BAB 23

Other Series 1701

Kedengaran suara azan maghrib bergegar di gegendang telinga milik kayra , lantas dia memperlahankan lagu dari aplikasi joox yang didengarinya .Merdu sekali , pasti orang nya baik dan alim .Siapakah pemilik suara ini? . Kayra mendengar alunan azan- azan sehingga habis . Lantas dia bingkas bangun menuju ke dapur .Menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim .
Selesai solat maghrib , mereka sekeluarga menikmati makan malam. Gulai ikan patin , sambal hitam , sayur kangkung goreng belacan terhidang di atas meja makan .Lauk - pauk begini , boleh membangkitkan nafsu makan , Kayra kekenyangan menikamati makanan yang di masak oleh ibunya , masa kan tidak kenyang nasi di tambah 2 kali.Boleh gemok lama- lama di kampung.
"along lama ke balik ?" tanya ayah sambil menonton televisyen
"mungkin seminggu , kenapa ayah ?"
" lama juga tu , boleh lah tolong ayah dekat kebun nanti , buah pisang banyak dah berbuah .
"boleh sahaja , nanti along tolong ye ayah " ujarku sambil berbual - bual dengan ibu dan ayah tidak lupa juga dengan adik lelakiku.

Pintu bilik aku buka ,
telefon di capai , aplikasi whatsapp di buka ,
-kayra i minta maaf kalau i kurang ajar tadi , i menyesal , i nak kita tetap berhubungan , i nak kahwin dengan you , jom kita nikah di thailand i ada kenal seseorang ni dia boleh bantu kita , please kayra .tertera nama amir .
Huh . still nak nikah dengan aku ? ohh please lah , tapi kalau aku tak kahwin dengan dia macam mana aku nak dapatkan harta dia . ujar kayra seorang diri , aduii buntu lah .
-kayra tolong reply chat i ni , i betul - betul nak memperisterikan you , tapi i tahu mesti family you tak akan terima i ,
memang lah dia orang tak terima kau sebab kau tu berlagak sombong amir oii ngomel aku lagi.
Macam mana aku nak dapatkan harta dia ni.. Kayra sedang memerah otak nya , memikirkan strategik apa yang perlu di pakai.
setelah mendapat idea kayra terus membalas mesej amir . harap - harap menjadi lah plan ni.
-i boleh je kahwin dengan you tapi i ada syarat ,
-syarat apa?
-i nak you bagi i Rm 50,000 .00 .
-wow banyak nya you nak buat apa dengan duit sebanyak tu?
-rumah kampung i ni kan panas , i nak belikan kipas , i nak baiki rumah keluarga i ni , boleh tak ?
-you perli i kayra ? amir membalas
-no i tak perli you pun , you terasa ke sayang ? you nak i kan? you nak bertanggunjawab kan? takkan lah i minta duit sikit macam tu pun you tak mampu nak bagi?.
kayra sudah tersenyum sinis . Rm 50,000.00. Sudah terbayang wang sebanyak itu di matanya .
-hurm kalau i tak bagi ?
-good byelah you ,i cari orang lain , ramai je nak dekat i ni ,
-baiklah i bagi you Rm 50,000.00 asalkan you nikah dengan i , tanpa pengetahuan your parent boleh ?
-amir , amir you kenapa takut sangat dengan my family sebab kami miskin?
-no bukan tu , nanti i bagitahu you ok, nanti you balik kl you jumpa i , i bagi duit and then kita pergi thailand kita kahwin ?
-ouhh really ? ok i tunggu .
-thank darling ??.
aku membiarkan sahaja mesej amir .Bayangan wang sudah mula menerpa di minda ku, kaya lah aku lepas ni .lalu aku tertidur .

*****
Dikebun pak Darius , kelihatan Ibu ,ayah dan along aka kayra sedang menyusun buah - buah pisang di dalam raga untuk di jual ,Sebuah van putih betul - betul berhenti di hadapan mereka bertiga , wajah dikerling .
"Asalamualaikum , pak dar ?
"waalaikumusalam man ,
"pak dar sihat ?" tegur aiman
"alhamdulilah sihat , kamu nak amik pisang ye? " tanya pak dar
"haah lah pak dar , si Rahim tak dapat datang sayalah kena ambil , " ujar aiman sambil tersenyum , mata nya tertarik pada wajah seseorang , cantik tapi sayang akhlak mu tidak secantik rupamu , pandai awak berlakon ye bisik hati kecil aiman.
"Ni siapa pak dar?" aiman buat - buat tanya .
"Ala nilah anak sulung pak dar , belajar di kl ni balik cuti seminggu "
"ouh ingat-ingat haritu ada tolong dia , ?" ujar aiman mengangukkan kepalanya .Belajar di Kl ye memang tidak silap lagi inilah gadis yang berfoya-foya itu ,
"ala masa kecik pon kamu ada tolong dia lah man ,kamu lupa ke?" celah ibu kayra pula.
"bila ye? " aiman cuba mengingati perkara yang sudah bertahun-tahun berlalu.Kayra hanya memandang ,
"masa kamu kecil kamu tolong kayra , kayra jatuh terhantuk batu kamu dukung dia balik rumah , kamu mungkin lupa?
"yeke makcik lupa dah saya ni , " ujar aiman sambil tersengih.Kayra hanya memandang tidak mahu mencelah.Dia pernah dukung aku? hurmm
"ala biasalah tu masa tu pun masih kanak-kanak sekarang dah dewasa mana ingat lagi " ujar ayah pula.Mereka terus berbual tetapi mata aiman terus- terus melihat wajah si cantik itu . Astragfirullah dosa man kau tengok muka perempuan ni ,aiman mengalihkan bebola matanya ke arah lain.Kayra hanya memerhati .
Haii , kau pun berkenan ke dengan aku , aku tahu aku cantik tapi perlu ke kau renung aku , sampai tak berkelip biji mata tu , bisik kayra di dalam hati

*****
AIMAN boleh tahan rupa paras nya , dia lah yang selalu azan di surau , mesti baik budaknya , tapi malang lah kau bukan taste aku aiman , tapi kalau aku try pikat dia , conform dapat ke? kayra berbicara sendiri , tapi kenapa aku nak kena mengurat dia pula? untuk apa ? mana tahu kau boleh berubah ? Berubah ehh? Hurmm . kayra mencapai telefon pintarnya , kelihatan rakan -rakan karibnya sedang berbual rancak di dalam group whatsapp .
-geng i am here (nita )jelas kelihatan gambar nita sedang berada di dalam club.
-club ? why you tak ajak i? ( ria)
-ehh awalnya you ke kelab baru pukul 9 kot(dina)
-Marilah sini ria ,dina ,kayra i tunggu you all ,(nita)
-sorry i tak ada dekat kl (kayra)
-aik you dekat mana kayra? nita you wait for me ehh , lagi 30 minutes i datang (ria)
-i dekat kampung (kayra)
-i saja datang awal lah dina , you balik kampung kayra?(nita)
-yup i dekat kampung ada hal
-hal apa beb?(dina)
-ala hal kecil je , dah settle pun , best lah you all dapat enjoy ??(kayra)
-ala-ala sayang tak mau sedih nanti you balik kl kita pergi club ehh , kita enjoy puas-puas (dina)
-mesti kayra tengah pakai baju kurung kan?(ria )
-haha really you tengah pakai baju kurung ke tu kayra?(nita)
-mana ada lah gila nak pakai baju kurung malam-malam? saja kan nak perli i huhu?
-ala gurau je beb. (ria)
-tahu dahlah i nak tidur, you all puas-puas lah enjoy tu ye nanti dah start sem banyak asigment nak kena settle
-awal lagi beb nak tidur , (nita)
-kampung mestilah kena tidur awal (ria)
Apa masalah si ria ni ye tak habis -habis nak perli aku marah kayra sendiri .Chat di dalam group di biarkan saja .Malas nak melayan buat sakit hati je .Pantas kayra menutup mata ,melayan mimpi-mimpi indah lebih baik baginya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience