Rate

BAB 2

Family Completed 644

Beberapa minggu kemudian, Kalsom termuntah. Dia rasa pening dan
tertekan dengan kata-kata Ez. Apabila Ez melihat Kalsom muntah-muntah,
dia sudah meneka yang bukan-bukan. Mesti mengandung tekaan Ez.
Sejak itu Ez melayannya dengan baik sekali. Selalu ada di rumah
dan menunaikan segala kemahuannya. Kalsom benar-benar bahagia tetapi
sampai bila? Rasa bersalah mencengkam diri.
Kini kandungannya sudah masuk bulan ke dua tetapi perutnya masih
tidak besar. Bagaimana mahu besar, dia sememangnya tidak mengandung. Dia
bimbang Ez akan perasan dengan keadaan perutnya itu.
Bulan puasa sudah masuk hari ke 23. Hatinya gusar gundah gulana. Andai kata mereka bergaduh, ke mana harus dia melangkah membawa diri. Sedangkan dia anak yatim piatu dan sebatang kara. Hanya pada suami dan keluarga mertualah keluarganya. Kalsom dirundung tekanan perasaan.
“Abang, Kalsom nak cakap satu perkara.” Kalsom melabuhkan
punggungnya di sisi Ez yang sedang membaca majalah PA&MA. Ah! Lelaki ini
begitu mahu kan anak.
“Apa dia sayang.” Ez menghentikan bacaannya dan memandang pada
Kalsom .
Kalsom serba salah. Dia benar-benar takut. Dia menarik nafas lalu
menghempuskan.
“Abang sayang tak pada Kalsom ?” soal Kalsom perlahan. Dia ingin
tahu perasaan Ez padanya.
“Semestinya abang sayang pada Kalsom . Sayangkan isteri abang.” Ez
mula terasa pelik dengan persoalan yang diutarakan oleh Kalsom .
“Tapi abang pernah marah pada Kalsom .” Kalsom mengungkit.
“Kalau abang marah tu, abang sayang pada Kalsom la.”
“Kalau sayang, kenapa lepas marah Kalsom , abang terus keluar dari
rumah ini?” soal Kalsom lagi. Dia benar-benar ingin tahu segala-galanya
di saat Ez masih bertolak ansur dengannya.
“Abang keluar dari rumah sebab tak nak terlalu marah pada sayang.
Kan lebih baik abang keluar dari rumah seketika untuk tenangkan hati
abang. Eh, sayang ni! Kenapa banyak sangat tanya ni?” Ez mula rasa
curiga. “Sayang ada buat salah ke?”
“Eh, tak ada tapi......” entah mengapa Kalsom tiada kudrat mahu
meneruskan kata-katanya. Dia perlu yakin dengan diri sendiri.
“Tapi apa...?” Ez pula yang tidak sabar.
“Tapi..”
“Tapi apa!” Kuat Ez jerkah.
Kalsom terkejut dan lancar sahaja dia berkata. “Tapi kita nak
letak nama anak kita ni apa?” tercunggap-cunggap pula dia rasakan saat ini.
“Lor, abang dah rancang semuanya. Kalau perempuan abang nak
namakan Seroja Kalsom Binti Raeez Hadri . Kalau lelaki abang nak
namakan Raeez Hadid Bin Raeez Hadri .” Ez menyatakan dengan perasaan
sangat gembira sambil memeluk bahu Kalsom . “Sedapkan nama tu?” tanya Ez.
Dia juga mahu mengetahui pendapat isterinya.
Kalsom tersentap. Hatinya makin rasa bersalah. Jika dia datang
haid pada bulan ini, rahsianya akan terbongkar. Ez dapat mengesannya
sendiri. Sampai bila dia mahu menipu.

Esok Kalsom dan Ez akan pulang ke kampung di Johor Bharu. Kalsom
benar-benar bimbang. Dia pun bergegas bangun dari pembaringan. Entah
mengapa perutnya terasa tidak selesa.
“Sayang, apa yang merah tu?” Ez yang sudah sedar dari tidur
terkejut melihat tanda merah di belakang seluar Kalsom .
Kalsom tersentap. Dia yakin itu darah haid. Adakah rahsianya akan
terbongkar?
“Kalsom tipu Ez! Itu darah haid, maknanya sayang tak mengandung.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience