagai umat Islam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience