BAB 5

Family Completed 10698

“kenapa nak hasut suami Dila bencikan Dila!!!!” jerit Adila. Asmah yang tak tahu apa – apa terus meluru mahu memeluk Adila tetapi tangan Adila lebih dahulu menahannya.

“Jangan peluk Adila dengan badan mak yang kotor. Mak dah pun berdosa sebab bagi Dila duit haram tu!!” jerit Adila. Asmah memegang dadanya. Terasa sakit di situ. Kata – kata itu bagaikan panah yang sedang menusuk jantungnya dan racun itu sedikit demi sedikit mula merebak ke seluruh ruang hatinya.

“Tak…tak!!!” Asmah menidakkannya.

“Apa ni Dila?” Milia cuba masuk campur,

“Dengar sini… mak jangan kacau Nazri dan kalau mak nak tahu kalau anak dibolehkan berdoa untuk kemusnahan ibunya… Dila adalah orang pertama berdoa!”

“Ya Allah.. Dila!” Asmah terduduk mendengarnya. Air mata sudah terlalu banyak mengalir. Milia sudah tidak tahan. Satu penampar hinggap ke pipi Adila. Dengan kemarahan yng membuak – buak Adila cuba menyerang Milia tetapi ditahan oleh Nazri yang baru tiba.

“Cukup!” tengking nazri. Adila membisu.

Milia menangis dan berdiri menghadap Adila.

“Kau kata kau orang pertama yang akan mendoakan kemusnahan ibu kau?Solat ke kau? Kalau kau solat, hati ku takkan sehitam ini, Dila. Kau tahu apa yang ibu kau doakan kau setiap kali dia solat? aku mendengarnya setiap hari sehingga boleh menghafalnya dengan baik Adila… kau dengar doa yang ibu kau pinta pada Allah setiap kali dan aku yakin setiap waktu…

“Ya Allah… kau ampunkan dosa ibu bapaku, dosa anakku Adila. Janganlah dihitung dosanya melalui setiap titis air mataku Ya Allah kerana air mata itu adalah air mata keredhaan bukannya air mata kekesalaan. Aku tidak salahkan dia Ya Allah. Bahagiakanlah hidupnya bersama Nazri dan kurniakanlah zuriat yang soleh buatnya.

Ya Allah… dia adalah anakku dan aku maafkan setiap kesalahannya sehingga nafas aku yang terakhir. Pintaku buatmu Allah yang maha pengasih….. berikanlah sinar kebahagiaan buat anak lelakiku juga, Nazri. Aku anggap dia anakku kerana kasih sayangnya, ketulusannya dan keikhlasannya. Terima kasih ya Allah kerana menghantarkan cahaya itu buatku. Cahaya yang mampu mengurangi kerinduanku terhadap anakku”

“Tak guna berdoa kalau tubuhnya kotor menjadi pelacur “ air mata Adila mengalir deras. Asmah menangis dan semakin lemah di hujung kusyen.

Milia menentang mata Adila.

“Kau dengar sini… kalau ditakdirkan ibu aku seorang pelacur sekali pun aku tetap akan sayangkan dia! Melebihi diri aku sendiri!!!” tengking Milia.

Adila terus meluru keluar. Dia tidak mahu melembutkan hatinya yang masih menempatkan ibunya di suatu tempat yang penuh dengan lumpur dan lumut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience