Bab 11 - Benda Terbang

Horror & Thriller Completed 19810

BAB 11- Benda terbang.

Seperti pada malam minggu sebelum nya , aku akan mengikuti latihan silat gayong bersama seorang lagi sahabatku ini , nama nya wan , dia ni memang gagah , tapi cukup penakut , kalau dia ternampak lipas tengah terbang ke arah dia , jangan kata aku , segala hape yang ada di hadapan nya akan di-rempuh , macam truck kontena yang tak terkawal , oke back to the top , kebetulan pada malam itu , latihan kitorang habis lewat , dalam 12.40 pagi macamtu , jadi pas habis semua jurus dengan buah kunci kitorang belajar, kitorang pun balik lah.

Kitorang akan berjalan kaki sejauh 100 m sebelum kitorang berpecah arah , kerana rumah aku menghala ke atas bukit , jadi laluan aku lebih kepada kawasan perumahan , memang riuh , jadi aku tak de lah seram sangat walaupun jam sudah hampir pukul 1 pagi. Manakala member ku ini rumah nye menghala ke kampung sikit. Rumah-umah kampung kan cepat " tutup pintu" kalau malam ni.

Sedang Aku Syok-syok berjalan sambil menyanyi-nyanyi , tiba mata aku tertangkap satu objek berwarna putih , terbang menghala ke langit , aku punya takut, tak payah cakap lah masa tu, macam nk terkencing terberak pun ada. Aku cuma memerhatikan sahaja pergerakkan objek itu ke arah langit dan menghilang , susuk objek tu persis macam manusia, walau pun dalam gelap, mata aku tetap tajam .

Tetapi yang tak seronoknya, objek tu terbang, menghala ke rumah wan ni, ape lagi , aku terus lah call dia. WAAARRGGHHH!!! sial ko wan , tak de caller ringtone lain ke ko nak letak , suara pompuan menjerit yang kau letak .. akhirnya dia pun menjawab lah..terus aku tnye , "Wan , ko kat mana ? dah sampai rumah belum??" dengan suara yang terketar-ketar , dia mejawab , " faris , tolong aku faris , tolong akuuu" .

Meremang bulu tengkuk aku bila dengar dia cakap mcm tu. Aku dengan sepantas kilat terus berlari ke arah rumah Wan dengan melalui jalan yang Wan biasa gunakan untuk pulang ke rumah nya . Lebih kurang 25 meter nak samapi ke rumah dia , aku ternampak macam susuk tubuh manusia terbaring di atas tanah,

"hah...wan!" .. getus hati aku , terus aku menghampiri dia dan mengejutkan kan dia... tapi tiada sebarang jawapan, terus aku papah dia sampai ke ruamahnya, ibu Wan menyambut kedatangan aku dengan muka yang bimbang.

"Ya Allah , anak aku! "terus aku meletakkan Wan ke atas sofanya.

Aku pun duduk seketika tapi akhirnya dengan aku sekali terlelap atas sofa tu sebab letih yang teramat.Tup-tup aku tersedar apabila ibu ku menelefon.

"Oit , bila ko nak balik nih? Dah pukul berapa nih??!" Segera aku matikan telefon dan lihat ke jam telefon, Argh ..sudah hampir 15minit aku tidur, aku melirik mata ke tempat yang aku letakkan Wan tadi , eh?!! dah tiada , mana lak dia pergi nih ... Terus sahaja aku bangun dari sofa dan menuju ke tempat aku meletakkan beg aku tadi. Baru sahaja aku nak capai beg aku , tiba ada orang bersuara dari belakang ,

" Eh!! macam mana kamu masuk ke dalam rumah ni??" ... rupa-rupanya mak si Wan yang bersuara.

"Eh , makcik lah yang buka kan pintu tadi , kan saya bawak iwan tadi,"balasku .

"Bawak Wan ape nye Faris , Wan dah lama balik tadi, elok je dia, jap mak cik panggil kan Wan"

Lalu Wan pun datang dengan muka mengantuk nya, selepas disoal ibunya, "Aik , Mana ade , Faris , bila masa lak aku pengsan , elok je tadi aku sampai rumah "

Ahhh sudah , aku pun tak puas hati, keluarkan telfon dari poket ku kerna ingin menunjukkan bukti bahwa aku ada telfon dia tadi , tapi..... tiada. Hanya Nombor ibu ku je yang muncul. .. alamak , habis siapa yang aku papah tadi, siapa yang buka kan pintu untuk aku bawak Wan masuk tadi!

Sampai ke hari ini , masih lagi tak terjawab segala misteri tu semua, aku percaya ni sume berpunca dari benda putih terbang yang aku nampak tu lah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience