Bab 3 - Lebuhraya Ayer Keroh

Horror & Thriller Completed 19810

BAB 3- Lebuhraya Ayer Keroh

Kisah ini telah diceritakan kepada aku ini telah di ceritakan kepada aku oleh arwah Pak Ngah. Arwahnya dahulu adalah seorang pemandu teksi yang beroperasi menghantar penumpang dari Melaka ke Kuala Lumpur sahaja dan dari Kuala Lumpur ke Melaka. Cerita hantu yang di ceritakan oleh Pak Ngahsaya ni adalah kisah yang telah lama menghantui lebuhraya Ayer Keroh. Kisahnya adalah mengenai makhluk yang tidak berkepala, menjelma di pinggir lebuhraya dan menahan kereta yg lalu di sana.

Pada suatu malam, seorang rakan pemandu teksi Pak Ngah telah menerima seorang penumpang yang ingin pulang ke Kuala Lumpur . Waktu itu kira-kira jam 11 malam. Tanpa menolak rezeki, pemandu teksi itu terima dan menghantar penumpangnya ke Kuala Lumpur.

Dipendekkan cerita, pada pukul 3 pagi, dalam perjalanan pulang ke Melaka, berhampiran dengan plaza tol Ayer Keroh Melaka, rakan Pak Ngah ternampak seorang lelaki muda yang melambai-lambai seperti inginkan teksi itu berhenti. Terlintas pula dalam fikirannya teringatkan kisah hantu tanpa kepala lalu dia pun tak berhenti. Sambil melihat cermin pandang belakang dia perasan yang pemuda itu berkepala dan berasa serba salah kerana tak berhenti. Mungkin pemuda itu benar-benar dalam kesusahan. Lalu dia hentikan teksinya lebih kurang 200m ke hadapan dan mengundur menuju ke arah pemuda itu.

Sampainya ke tempat pemuda itu berdiri, dia turunkan tingkapnya dan pemuda itu dengan muka senyum tunduk dan tanyakan "Kenapa tak berhenti siang-siang tadi bang?"

Pemandu pun jawab, "Maaflah dik, Abang ingat hantu tanpa kepala tadi " Dengan ketawa, pemuda tu pun jawab, "Hahahaha apalah abang… Takde kepala???? Macam ni ke!!!!!???" (dia cabut kepalanya dan letakkan atas dashboard) Rakan Pak Ngah pengsan hingga ke pagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience