Bab 7 - Tumpang

Horror & Thriller Completed 19810

BAB 7- Tumpang

Saya dan suami bertolak Lewat petang pulang ke Kuala Lumpur dari Skudai setelah selesai segala urusan. Dalam pukul 6.30 petang macam tu kami keluar dari tol Skudai. Saya yang mula-mula memandu kereta. Kami plan berhenti solat di R&R Machap. Lepas solat dan mengalas perut, suami menawarkan diri untuk memandu kereta.

Kami pun menyambung perjalanan. Saya duduk sebelah tersengguk-sengguk menahan mata yang mengantuk. Sesekali saya terlelap sebab tak tahan sangat dah mata yang berat. Dalam kereta, kami banyak diam sambil mendengar radio. Sampai la satu kawasan tu, saya terjaga dari terlelap, jalan raya sangat-sangat gelap. Tak banyak lampu jalan di kiri kanan jalan.

Jarak kereta di depan dan di belakang sangat jauh. Tiba-tiba memperlahankan kenderaan dan memandu di lorong kiri. Terlalu perlahan yang sangat pelik bagi saya sebab encik suami suka memecut laju melebihi 130 km/j. Kenapa perlahan sangat dan masuk ke lorong kiri, padahal tak ada kereta pun kat belakang yang nak memotong bila saya jeling cermin sisi yang nyata gelap gelita. Agak lama juga suami memandu perlahan hingga timbul dalam hati saya, kereta 'berat' ke?

Lepas papan tanda Pagoh, encik suami memecut semula. Tapi saya tak bertanya apa-apa sebab mungkin tadi dia mengantuk. Sampai la dekat Senawang, saya perasan suami asyik menguap. Saya bersuara sambil memicit-micit bahunya untuk hilangkan mengantuk, "ok ke?"

Encik suami macam sangat terkejut bila saya sentuh bahu dia. Tapi dia still jawab, "tak....ngantok!" Saya offer untuk tukar driver. Tapi dia tak menjawab. Sebaliknya, dia bertanya, "nampak kan ape yang abang nampak?"

Saya pelik. Saya jenguk jalan raya terang di depan, kemudian menoleh ke suami. "Nampak ape?"

Suami diam dua saat. "Dekat area bukit yang gelap tadi, yang tak banyak kereta, tahu tak abang nampak ape?"

"Tak...." Saya mula rasa semacam.

"Abang nampak benda dalam kereta. Dalam cermin pandang belakang."

"Allahuakbar. Sebab tu ke kereta perlahan sangat tadi, sebab berat?"

"Ya, Berat. Muka dia betul-betul nampak jelas dalam cermin pandang belakang."

"Perasan kan tadi kat bukit tu?" tanya encik suami lagi. Mungkin dia nak pastikan bukan dia berimaginasi sendiri.

"Aha, perasan...abang bawak slow."

"Kejap je kat situ tadi, lepas tu hilang. Menumpang kot."

Kemudian kami diam. Selang beberapa minit saya pandang muka suami. Dalam hati saya, saya bersyukur sangat-sangat, suami tenang menghadapi situasi tu, dia tak melatah dan hilang kawalan. Saya fikir, kalau lah saya yang memandu, apa agaknya yang akan saya buat? Boleh ke saya jadi setenang dia?

Saya masih bimbang. Saya fikir lebih baik saya memandu kerana suami dah mengantuk dan penat, ditambah dengan apa yang dah berlaku. Tapi saya sendiri rasa takut dan gerun kalau-kalau ada lagi gangguan lain.

"Abang ok tak?"

Suami menggeleng kepala. "Masih terbayang-bayang muka dia."

"Takut tak muka dia?"

"Seram gila." Kesian encik suami. Dia geleng-gelengkan kepala laju-laju seolah-olah nak hilangkan bayangan wajah makhluk yang menumpang kereta kami.

"Perempuan."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience