Bab 6

Other Series 1701

Gadis itu mula muncul dalam kotak fikiran aiman , siapa nama dia ye? mengapa dia terlalu sosial? , dia tinggal dimana? adakah dia sudah rosak ?? pelbagai persoalan muncul di dalam benak fikiranya.Gadis itu cantik rupanya ,sayang sekali akhlak nya terlalu buruk. Apakah mungkin aku akan dapat mengenalinya .Dan membawa dia ke syurga ALLAH.

"good morning beb "tegur dina yang baru bangun dari lena "
"cuba lah bagi salam dulu , ni main terjah masuk dapur "marah kayra
"hamboii, asalamualaikum ustazah "
"walaikumusalam,ustazah kau panggil aku "
"yerlah ustazah mana lah tahu satu hari nanti dapat kahwin dengan ustaz , jadilah ustazah"
"kau rasa aku layak ke dengan seorang ustaz'
"hahaha .yang itu hurmm .. Layak kot ."
"layak kot? ,hahah aku tak layak weyh nak jadi ustazah ,kau tengoklah aku pakaian teruk ,"
"kayra ,kalau seorang lelaki betul-betul mencintai kita seadanya ,maka dia akan terima buruk baik kita "sampuk nita yang baru munculkan diri di dapur . pagi ini aku mengorengkan nasi saja untuk mereka.
"ha betul tuh kayra ,aku sokong ,tapi kalau kau dapat seorang ustaz kan mungkin kau tak dapat lagi bersama kami"
"alaa aku tak terfikir pon nak ada pasangn lagi-lagi seorang ustaz "
"mana lah tahu satu hari nanti betul-betul tuhan pertemukan jodoh kau seorang lelaki yang budi akhlak nya baik,tak kan kau nak menolak"soal nita lagi.
"kalau aku conform aku nak , "sampuk dina pula. Aku hanya mengangkat bahu . Ria masih tidur agaknya . Aku menyuruh mereka sarapan pagi. Kata dina sedap nasi goreng ku . Yerlah aku berasal dari kampung , sebelum ke sekolah dahulu aku yang akan memasak di rumah .Ibu dan ayah ke kebun menoreh getah seawal 3 pagi mereka sudah mula ke kebun getah , aku sebagai kakak sulung perlu memguruskan adik-adik dirumah.
Tiba-tiba aku berasa rindu pada mereka .

Seusai kelas ekonomi tamat aku mulakan misi ku semula mencari parttime untuk menampung kehidupan aku di bandar.Duit yang diberi oleh dato husin makin hari makin tipis. Aku berjalan perlahan-lahan , menunju sebuah kedai bunga tertera jawatan kosong
-perempuan
-parttime/full time
-20-25tahun.
Aku membawa kaki masuk kedalam kedai .Seorang amoi cina bertanya kan soalan padaku.
"yes moi nak cari apa"tanya amoi tersebut
"betul ke dekat sini nak pakai pekerja?"
"ha ye you nak kerja ye?"
Aku mengangukkan kepala.
"ok umur berapa?
"22"
"nak kerja full time /parttime?"
"saya masih belajar kalau boleh saya nak parttime saja"
"ouh mau parttime ,kalau parttime you boleh datang pukul berapa?"
"saya ikut jadual ,kalau ada class saya tidak dapat datang lah , kalau tiada saya akan datang untuk berkerja , tapi buat masa ni saya cuma ada class hari isnin ,rabu dan ahad saja "
"baik-baik , esok hari jumaat you boleh datang esok pukul 10kedai buka , tutup pula pukul 6petang "
"betul ke saya boleh kerja sini?"tanya aku gembira
"betul lah , i terima you jadi perkerja, "
"ok thank you ,esok saya datang "
"ok amoi ," . ..Ha terima kasih
Aku terus menahan teksi untuk pulang ke rumah .Harap-harap lah perkerjaan ini dapat menampung aku hidup disini hanya tinggal 1tahun setengah saja untuk aku menghabiskan diploma perbankan

Seperti yang dijanjikan aku lebih awal datang menunggu di kedai bunga tersebut . Tepat jam 9.45 pagi seorang dua orang gadis turut serta menunggu di depan kedai itu.
"perkerja baru ye?" tanya salah seorang dari mereka
"haah perkerja baru "Aku senyum pada mereka
"saya ani ni pula yuna,awak pula?" tanya gadis yang bernama ani ,
"saya kayra "aku berjabat tangan dengan mereka. Aku berbual dengan mereka sementara menunggu amoi cina itu datang .Kata mereka amoi itulah bos kedai ini baru berusia 25 tahun tapi mampu bina sebuah kedai yang hebat . Kata mereka lagi amoi cina itu baik orang nya . Sempoi saja. Dalam penat menunggu akhirnya sampai jua amoi itu.
"sudah lama tunggu tanya amoi itu padaku"
"adalah dekat setengah jam"
"wahh manyak awal mari sini"
"first day mesti kenal awal "
"bagos -bagos silakan masuk" .
Aku menjejakan kaki memasuki ruang kedia bunga itu . Penuh bunga yang bermacan jenis .Berwarna warni dan paling penting kebanyakan bunga di sini ada yang original bermaksud hidup .
Aku diarah menyusun bunga -bunga di rak hadapan kedai . Selesai itu pula aku diaajar mengenal pelbagai bunga .Bunga ros ,bunga matahari ,bunga sakura semua diajar oleh nya. Ye memang benar mereka kata bos ku sangat sempoi orangnya ,mudah masuk dengan aku . Aku diberi gaji hari sebanyak rm 50 ringgit wau lumayan , mana nya tidak setiap satu atau 10saat pasti ada saja pelanggan yang datang untuk membeli bunga.

Harini genap 2 bulan aku berkerja sementara di kedai bunga itu , aku lebih menyibukkan diri dengan kerja berbanding menemui teman-teman seperti dahulu. Aku bercadang ingin pulang ke kampung hujung minggu ini memandangkan kedai bunga itu bercuti ,dan class pun tiada . Aku pantas menempah tiket.

Rindu sangat dekat ibu ayah dan adik-adik ,aku pulang kali ini dengan memakai baju kurung bertudung , depan ibu ayah mesti kena pandai berlakon . Hihihi betapa jahatnya anak mereka ini . Ole-ole aku beli hasil dari gaji yang aku dapat .Pasti adik-adik ku suka.

Kepulangan aku di sambut dengan senyuman panjang ayah ,
"ayah sihat?"
"macam nijelah along oii,sakit kaki ni ha , biasalah dah tua"
"tulah ayah buat kerja banyak sangat ni"
"kalau tak buat kerja siapa pula hendak menanggung adik-adik kamu"
"along kan ada,sementara ni along kerja di kedai bunga ayah,lumayan juga ayah gajinya"
"kamu kerja along,habis pelajaran nanti macam mana?ibu tak mahu kamu gagal dalam perlajaran"sampuk ibu yang baru datang dari dapur menatang sedulang air kopi panas dan jemput-jemput ikan bilis.
"ala along tahu lah ibu , along tak kan sia-siakanasa depan along, buat masa ni along masih boleh handel lagi "
"tak usah lah kerja along ,kami mampu menanggung kamu lagi"ibu
"ibu , jangan lah risau along boleh handel bu , tak kan along hanya nak mengharapkan ayah dan ibu ,along sudah dewasa bagilah along berdikari"
"nanti pelajaran terjejas along"
Ibu mungkin tidak suka aku melakukan perkerjaan itu ,
"tak kan terjejas bu,along pandai bahagikan masa,percaya lah pada along bagilah along perluang .
"betul kata along tuh yat , bagi dia peluang , biar dia berdikari "Sokong ayah lagi. Ibu hanya memandang aku dan ayah.
"hurmm yerlah kalau dah bapaknya kata gitu yat tak tahu mahu bicara apa lagi"
Yes akhirnya ibu kalah jua..Aku hanya tersenggeh menayang gigi.
"sedap nya ibu cekodok ni lama along tak makan"aku mula menyuapkan cekodok yang masih panas ke dalam mulut.
"kalau sedap makan puas-puas "ujar ibu
Aku menyuap kan lagi cekodok ,satu demi satu . Terubat rasa rindu ku pada mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience