Rate

BAB 4

Family Completed 644

Tangan Ez menggigil menahan perasaan sedih. Ke mana Kalsom pergi? Dia
membuka almari. Pakaian Kalsom sudah tiada. Kad raya isterinya itu di
letak atas meja solek.
Ez cuba menghubungi telefon bimbit isterinya tetapi tiada jawapan.
“Ke mana Kalsom pergi ni? Aku tak marah dia pun. Aku redha kalau dia tak
mengandung sebab aku tahu yang aku rasa bahagia di samping dia.
Sepanjang aku menjaganya, aku rasa bahagia. Aku buat semuanya demi dia
bukan semata-mata kerana kandungannya. Kalsom , jangan tinggalkan Ez.” Ez
menyesali dengan segala perbuatannya di awal perkahwinannya.
Dia sudah lama sedar segala kekasarannya. Dia hanya mahu bahagia dengan
Kalsom .

Kalsom membawa diri entah ke mana. Dia tiada arah tujuan. Semasa dia
mengisi minyak di stesen minyak, dia memcari dompetnya untuk mengambil
kad Petronas. Alangkah terkejutnya dompetnya tiada dan kemungkinan
tertinggal di rumah adalah seratus peratus.
Kalsom mula resah. Dia mengubah haluan kereta yang dipandunya itu di
depan rumah. “Aku nak masuk atau tunggu dia keluar tapi dia ada dalam
rumah ke? Kalau kereta ada tu, mesti Ez pun ada.” Kalsom mula keliru
dengan apa yang dirasanya. Apa yang perlu dilakukannya.
Perlahan-lahan dia keluar dari kereta dan melangkah masuk ke dalam
rumah. Kini dia berada di depan pintu utama rumah.
Nak masuk atau tidak ni? Aku takut. Perasaan bimbang menular dalam dirinya.
Tak jadi la. Bisik hati Kalsom . Dia ingin berpaling dan kembali semula
keretanya tetapi belum sempat dia buat sedemikian, pintu rumah di buka
dari dalam.
Kalsom terkaku melihat wajah serabut Ez.
Rasanya aku baru tinggalkan Ez dua jam. Dah jadi macam ni rupa suamiku ini?
Mereka saling pandang memandang. Sejurus itu, Ez terus memeluk isterinya
apabila dia yakin yang dihadapannya ada benar dan bukannya mimpi.
“Sayang, jangan tinggalkan Ez. Ez sayang pada Kalsom . Sayanglah
satu-satunya wanita yang Ez cintai. Tak ada anak pun tak apa. Janji ada
sayang menemani sepanjang hidup Ez. Itu sudah memadai.” Pelukkan Ez
semakin erat. Terasa lekuk tubuh Kalsom .
“Ez, sakit.” Perlahan suara Kalsom . Tubuhnya terasa sakit apabila
dipeluk kuat oleh Ez.
“Maaf sayang.” Ucap Ez. Dia menarik tangan Kalsom supaya masuk ke dalam
rumah.
“Tak apa.” Kalsom masih tergamam. Ez tidak pernah berkata lembut seperti
ini.
“Sayang tentu dahaga. Ez ambilkan air ye?” tawar Ez. Dia sudah ke dapur.
Pantas Kalsom bangun mengikut jejak langkah Ez.
“Ez, sekarang kan bulan puasa.” Kalsom mengingatkan Ez.
“Ya Allah! Ez lupa.” Dia mengaru kepalanya. Selepas itu dia memandang
isterinya pula.
“Kalsom ...” seru suaminya itu.
“Apa dia?” berdebar sungguh hati Kalsom ketika ini.
“Kita pergi honeymoon?” cadang Ez.
“Tapi Ez, sekarang kan mood raya. Kenapa pula honeymoon?” Kalsom rasa pelik.
“Untuk mengeratkan lagi hubungan kita. Pasal mak ayah Ez, biar Ez yang
uruskan, ye sayang?” sengaja Ez membuat suara menggoda seperti itu.
Manja sekali.
“Ya. Ya...” tergagap-gagap Kalsom menbalasnya.
“Sayang Kalsom !”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience