Rate

BAB 3

Family Completed 644

Riak-riak kecewa mula terukir di wajah Ez. Dia rasa tertipu sangat.
“Sampai hati Kalsom tipu abang!” makin tinggi suara Ez. Dia
memakai baju lalu keluar dari rumah tersebut. Itulah Ez, jika marah, dia
mesti keluar dari rumah tersebut.
Kalsom terduduk atas lantai. Inilah perkara yang paling
ditakutinya. Ez mengetahui perkara sebenar. Air mata Kalsom berguguran.

Ez pulang ke rumah setelah dia dapat menenangkan jiwanya yang kacau
bilau. Tidak sanggup rasanya dia meninggikan suara pada Kalsom . Tambahan
pula dia sayang sangat pada Kalsom . Satu-satunya wanita yang sentiasa
membuat hatinya berdebar tatkala mereka bersama.
Disebabkan debaran itu, kadang-kadang dia mencipta jurang dalam
hubungan mereka.
“Mana perginya Kalsom ni? Sunyi sahaja rumah ni.” Segera Ez masuk
ke bilik mereka. Ada sesuatu atas katil. “Kad raya?” dahi Ez sudah
berkerut. Dia duduk dibirai katil.
“Selamat hari raya kekasihku?” Ez membacanya. Ada senyuman
tercipta di bibir Ez. “Mesti Kalsom cuba nak memujuk aku.” Hati Ez sudah
berbunga-bunga. Gembira.
Pantas tangannya membuka kad itu untuk mengetahui isi di dalam pula.

Assalammualaikum Ez... Suamiku
Kalsom yakin masa Ez baca kad raya ini, Kalsom sudah tiada di rumah
ini. Pertama kali Kalsom nak minta maaf pada Ez sebab tipu Ez.
Sesungguhnya tak ada niat untuk menipu Ez. Kalsom bahagia dengan layanan
Ez masa Kalsom mengandung. Ez bagaikan lelaki lain.
Ez, Kalsom tahu yang kita berkahwin kerana pilihan keluarga Ez tapi
Kalsom cuba nak sayang Ez sebab Ez suami Kalsom . Walaupun Ez bukan cinta
pertama Kalsom tetapi Kalsom yakin yang Ez adalah cinta terakhir Kalsom .
Pada awal perkahwinan kita, Kalsom rasa Ez seorang lelaki yang
bertanggungjawab tetapi selepas sebulan, sikap Ez berubah. Sedih dan
pilu hati ini melihat sikap dingin Ez tetapi Kalsom cuba terus setia
dengan Ez sebab Kalsom tahu yang Kalsom ini adalah isteri Ez. Seorang
isteri harus bersama suaminya walau apa yang berlaku.
Tetapi kini, Kalsom rasakan kehadiran Kalsom hanya menyusahkan Ez.
Kalsom tak dapat menunaikan impian dan kemahuan Ez dalam masa terdekat.
Biarlah Kalsom pergi. Maafkan Kalsom . Halalkan semua makan minum Kalsom .
Selamat hari raya dan maaf zahir batin. Kalsom sayang Raeez .
Yang benar, isterimu... Kalsom Anggun .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience