Bab10

Other Series 1701

Barang dah kemas ke semua along "tanya ibu pada aku .
"dah ibu " .
"ha ni tolong ibu hantar bekal dekat kebun " ibu menyerahkan mangkuk tingkat pada ku . Aku ambil .
"kenapa ibu tak ke kebun harini ? "
"ni haa ibu kena tolong makcik tipah kamu masak kenduri sat lagi ,tu ibu tak dapat tolong ayah kamu di kebun , "
"ohh yerlah along pergi dulu"
"ha bebaik"
"baik bu"

Motosikal aku hidupkan ,enjin sudah berbunyi . Aku terus memandu pacuan 2 roda itu melalui laluan tanah merah untuk menuju ke kebun yang kami miliki sebanyak 1hektar . Ibu dan ayah menanam pokok pisang .Itulah yang menjadi punca rezeki kami sekeluarga . Aku memandu sambil menyanyi kecil . Sehingga tiba -tiba motor mati , haa kenapa ni aku mula mengelabah .Aku cuba menghidupkan semula ternyata sia-sia . Kelihatan tanda amaran pada ruang minyak menujukkan E .. Adehh time -time macam nilah kau nak habis minyak .Ni dalam hutan mana aku nak cari minyak ..Aduii .. Aku meraba-raba poket seluar .Mencari telefon bimbit untuk meminta bantuan . Selok kanan kosong,selok kiri juga kosong .Aku menepuk dahi .Telefon bimbit tertinggal di bilik .. Aduiihaii malang ke aku harini?? Hurmm .Aku menolak perlahan-lahan motosikal ke arah hadapan .Aku harus teruskan perjalanan kasihan ayah pasti kelaparan . Aku menolak terus menolak .Peluh hangat mula menitik satu demi satu . Tudung yang aku sarungkan di kepala juga turut kelihatan basah .Panas sungguh hari ini. Aku menolak dan terus menolak .

Kelihatan seorang gadis sedang menolak motosikal , Ha aku kena tolong ni .kasihan pula gadis itu. Hon aku tekan . Gadis di hadapan seakan terkejut sehingga motorsikal yang di pegang nya jatuh rebah di tanah .Aiman ketawa kecil .Lucu dan kasihan ..Aiman turun dari kereta buruk nya. Kereta kebun pastilah buruk .Aiman menolong si gadis mengangkat motosikal yang jatuh tadi .
"maaf buat awak terkejut" penuh sopan aiman berkata-kata.
"ha tak apalah " . Si gadis menganngkat wajah .Seakan terkedu aiman melihat nya .Biar betul ni kan budak perempuan yang hari tu aku jumpa .Yang seksi tetapi kenapa harini dia ?? berbola mata aiman memandang susuk tubuh kayra yang amat mengiurkan tapi kini dibaluti sepasang baju kurung dan diliitkan bawal . Hah aku salah orang ke apa?? tapi aku yakin inilah perempuan yang aku nampak di restoren haritu .
Kayra yang melihat aiman memandang nya dari atas ke bawah , hanya tersenggih. Cair ke tengok body aku ni bro.
"kenapa dengan motor awak" tegur aiman setelah melihat kayra tersenggih kepadanya.
"minyak habis "
"laa yeke " aiman
"yerlahh . "
"hurm macam mana ehh nak buat "kelihatan aiman sedang memikirkan sesuatu.
"encik tak ada minyak spare ke?" tanya kayra
Aiman mengelleng ,Aduii .. mamat ni nak menolong ke tidak ..
"awak nak kemana ni "tanya aiman lagi
"jalan ni menuju ke mana encik " tunjuk kayra . Dah terang -terang lah jalan ni nak ke arah hutan dan kebun . Boleh pula dia tanya nak kemana? adehh.Aiman hanya tersenyum Hah padan muka kau man ,tanya lagi dia macam tu.
"ingatkan jalan nak menuju ke hati awak "gurau aiman kepada kayra. kelihatan muka si gadis sedikit bengang .
"haha sorry lah ,gurau je "
"hurmm saya penat ni encik , kalau nak buat ayat cia-cia tak nak menolong tak pe lah encik boleh teruskan perjalanan encik ke hadapan. "marah kayra. Aku dah penat panas dia boleh pula nak buat lawak basi dia .
"ehh saya nak tolong lah ni " cepat -cepat aiman berkata.
"macam ni saja lah awak tumpang saya ,kebun awak yang belah mana?
"kebun saya yang banyak pokok pisang tu ,kebun Darius .
"ohh awak lah anak pakcikdar ye?"
"aah ye" .
"ohh okk.. dah jom "
"kemana ? "tAnya kayra lagi blur
"pergi hantar bekalan makan tu untuk ayah awak lah" . Mata aiman tertancap pada mangkuk tingkat yang berada di raga motosikal.
"ohh yerlah " Bekalan di ambil.Motor di tinggalkan sementara.
Pintu sebelah kiri di kuak .Kayra masuk dalam perut kereta .. Hidungnya hanya mampu menahan bau buah durian . Kembang kempis hidung mancungnya. Busuk eee menyesal aku naik kereta dia ni . Kalau aku tahu bau durian memang aku tak akan naik. Kayra terlalu anti dengan durian . Aiman perasan gadis di sebalh nya seakan tidak selesa .
"awak ok ke?" tegur aiman yang melihat kayra sudah kelihatan seperti cacing kepanasan.
"ehh ok je " kayra lagak biasa.
"betul ni ok ? btw saya aiman awak pula?"
"kayra " .Pendek dan ringkas saja jawapan kayra.Dalam hati sudah berdoa .cepatlah sampai Aku tak tahan dah ni .
"ohh kayra nice nama tuh,masih belajar atau dah berkerja "
"dua -dua i buat "
"ohh sambil study sambil berkerja .wow amazing . "
"apa yang amazing nya?"
"yerlah mampu buat kedua-dua nya sekali.
"haha biasalah tuh , itu je jalan untuk teruskan kehidupan "
Aiman senyum .Gadis di sebelahnya di kerling .Ayu dan cantik gadis ini,aiman berharap perempuan yang di jumpainya di restoren itu bukan gadis di sebelah ya. Yerlah 7orang muka yang sama..Mungkin orang lain.Itulah harapan nya. Destinasi yang dituju telah sampai . Kayra laju turun .. segala apa yang ada didalam isi perutnya di muntahkan . uwerkkk . Terkejut pak dar dengan aiman .
"dah kenapa along muntah ni" tanya ayah
tetapi tidak disahut oleh kayra . Bau buah durian mula menyengat lubang hidung ayah.. Ayah senyum -senyum .
Aiman mengangat kening menanyakan kenapa .
"dia tak boleh bau durian man "
"ohhh lahhh .." Maafkan saya yee ..
"tak apalah "
Kayra menghulurkan bekalan makanan kepada pak darius .
pak darius menyambut huluran makanan tersebut.
"along memang tumpang aiman ke?"
"taklah .motor habis minyak , along tinggalkan dekat tepi jalan ,nanti ayah beli lah minyak ye"
"ohhh lahh ,ayah pun lupa nak isi terima kasih lah aiman tumpangkan anak pakcik ni"
"ehh tak ada hal lah pakcik ,ni saya jalan dulu lah ye " lembut aiman berkata-kata.
"ehh marilah makan sama" ajak ayah.
"tak mengapalah pakcik saya nak hantar durian ni nanti lewat pula "tolak aiman
"ha yerlah kalau macam tu ,terima kasih ye"
"terima kasih aiman " aku pula mengucapkan terima kasih kerana membantu aku sebentar tadi
"sesama ,saya gerak dulu .Asalamualaaikum "
Kereta usang milik aiman bergerak . Fuhh hilang dah bau busuk .. kayra hembuskan nafas kecil .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience