Bab 12 - Balik Kerja

Horror & Thriller Completed 19810

BAB 12- Balik Kerja.

Tahun lepas, mak cik aku selalu keja syif malam dari pukul lima petang hingga 1 pagi di Kargo Udara (Kastam). Jadi, ketika dia balik satu malam tu, macam-macam kejadian yang dia alami dan gangguan yang dialaminya itu selalunya diceritakan semula kepadaku.

Biasalah, aku ni pula pendengar yang setia kepada semua gangguan yang dialaminya itu. Ketika kejadian itu, syif mak cikaku baru habis dan pada petang itu mak cik aku memilih untuk memarkir kereta di bawah pokok kerana kedudukannya yang memedahkan pergerakan keluar nanti. Dalam perjalanan ke kereta itu mak cik aku akui ada terasa seperti ada sesuatu yang memerhatikan dia. Tapi mak cikaku masih boleh mengawal perasaan dan rasa takut dalam dirinya.

Nak kata pak guard yg perhati dia, pak guard tu kt dalam pejaat, tengah buat rondaan.. Jadi, mak cik aku tahulah yang ada benda lain yang sedang perhatikan pergerakan dia. Lagipun pokok tempat dia parking kereta tu agak keras la... Menurut mak cik kawan-kawan dia pernah terkena dan diganggu. Ketika nak parking awal petang tadi, dia memang x ingat psal pokok tu keras..
Terus jer mak cik aku sarung "rosary" tu kat leher dia.. Baru dia rasa tenang sikit.. Masa mak cik aku dah ada di dalam kereta, dia buka radio. Volumenya dinaikkan tetapi radio itu seperti ada gangguan siaran. Terus radio itu dimatikan.

Enjin kereta dihidupkan dan pergi dari situ secepat mungkin. Mak cik kata dia sudah rasa tidak sedap hati. Maka kena beredar secepat mungkin. Masa dia nk reverse tu, kan kene pandang cermin belakang, mula-mula tu dia tak nampak apa-apa tapi terasa berat kereta seperti ada sesuatu yang menumpang.

Tapi apabila dia dah tak reverse lagi dan nak memnadu pergi dari situ, anak matanya terpandang satu embaga hodoh bertenggek di bonnet keretanya. Mak cik aku kuatkan semangat nak memandu terus. Tidak mahu pandang lembaga itu.

Mak cik aku ni berani jugak la orangnya, jadi dia beritahu pada lembaga tu supaya jangan ganggu dia.

"Minta maaf aku dh parking di tempat kau, tapi aku tak pernah ganggu kau dan kau jangan ganggu aku. Aku nak balik sebab anak aku tgh tggu kt rumah" Lepas saja mak cik aku cakap macam tu, kereta dia terus ringan macam biasa dan tidak lagi berat seperti dia keluar dari parking tadi. Meremang bulu roma kau dengar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience