Bab 1

Other Series 1706

Hoi jangan lari . suara jeritan seorang anggota polis mengejutkan aku yang sedang asyik melayan kehendak pelanggan , Maka aku bertempiaran melarikan diri .Sahabat-sahabat seperjuangan kami juga turut serta melarikan diri , kasut high heel aku campak . Berlari dengan high heel menyusahkan aku. Aku dengan laju nya melarikan diri ,mencari tempat persembunyian , dan akhirnya aku temui jalan mati alamak .Mana aku nak menyorok ni , aku buntu . Suara-suara gerangan pak polis makin menghampiri .Aku pandang sekeliling , gelap gelita dan akhirnya aku ambil keputusan untuk masuk ke dalam longkang , lantas aku terus menyorok di dalam longkang . Nauzubillah busuk gila bau longkang ni , eeyerkkk .. tapi aku terpaksa tahan agar mereka tidak dapat mencari aku .Kembang kempis aku menahan hidung . Dan terdengarlah suara anggota polis tadi .
"mana budak tuh lari "
"laju betul dia lari "
"kau cuba cari sana "
"tak ada tuan "
"cari sana pula " akhirnya longkang di tempat aku dia menyuluh .Aku kaget aku makin mengecilkan diri di dalam longkang .
"hurm ada tak zubir "
"kejap tuan saya tengah suluh ni " .Arah cahaya makin hampir ke arah ku . Aku berdoa ..Ya ALLAH selamatkan lah aku .
Makin hampir cahaya berwarna oren itu , makin dekat makin dekat .Dan tiba-tiba telefon di poket zubir berbunyi , dengan itu juga lampu suluh zubir terpadam .
"hah ,yerlah aku kesana sekarang " kata zubir
"kenapa "
"tuan abu panggil tuan"
"baiklah mari kita kesana sekarang " ..Aku mendengar derapan kaki mereka menuju ke arah hadapan . setelah betul-betul tiada mereka aku mula keluar dari tempat persembunyian . Fuhh lega .. Baju dress berwarna merah ku di seliputi dengan bau longkang..Aku mencium ..Busuk hendak termuntah aku rasakan. Aku terus berjalan menuju ke kawasan lain .. Berjalan dan terus berjalan .. Tidak mungkin aku akan kembali di lorong gelap itu ,mesti sahabat-sahabat ku banyak di tahan .. Aku berjalan lagi sampai menuju ke shell yang berdekatan , aku mula ke toilet membersihkan muka . Aku bercadang hendak pulang saja dirumah .Tapi apakan daya wang aku ketinggalan di rumah .Kad pengenalan aku semua ketinggalan . Apalah nasib ku . Aku berjalan perlahan-lahan menyusuri malam yang semakin pekat yang aku lihat cahaya bulan yang menyinari langit hitam malam ini. Agak penat aku berjalan aku berhenti duduk di perhentian bus , tercunggap-cunggap aku menahan nafas, Baru aku teringat esok pagi aku punyai class bahasa cina , alahaii nampak gayanya aku tak akan masuk class lagilah gamaknya . Sambil -sambil aku berfikir kelihatan sebuah kereta berhenti di hadapan aku . Sebuah kereta mewah ,honda accord berwarna hitam itu tuannya mula membuka tingkap kereta.
"heii , buat apa malam-malam begini duduk disini?" tanya nya kepadaku
"nak balik rumah " ucapku
"rumah dekat mana marilah saya hantarkan" katanya lagi .
"tak usah lah encik , baju saya kotor dan busuk ni encik nanti kotor pula kereta encik"jujur aku katakan.
Yee memang benar kata gadis ini ,bau busuk mula menjengah hidungnya . Agaknya mungkin gadis ini terjatuh .Tapi dari sosok tubuh gadis berbaju dress merah ini agak seksi dan mungkin..Ahh bermacam-macam tekaan pula aku fikirkan.
"ehh tak mengapa marilah saya hantarkan , lagipula malam makin larut ni bahaya"
Aku berfikir-fikir sejenak akhirnya aku mula setuju ..
"maaf ye encik kotor kerusi encik ni nanti "
"ehh tak mengapa , rumah di mana" tanya lelaki tadi
"di ampang encik , ".Lelaki tadi terus memandu menuju ke ampang . Kami berbual-bual , namanya Firdad. Seorang lelaki yang mempunyai syarikat binaan tersendiri .Ceo lah u . kaya ni .kalau aku goda conform melekat ni . Aku sudah mula berangan -angan untuk mendekati si lelaki itu . Tapi angann-angan aku punah setelah mengetahui dia sudah punyai keluarga .Hurmm kesian baru hendak jadikan sugar daddy sudah punyai isteri pula . Tidak mengapalah . Sesampai saja dirumah aku mengucapkan terima kasih . Pintu pagar aku buka . kunci di dalam kasut aku cari .dan akhirnya aku selamat sampai di rumah
Ahh aku terus menuju ke bilik mandi , selesai mandi aku memandang jam dinding angka 2 menandakan sudah 2 pagi. Aku golek-golekkan badan ku di katil king ku . Ahh harini penat sangat .Pelanggan semua lari akibat serbuan pihak polis . Apalah nasib duit dalam poket makin habis ni .Tidak mungkin aku meminta ibu dan ayah di kampung .sedangkan mereka pun susah . Sambil berfikir aku terlelap jua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience