BAB 3

Drama Completed 671

Gagang telefon bertukar tangan. Aku kini bercakap dengan abah. Suara
abah kedengaran seperti biasa. Ceria sahaja.

“Tak boleh, bah. Kakak cuti hari khamis smpai isnin. Nak simpan cuti
untuk kahwin nanti…”

Abah merungut kerana aku ambil cuti terlalu pendek. Katanya tak puas nak
luangkan masa denganku sebelum aku bertunang. Kelakar pula aku dengar.
Baru bertunang. Belum kahwin!

“Kakak bertunang aje bah. Lain la kalau dah kahwin. Nanti kita luang
masa sama-sama okey?” aku cuba ambil hati abah kembali.

Aku tak ada pilihan. Tak boleh ambil cuti panjang. Bimbang cuti untuk
raya dan kahwin nanti akan berkurangan.

“Tak sama sebelum dengan selepas kakak bertunang…” kata abah lagi. Dia
ketawa dihujung ayat. Sengaja mengusik aku!

“Kakak bertunang, bukannya kakak kena duduk dengan dia. Kakak tetap anak
abah lagi. Tanggungjawab abah lagi. Zakat kakak tahun ni pun, abah kena
bayar lagi. Abah jangan lupa pulak…” aku pula berseloroh.

“Akan lain jugak. Kakak tak percaya, kakak tengok la nanti.”

Abah terus mengusikkku!

Argh, abah tak habis-habis buat aku macam anak kecil dia. Padahal aku
punyai tiga lagi saudara kandung di bawahku. Beberapa minggu sebelum aku
pulang, adik bongsuku menghubungiku menyatakan abah sudah tetapkan
tarikh pertunangan seorang lagi adikku seminggu selepasku.

Ini bermakna, dalam tempoh seminggu, dua orang anak abah akan menjadi
tunangan orang. SubhanALLAH, janji ALLAH itu pasti ditunaikan! Inilah
jawapannya. Aku semakin teruja.

“Kata merisik aje. Kenapa siap letak harga hantaran, mas kahwin semua?”

Terkejut juga aku, apabila abah sekali lagi tetapkan segala wang
hantaran dan mas kahwin untuk adik lelakiku. Kata abah, dia buat semua
ni untuk mudahkan segala urusan nanti. Tak kalut dan masing-masing boleh
bersedia dari awal. Aku dengar sahaja.

Hari ini aku sudah berada di kampung. Malamnya aku perlu selesaikan
segala urusan yang masih berbaki. Tanpa disangka, abah menyertai aku,
emak dan adikku yang ketika itu sibuk mengubah hantaran.

“Tak siap lagi ke?” tanya abah.

Senyuman tak lekang dari bibirnya.

“Belum lagi. Abah, cantik tak kakak buat?” aku sengaja menarik perhatian
abah.

Gubahanku ditunjukkan kepada abah. Adik bongsuku terus mencebek halus!
Mesti geli dengan kelakuanku.

“Cantik,” puji abah.

Kami kemudian ketawa sama-sama. Abah menghabiskan masanya di dalam
bilikku agak lama. Dia hanya memerhati dan banyak diam. Entah apa yang
difikirkan, aku pun tak tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience