BAB 4

Family Completed 10698

“Ya Allah… kau ampunkan dosa ibu bapaku, dosa anakku Adila. Janganlah dihitung dosanya melalui setiap titis air mataku Ya Allah kerana air mata itu adalah air mata keredhaan bukannya air mata kekesalaan. Aku tidak salahkan dia Ya Allah. Bahagiakanlah hidupnya bersama Nazri dan kurniakanlah zuriat yang soleh buatnya. Ya Allah… dia adalah anakku dan aku maafkan setiap kesalahannya sehingga nafas aku yang terakhir.

Pintaku buatmu Allah yang maha pengasih….. berikanlah sinar kebahagiaan buat anak lelakiku juga, Nazri. Aku anggap dia anakku kerana kasih sayangnya, ketulusannya dan keikhlasannya. Terima kasih ya Allah kerana menghantarkan cahaya itu buatku. Cahaya yang mampu mengurangi kerinduanku terhadap anakku”

Milia yang sedang mendengar dari luar menitis airmatanya mengenai penutup mangkuk berisi masak lemak cili api kegemaran Asmah.

Dia tidak mahu mengganggu Asmah dan terus meletakkan mangkuk itu di atas bangku sebelah pintu rumah Asmah. Sepanjang jalan air matanya tidak mampu berhenti mengalir.

“Kenapa kau yang punya ibu tak mahu menyayangi ibu kau?... bukankah lebih baik dia yang menjadi ibu aku?. Aku tak pernah rasa kasih sayang seorang ibu sejak aku lahir, Adila!” air mata itu di kesat dengan tudung sebelum tiba di rumahnya.

**************

Adila menghentak meja suaminya. Gambar Nazri dengan wanita lain dilempar ke muka Nazri. Terkejut Nazri waktu itu. Tindakan tidak beradabnya itu dilakukan di hadapan semua pekerja bawahan nazri yang ketika itu sedang bermesyuarat.

“Apa ni?” soal Nazri

“You ada affair you Tanya kenapa?” makin melantun – lantun kekuatan suaranya. Nazri mengambil sekeping dari foto yang bertaburan di atas mejanya. Nazri mengeronyokkan foto itu dan terus memanggil Fakri dan Jihan. Mereka berdua dating menghampiri Adila.

“Ini?” Nazri menuding jari ke arah Jihan, pemilik wajah di dalam foto itu, Adila terus menampar Jihan.

“You tahu tak yang masa ni I dengan dia makan lepas kerja dengan Fakri?. Fakri ni tunang dia tahu tak!!!!” kali ini suara Nazri lebih kuat daripada apa yang pernah Adila dengari sebelum ini.

Fakri menyentuh pipi Jihan yang merah akibat ditampar.

“Perempuan kalau kurang ajar dengan mak sendiri memang tak hairanlah kurang ajar dengan suami!” jerkah nazri.

Kekesalan di hati Adila tadi terus bertukar menjadi kebencian. Baginya, Asmah yang menghasut Nazri agar berani menengkingnya seperti ini. Adila terus keluar dengan kaki yang dihentak dengan kuat. Nazri memohon maaf pada Fakri dan jihan..

“Naz… ada beza suami yang lembut,baik dengan suami yang terlalu ikutkan kata isteri” teguran Fakri membuatkan nazri malu. Adila benar – benar memalukannya!.

Adila memandu terus ke rumah Asmah. Kebetulan milia ada di situ untuk menggunting rambut Asmah yang semakin panjang. Milia mahu ianya lebih kemas. Pintu terus dtolak kasar. Terkejut Asmah dan Milia dibuatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience