BAB 2

Family Completed 10698

Nazri tidak peduli. Dia keluar mendapatkan Asmah., diciumnya tangan ibu mertua dengan perasaan bersalah.

“Maafkan Nazri ibu!! Mafkan Nazri sebab tak mampu mendidik Dila!!!” genggaman tangan nazri menggoncang naluri keibuan Asmah. Digosoknya kepala Nazri.

“Tak apa. Ini bubur sum sum. Dila suka. Yang bawah ni pulut kuning, Nazri suka kan?. Habib, kawan baik Nazri beritahu masa dia hantarkan barang dapur ke rumah,. Terima kasih nak!.” Ucap Asmah.

Nazri memegang bahu Asmah dan merenung dalam – dalam anak mata ibu mertuanya.

“Nazri akan cuba ibu..” janji Nazri sebelum beredar pergi. Asmah tidak berdaya mahu meneruskan langkahnya menghampiri Adila. Terasa hina dirinya saat itu. Sebaik sahaja nazri membuka daun pintu keretanya, mangkuk tingkat itu diserahkan ke tangan Adila.

Terkejut besar Nazri apabila Adila melempar mangkuk tingkat itu keluar dari kereta. Asmah hanya memejam matanya. Dia belum makan lagi bubur itu kerana mahu memberikannya pada Adial. Air matanya mengalir melalui kelopak mata yang masih terpejam.

Nazri naik angin.

“Dila gila ke?” jerkah Nazri dan terus membuka kembali pintu keretanya.

Nazri mengangkat magkuk tingkat yang bahagian tepinya sudah pun pecah. Nazri membukanya. Bubur sum sum itu berkecai. Nazri yakin… begitu juga berkecainya hati Asmah. Mujur mangkuk tingkat bahagia bawahnya masih elok. Nazri membukanya. Pulut kuning yang dimasak sempurna itu membuatkan hati Nazri sebak. Dia memandang Asmah yang sudah pun dua tiga langkah menjauhinya.

“Ibu!” panggil nazri. Dia menoleh ke arah Adila.

“You balik makan dengan mama you. Today I nak makan dengan ibu i. you drive sendiri. Kalau you boleh campak benda ni takkan you tak boleh balik sendiri”

Adila tergamam.

Nazri terus memimpin tangan Asmah pulang ke rumahnya. Sampai sahaja di depan pintu, Asmah menyuruh Nazri pulang tetapi permintaan Asmah itu ditolak.

“Ibu tak sudi makan dengan anak ibu?” soal Nazri. Asmah menangis lagi.

“Bukan….ibu sudi malah ibu rasa seperti nazri anak ibu sendiri. Masa ibu masak pulut ni ibu tersenyum bila bayangkan Nazri akan makanan yang di masak oleh ibu” tudungnya yang sedikit senget dibetulkan.

Nazri membuka bungkusan kari dan dituangnya di dalam bekas. Di ambilnya pulut kuning itu dan disuapnya ke dalam mulut Asmah. Berjurai air mata Asmah. Dulu Adila selalu menyuapnya begitu tetapi tidak lagi….

“Mak Asmah..” mereka berdua tersentak. Milia anak Haji Din datang menghampiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience