BAB 3

Family Completed 10698

“maaf kacau. Ni, baju mak Asmah dah siap. Hmm.. Milia balik dulu” Milia mengucup dahi Asmah dan terus pergi.

“Masih ada yang jagakan ibu…. Nazri jangan risau” senyum Asmah. Kepala Nazri digosok – gosok mesra. Nazri tergamam. Dia rindukan belaian seorang ibu seperti itu. Mamanya?... hanya rancak berbual mengenai bisnes!.

“Ya… tapi siapa jaga hati ibu?” soal nazri kembali. Asmah senyum tawar.

“Biar anak lelaki ibu jaga okey?” Nazri kenyit mata. Kali ini Asmah ketawa. Sangat manis ibu ketawa…. Alangkah baiknya kalau Adila melihat keindahan ini seperti mana aku…

********************

“Yang Naz pergi layan orang tua kotor tu kenapa?” marah Anisa. Adila hanya mendengar.

“Apa ni mama?. Itu ibu menantu mama kan?”

“Anak dia sendiri tahu maknya bagimana” jeling Anisa.

“Eh… dia ada anak ke?. La.. Naz ingatkan dia sebatang kara” ujar Nazri. Adila tersentak. Kata – kata itu memang ditujukan padanya.

“Lain kali jangan!” Anisa memberi amaran tetapi hanya disambut dengan gelengan kesal oleh Nazri.

Selepas mandi Nasri baring sebentar sementara menunggu azan manghrib. Adila datang menghampiri dan terus memeluknya. Nazri memejam matanya. Berpura – pura tidur.

Sudah tidak larat mahu bertengkar mengenai perkara yang sama. Dia tahu Adila mahu memujuknya menggunakan cara lembut. Tak guna!. Adila terus keluar dengan wajah yang masam mencuka.

Beberapa minit kemudian dia masuk semula.

“Bangun abang..” arah Adila. Nazri membuka matanya.

“Abang sayang sangat ibu kan?. Nah! I dah ambil borang persetujuan poligami dan I dah tandatangan. You pergi lamar ibu!”

Nazri rasa mahu beri penampar sahaja mulut Adila yang celupar itu!. Malas mahu bertengkar lebih lama, nazri terus ke masjjid. Lebih tenang jiwanya!.

***************

Asmah mengaji Al-Quran sebaik sahaja menunaikan solat Asar. Dia tidak putus – putus mendoakan Adila disetiap solatnya. Tangannya di tadah sedikit tinggi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience