Rate

BAB 5

Family Completed 644

Kalsom memandang sekeliling. Indah! Sejuk! Cameron Highland menjadi
pilihan mereka. Dia memeluk tubuh supaya sejuk itu berkurang. Walaupun
dia hanya berada di beranda bilik hotel tetapi sejuknya tetap terasa.
“Sejuknya. Kenapa orang suka datang sini ye?” soal Kalsom .
“Sebab kita boleh duduk dalam bilik ajer. Seronok la. Tambah-tambah
sejuk macam ni kan?” balas Ez bagi menjawab pertanyaan isterinya itu.
“Kalau Ez nak datang sini nak duduk dalam bilik aje, baik kita duduk
rumah kita sendiri.”
“Kalau macam tu, tak best la sayang. Kita ubah la suasana sikit.” Kata
Ez. Dia memeluk Kalsom dari belakang. “Mak dan ayah kirim salam pada
sayang.”
“Waalaikumusalam.”
“Mereka harap raya ke dua balik.”
“Maknanya esoklah ya,” teka Kalsom .
“Yup tapi Ez tak puas lagi bersama sayang kat sini. Ez pun cakap raya ke
enam baru kita balik.” Ez tersenyum.
“Mak ai! Lamanya. Apa kita nak buat kat sini? Semua tempat kita dah
pergi.” Kalsom sedikit terkejut.
“Kita duduk dalam bilik aje.”
“Tak nak lah. Bosan!” Kalsom meleraikan pelukannya.
“Dengan Ez tak boleh bosan.” Dia tarik Kalsom dan memeluknya semula.
“Ez sayang Kalsom .” Manja sekali suara Ez. Mulanya Kalsom malas nak
layan tapi dia membalas juga pelukan.
Mereka berdua tersenyum bahagia.

Kalsom sibuk menyediakan makan malam untuk mereka. Itulah rutinnya
setiap hari sabtu dan ahad.
“Kawan abang nak datang raya esok. Sayang nak masak apa yer?” soal Ez.
Kini sudah masuk raya ke lima belas.
“Abang nak saya masak apa?” Kalsom tersenyum malu tiap kali dia
memanggil Ez begitu.
“Abang tak kisah. Tak masak apa-apa pun tak apa?”
“Abang ni, tetamu datang, kenalah layan.” Kata Kalsom yang masih
mengopek bawang. Dia mahu masak sayur campur.
“Layan abang cukup.” Ez membelai rambut Kalsom yang panjang itu.
“Aduh! Sejak bila laki Kalsom ni suka mengedik ni.” Kalsom tersenyum.
“Ini bukan mengedik tapi ni bermanja la sayang.” Balas Ez. Entah mengapa
dia gembira bila bersama Kalsom . Kenapa dulu dia tak rasa seperti ini.
“Baiklah abang.”
“Siang tadi sayang pergi mana? Tak ajak abang pun.” Ada nada merajuk di
situ.
“Kalsom beli barang aje.” Ada senyuman yang terukir di bibir Kalsom .
Selepas makan malam, Kalsom masuk ke kamar. Dia melihat Ez sedang kusyuk
melihat kad raya pemberiannya.
“Abang masih simpan?”
“Mestilah abang simpan. Bermakna ni.” Ez melipat menyimpan semula kad
raya itu dalam laci.
Ez memerhati wajah isterinya.
“Wajah sayang ni berseri abang nampak. Apa yang buat sayang gembira ni?”
soal Ez lalu menghampiri Kalsom yang sudah duduk di birai katil.
“Hmmm, kalau saya cakap, abang jangan marah tau.”
“Okey abang cuba tak marah.”
“Saya tipu abang. Saya tak pergi kedai pun tadi.” Perlahan sahaja suara
Kalsom .
Tersentap hati Ez. Sedikit sebanyak dia rasa ingin marah tetapi dia cuba
bersabar.
“Kenapa tipu abang? Sampai hati Kalsom .” Dia berpaling dari terus
melihat wajah isterinya. Merajuk!
“Tak abang. Abang please dengar penjelasan saya.” Kalsom menyentuh bahu
suaminya.
“Nak merajuk juga!” Ez sedikit pun tak pandang wajah isterinya. Hatinya
benar-benar terasa dengan penipuan Kalsom .
“Sebenarnya saya pergi klinik.” Sebaik sahaja Kalsom melafazkan
kata-kata itu, Ez terus berpaling dan tangannya memegang bahu Kalsom .
“Sayang sakit? Kenapa tak bagitau abang. Abang boleh temankan sayang.
Sayang jangan buat abang macam ni. Hari raya ni tau, abang bimbang kalau
sayang sakit.”
“Apa kaitannya raya dengan sakit ni, abang?” soal Kalsom . Dia tersenyum.
Yakin yang suaminya tidak merajuk lagi.
“Yelah. Kalau sayang sakit macam mana nak teman abang raya.” Ez berkata.
“Ooo...”
“Hmm, dah la. Sayang sakit apa ni? Baik bagitau abang cepat!” Ez sudah
tidak boleh bersabar lagi.
“Sebenarnya....” Kalsom pun membisik sesuatu. Makin lama, makin lebar
senyuman Ez.
“Betul sayang mengandung?!” Ez benar-benar terkejut. Ez terlalu gembira,
dia terus mencempung tubuh isterinya dan mereka berpusing.
“Abang...” Kalsom tersenyum bahagia.
“Syukur alhamdulillah.” Syukur Ez.
“Alhamdulillah. Rezeki dari Allah abang.”
“Abang gembira sangat dengan kurnia ni. Mulai saat ini, sayang dah tak
payah kerja dah.”
“Ala kenapa pula? Kandungan saya baru seminggu.”
“Awal-awal ni kena jaga elok-elok sebab ia masih lemah lagi. Kawan abang
tu. Isterinya keguguran sebab ada orang langgar badan dia sikit aje.
Terus gugur sayang. Abang tak nak macam tu. Abang nak jaga sayang
elok-elok.” Terang Ez.
“Eh, abang ni! Banyak betul yang dia tahu.” Kalsom menjeling manja.
“Mestilah!” Ez mencuit pipi Kalsom . “Terima kasih sayang.”
“Ini berkat kesabaran abang ni.” Kata Kalsom .
“Mungkin. Mulai saat ini sayang duduk aje. Biar abang yang masak.”
“Abang masak sedap ke?”
“Sayang......”
“Gurau. Kalsom gurau aje.” Kalsom ketawa kecil melihat wajah suaminya
yang dalam kegeraman itu.
“Sayang Kalsom !” Ez terus memeluk isterinya yang tersayang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience