BAB 1

Family Completed 10698

Terlalu sukar untuk menjalani hari-hari yang penuh dengan debu – debu dan menjijikkan, hidup di lembah kehinaan. Ya… salahnya kerana tidak menciptakan sesuatu yang indah buat zuriatnya iaitu pemberian terindah dari Allah untuk dia, insan yang terlalu zarah di mata manusia.

Tetapi jika dibahaskan tentang kasih sayang, dia tidak akan tewas ! kasih sayangnya cukup mewah buat Adila. Cintanya cukup luas untuk Adila berlari mengejar erti hidup. Keikhlasannya cukup untuk Adila merasainya…mungkin!.

Asmah berdiri disebalik pokok untuk melihat Adila dari jauh. Lambaian buat mertuanya begitu gemalai dan senyumannya cukup manis hingga terdetik di hati Asmah bahawa tiada lagi kemanisan di hatinya walau secubit cuma.

Mariam menggeleng kepala melihat sahabat baiknya mengesat air mata dengan hujung lengan bajunya. Air mata itu tak akan tumpah jika Adila masih meminjamkan sedikit rasa rindu buatnya. Asmah membetulkan tudungnya dan kembali berpaling memandang Mariam.

“Dia masih cantik ….”

“Seperti kau!” Mariam mencantas terus kata – lata sahabatnya. Asmah terdiam. Tangannya terus memaut lengan Mariam untuk sama –sama menunggu bas di seberang jalan.

Mariam duduk disebelah Asmah. Airmata yang cuba untuk disekat dari terus mengalir itu membuatkan Mariam rasa bersalah.

“Lepaskan… tidak akan aku tegur atau aku marah lagi” Mariam memandang ke sisi bertentangan. Air mata itu terus jatuh dan membasahi pipinya yang masih cantik. Walaupun sudah berusia hampir 50 tahun, Asmah tetap cantik.

Kedut – kedutnya tidak banyak kerana kulitnya masih lagi tegang dan muda. Bila orang tanya, Asmah hanya mampu tersenyum. Siapalah yang mahu percaya manusia seperti dia mampu berselawat malah ada yang kata dia tidak layak untuk berselawat. Mariam terus memeluk Asmah. Hiba hatinya!.

**********************

Nazri memegang tangan Adila tetapi tiada respon daripada isterinya itu.

“Depan ni sahaja rumah ibu awah, sayang. Sebelum pulang ke rumah, tak bolehkah awak jenguk dia sekejap?” Nazri mencetuskan api kemarahan Adila waktu itu juga.

“Dila dah kata mak Dila cuma mama…mama abang!” Adila merengus. Dikeluarkan iPadnya dan sengaja mencari sesuatu yang dia sendiri tidak inginkan di laman web. Nazri menggeleng kepala. Nazri yang sedang memandu terus memberhentikan keretanya apabila melihat Asmah di tepi jalan sambil memegang mangkuk tingkat.

“Ibu” nazri menggoncang lengan Adila.

Senyuman Asmah membuatkan Adila terasa tersekat emosinya. Tubuh itulah yang didakapnya sebelum tidur dahulu. Tubuh itulah yang menghangatkan kedinginan malamnya. Dia tidak mampu untuk menipu, hatinya mendesak agar dia membuka pintu dan terus memeluk ibunya tetapi apabila terkenangkan sesuatu Adila mematikan perasaannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience