Rate

BAB 1

Family Completed 644

Kalsom tidak dapat bertenang. Dia bimbang! Jika rahsia yang disimpannya
selama ini akan terbongkar nanti. Kegiatannya tidak dapat di sembunyikan
lagi.
“Kalsom ...” panggil Ez. Suami Kalsom .
“Ya, Ez! Kejap!” dengan pantas Kalsom mencapai tudungnya dan
melangkah ke ruang dapur. Dia terkesima. Bagaikan ada kejutan elektrik
dalam tubuhnya. ‘Ini nak makan sahur ke atau berbuka? Aku dah naik
keliru ni. Tenang saja hati ini. Jangan duk kalut sangat.’ Bisik hati
Kalsom .
“Ez buat apa ni?” soal Kalsom . Matanya memandang lauk-pauk yang
ada di atas meja. Rasanya lebih dari tiga jenis lauk.
“Lauk la sayangku, Kalsom Anggun .” Kata Ez sambil menghampiri
Kalsom . Dia sempat mengucup dahi isteri tercinta.
“Tapi Ez, kita kan nak bersahur aje. Lauk ni lagaknya macam nak
berbuka aje.” Balas Kalsom . Kalau boleh elak membazir, elak sahaja.
“Tapi anak Ez dalam perut sayang tu tentu lapar. Ez nak Kalsom
makan banyak-banyak tau. Ez akan jaga sayang dengan bersungguh-sungguh.”
Ez tersenyum.
Kalsom pula tersentap seketika. Terimbau peristiwa dua bulan yang
lalu...

Kalsom berasa kecewa dengan sikap Ez yang dingin padanya. ‘Aku ada buat
salah ke? Adakah kerana perkara itu dia jadi begini? Oh tidak! Aku tidak
mahu membuat andaian sendiri.’
“Ez nak ke mana? Kalsom nak ikut boleh tak?” Kalsom bertanya.
“Kalsom tak payah ikut. Lagi pun Ez pergi atas urusan kerja.
Bukannya nak suka-suka.”
“Tapi makan aje kan? Kalsom janji tak kan kacau Ez buat kerja.”
Kalsom sudah mengangkat tangan.
“Tak payah la. Ez pergi dulu.” Ez terus meninggalkan Kalsom
sendiri dalam kamar mereka.
Tanpa Kalsom sedari ada air mata kesedihan yang mengalir.
Kalsom setia menunggu Ez pulang tetapi ternyata hampa sehingga
Kalsom tertidur di atas sofa di ruang tamu.
Akhirnya Ez pulang. Jam sudah menunjukkan tiga pagi. Ez tersentap
melihat isterinya lena atas sofa. Perlahan-lahan dia mengangkat tubuh
Kalsom dan baringkan atas katil. Hati Ez jadi sakit melihat Kalsom .
Kemahuannya tidak ditunaikan.
Ez bangun dan ingin meninggalkan Kalsom yang berbaring di situ.
Semasa Ez mengangkat tubuh Kalsom , dia sudah tersedar. Pantas
tangannya menyambar lengan suaminya itu.
“Kenapa Ez? Apa salah Kalsom ?” soal Kalsom . Ada air mata yang
mengalir. Again!.
“Kalsom tidak mengandung lagi. Kalsom sendiri tahu yang Ez
sukakan kanak-kanak.” Luah Ez.
Kalsom terdiam. Rupanya itu yang menjadi sebab suaminya bersikap
dingin padanya.
“Tapi, perkahwinan kita baru tiga bulan.” Kalsom cuba
mengingatkan Ez. Mereka baru sahaja berkahwin. Takkan begitu cepat
Kalsom mengandung. Memang benar perkahwinan mereka adalah pilihan
keluarga Ez sendiri tetapi mereka masih boleh bahagia.
“Kawan Ez, bulan pertama, isterinya sudah mengandung. Entah-entah
Kalsom ni mandul!” lancar sungguh kata-kata Ez.
Tercalar lagi hati ini. Siapa tidak terasa jika ada yang
menyatakan mandul. Tambahan pula suami sendiri yang berkata begitu. Di
awal perkahwinan lagi itu.
Kalsom memegang dadanya. Sakit sangat di situ. Di hatinya. Tetapi
dia cuba bersabar.
“Kenapa diam? Cepat-cepatlah mengandung. Buktikan kepada Ez yang
Kalsom tidak mandul!” kata Ez sambil memeluk tubuh Kalsom erat.
Kalsom tidak dapat berbuat apa-apa dengan semua sentuhan Ez ke
atasnya. Dia harus buktikan dia tidak mandul! Ya tidak mandul!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience