Bab 20

Other Series 1701

Aiman sedang ralit menulis sesuatu di buku notanya , segelas air kopi yang semakin sejuk itu disuakan ke bibir nya ..Ahh lega dapat meneguk air .Alhamdulilah . Entah bagaimana, gelas yang di letakkan nya di tepi meja itu terjatuh lalu pecah . ALLAHHUAKHBAR ,mengucap panjang aiman.
"aik macam mana boleh pecah tu man?" tegur sahabatnya izad
"entahlah zad , mungkin aku lalai tadi " ucap aiman sambil mengutip sisa -sisa kaca yang berteraburan. Hatinya mula tidak enak .. Bermacam -macam yang di fikirkannya .
*********
Di perkarangan luar bilik bedah ..
Seorang doktor perempuan keluar bersama-sama jururawatnya setelah 4 jam mereka di dalam.
"doktor macam mana anak kami?" tanya si ayah.
Kelihatan doktor perempuan itu mula tersenyum
"alhamdulilah keadaan pesakit stabil, cuma pesakit belum sedar kan diri lagi buat masa ini ?"ucap doktor yang bernama Aisyah itu.
"alhamdulilah "kedengaran perkataan azimat itu keluar dari mulut si ibu.
"bila dia akan sedar doktor?" tanya si ayah lagi.
"inshaaallah dalam masa 24 jam , " .Si ayah hanya mengangukkan kepalanya tanda mengerti.
"maaf doktor boleh saya tahu tak , masa pesakit di hantar tadi pesakit bersama dengan seorang lelaki kan? siapa nama lelaki itu ye? " sampuk ria pula .
"ohh lelaki itu , amir namanya " ucap doktor aisyah.
"Amir .. " berkerut dahi ria .. Ibu dan ayah kayra hanya memandang seperti ingin menayakan sesuatu pada mereka bertiga .Tetapi hasrat nya di pendam saja.
"kalau macam tu saya minta izin pergi dulu ye" ucap doktor aisyah sopan.
"ahh yee silakan".

*******
"Geng kayra keluar dengan amir?" ria
"hurmm mungkin , tapi kenapa kayra tak bagitahu kita ye?" dina pula
"entahlah beb kau orang perasaan tak kayra sejak kebelakangan ni macam dah jarang lepak dengan kita ? ujar nita
"tulah i perasaan benda ni tapi i senyap je "dina
"sekarang ni macam mana ? " ujar ria kerisauan .
"sekarang ni macam mana apa? " dina memandang ria
"buatnya family si kayra tanya siapa amir? kita nak jawap apa??" wajah ria mula kerisauan.
"hurm ye juga kan mestilah dia akan tanya siapa amir? kenapa amir dengan kayra ? macam mana boleh excident?"ujar nita pula
"ala kita cakap jelah amir kawan kayra , " ujar dina pula. Ria dan nita hanya menganggukkan kepalanya.Tanda setuju.
"ehh alang -alang kita sebut pasal amir ni kan apa jadi dekat dia eh? "
"aah kan beb jom kita try tanya nurse tu macam mana keadaan dia?
Mereka bertiga menuju kaunter pertanyaan .
"Nurse boleh saya tahu pesakit bernama amir , yang kemalangan beberapa jam lepas bagaimana keadaan dia ye?
"ouh sebentar ye saya check kan"
kira -kira 5 minit nurse itu mencari rekod amir .
"ouh pesakit agak kritikal , sekarang ni masih dirawat lagi , awak ni keluarga pesakit ke?
"saya kawan dia , kritikal ye? teruk ke keadaan dia?"ujar ria
"dia mengalami patah tulang belakang ,patah pada bahagian kaki kanan , dan sekarang masih dirawat lagi "
"ouh baiklah macam tu terima kasih ye nurse" ujar nita.
"teruk juga mamat tu" ucap ria.
"ehh jom melawat kayra " ajak nita.
Mereka bertiga menuju ke tingkat 2 ,untuk melawat sahabat mereka yang masih terlantar di atas katil.

******
jangan .. jangan .. jangan . kayra meracau , ahh ibu ayah tolong along .. ibu .. ibu ..
"along ..along..ibu menepuk bahu along "
kayra tersedar . Tetapi badan nya terasa lemah sekali. Mata di buka perlahan -lahan , tangan nya terasa perit . Pandangan pertama yang di lihat adalah wajah ibunya yang sedang mengesat air mata.
"ibu" ucap kayra lemah.
"ye along ibu ada ni nak "
" ibu " ucap kayra lagi . Ibu mengusap pipi kayra .Pandangan matanya jatuh pula pada ayah nya dan sahabat -sahabat nya.
"ibu ayah , along dekat mana ni?" kenapa dengan along ? pelbagai soalan muncul di benak fikirannya.
"along dekat hospital , along kemalangan " ujar ayah yang hanya berdiam diri dari tadi.
"kemalangan ? " dia mula mengingati peristiwa yang berlaku . Amir.. mana lelaki itu sekarang ? masih hidup atau dah mati lelaki tak guna tu.
"along rehat ye nak , " ujar ibu lembut sungguh kata-katanya .
Embun Mikayra hanya mengangukkan kepalanya.

******
Setelah sebulan yang berlalu bayang amir tidak lagi kelihatan . Dia ada mendengar cerita dari teman -temannya yang keadaan amir parah. Biarkan lelaki itu , padan muka . Kau dah merosakkan aku itulah akibatnya . Kayra mengeluh panjang .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience