Bab 2 - LPT 2

Horror & Thriller Completed 19810

BAB 2- Lebuh raya LPT2

Seorang penarik kereta, Abdul Kadir kata kisah seram yang sering diperkatakan oleh orang ramai juga bukan perkara asing baginya walaupun tidak pernah mengalaminya sendiri.

"Antara cerita hantu yang popular di kawasan ini ialah kehadiran lembaga besar di sempadan Ajil dan Bukit Besi. Satu lagi gangguan mahkluk berambut panjang dan berpakaian serba putih di sekitar Jerangau dan laluan itu memang sering berlaku kemalangan. Ada juga rakan saya yang kemalangan selepas terlihat lembaga hitam melintas. Bagaimanapun, saya percaya kemalangan yang berlaku disebabkan pelbagai faktor termasuk kehadiran binatang peliharaan seperti lembu dan binatang liar seperti badak, beruang dan tapir," katanya.

Biarpun laporan pihak berkuasa menyatakan punca utama berlakunya kemalangan di LPT2 disebabkan kecuaian pengguna, namun cerita hantu di LPT2 tetap menjadi perbualan hangat pengguna serta penduduk di sekitar kawasan itu.

Malah, ada yang mempercayai unsur-unsur mistik turut menjadi penyebab pusara di lebuh raya memandangkan satu demi satu kemalangan maut terus berlaku apatah lagi tragedi berdarah itu terjadi di lokasi kilometer yang hampir sama.

Tragedi meragut lima nyawa termasuk empat daripadanya rentung di Kilometer (KM) 386 pada pada 2014 dan tahun lalu begitu meninggalkan kesan di hati.

Kedua-dua kes tersebut turut menjadi viral di laman sosial sehingga ada yang mengaitkan kejadian kemalangan maut melibatkan peronda LPT2 mempunyai kaitan dengan usur mistik ekoran adanya "seseorang" dalam sekeping gambar diambil oleh orang awam di lokasi kejadian.

Bagi Abdul Kadir cerita yang mana ada sesuatu yang melintas sehingga dikatakan punca pemandu terbabas antara kisah sering didengarinya dan rata-rata ia berlaku di kawasan hampir sama termasuk satu lokasi dipanggil Bukit Belah.

"Aku tidak pernah mengalaminya tetapi sering mendengar cerita yang sama beberapa kali iaitu ada benda melintas lalu menyebabkan pemandu hilang kawalan dan terbabas atau kemalangan. Dikatakan juga adanya kubur lama tetapi telah dipindahkan sebelum projek pembinaan LPT2 dimulakan dulu.

"Ketika kerja-kerja pembinaan dilakukan dahulu juga pakcik dengar cerita ada beberapa orang pekerja yang meninggal dunia kerana ada tragedi maut termasuk lah kenderaan terbalik. Malah, sewaktu lebuh raya belum dibuka ia telah meragut nyawa seorang penunggang motosikal.

"Daripada cerita yang pakcik dengar, penunggang motosikal itu berasal daripada Felda Jerangau Barat. Mayatnya hanya dijumpai sebelah petang oleh penternak lembu, ketika itu darah yang mengalir telah pun kering. Pakcik difahamkan dia terbabas," ujarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience