HBTA Bab 2.

Drama Series 96221

"Kau tak bagi tahu aku pun yang kau ada peminat hot yet spicy macam tu? Who's she? Kind of bothered tho." Soalan pertama Iskandar bila mengikuti Adam kedalam pejabatnya.

Bother? Memang bother sangat. Baju dia yang 'bother' mata lelaki.

"Bukan main lama kau kat dalam tu, takkan tak tanya dia?" Soalan Iskandar tak berjawab malah dia sengaja memberi soalan balik. Sinis lagi tajam. Kerja yang tergendala tadi disambung semula. Masih banyak kerja yang menanti.

"Kau la potong. Tak sempat nak tanya, kau dah kacau daun." Iskandar mencebik. Kalau bukan sebab Adam pasti dia sudah dapat mengorek rahsia dari wanita itu. Siapa nama, tinggal mana, kerja apa...

Adam kerut kening. Aik, lain macam bunyi Tuan Doktor ni. Sejak bila dia suka perempuan macam 'sotong kurita' tu? Ya, itulah gelaran yang diberikan oleh Adam kepada Tasya. Gediknya perempuan yang namanya Tasya tu tak jauh beza dengan sotong kurita. Kalau letak sebelah menyebelah, pasti dah macam adik beradik lain mak lain bapak.

"Kau suka perempuan macam tu?" Adam tanya soalan lagi. Kali ini dia kerling pada Iskandar. Mahu melihat reaksi sahabat baiknya itu.

"Aik lain macam soalan kau ni Adam? Do I smell jealousy around here?" Iskandar bermain kata. Kalau Adam boleh putar belit soalan, dia pun boleh.

"Jealous? Please la. Not even cross pun. Soalan aku jelas tadi. Aku tanya kau suka ke perempuan macam tu? Menggedik, menggeletis, merenyam or apa sahaja kata yang seumpama dengannya. Kau suka perempuan yang type macam tu?" Iskandar ditenung. Mananti jawapan dari si sahabat.

Iskandar berfikir. Sambil mengurut dagunya yang mempunyai janggut sejemput. Tak panjang, sekadar adanya saja.

"Menggedik bertempat tak apa kot." Jawapan jujur dari si sahabat mendatangkan senyum senget dibibir Adam. Adam kembali melakukan tugasnya yang terhenti seketika.

"Kot? Kau rasa di zaman kepupusan kaum lelaki sekarang ni, perkataan 'kot' tu masih diguna pakai ke? Hello, kita kena sedar hakikat yang sekarang ni kaum kita dah semakin ditelan bumi tau. Jadi baik kau fikir betul-betul sebelum kau guna perkataan 'kot', tu.."

"Wah deep doh kau tazkirah aku. Gila padu. Aku nak sentap dah ni. Kau dah kenapa sebenarnya? Datang bulan? Clash?" Iskandar memesongkan soalannya. Adam yang duduk dihadapnnya itu macam Adam yang berbeza dari planet lain yang jatuh ke bumi. Takkan sebab aku tanya pasal perempuan tu de bagi aku kaw-kaw punya soalan.

"Celah mana aku nak datang bulan? Kau doktor, patut kau lagi tahu serba serbi dari aku." Sekali lagi ayat Adam mengenai batang hidung sahabatnya itu. Iskandar tersipu-sipu malu dahinya digaru.

"Habis tu clash?" Tanya Iskandar masih tak puas hati.

"Clash dari mana? Aku girlfriend pun tak ada."

"Habis tu kau moody ni kenapa?"

Tetap. Iskandar akan bertanya selagi jawapannya tak didapatkan. Nama pun doktor. Aku ni dah macam pesakit dia aje dibuatnya. Aku jugalah tempat dia buat teori bodoh dia. Adam mengutuk dalam hati.

"Kau tahu aku tak suka perempuan gedik kan. Oh, sorry bukan tak suka. Tapi aku elergik! She's one of that type. Sebab tu aku tanya kau suka ke perempuan type macam tu?"

"Tapi aku tengok dia okey aje. Menggedik apanya?" Beritahu Iskandar jujur. Betul itu yang aku nampak. Elok aje perangai dia. Menggedik dari mana?

"Itu sebab dia tak sihat. Kalau dia sihat, aku rasa kau pun angkat bendera putih."

"Tapi kau sound dia tadi teruk sangat. Berlembut la sikit. Perempuan kot. Ingat perempuan tu ibarat kaca. Bila kaca dah pecah dia tak akan kembali jadi asal. Jadi janganlah kasar sangat bro. Kalau dia sakit hati dengan kata-kata kau. Nanti kau yang susah." Iskandar menasihati Adam. Adam memang kasar dengan semua perempuan. Ayat makan dalam pun ya. Lagi-lagi kalau dia tak suka. Memang kau kena spear tisu banyak-banyak la sebab akan sentiasa menangis dibuatnya. Entahlah kenapa Adam macam tu. Muka macam mamat romeo. Badan ketul-ketul. Stok playboy. Tapi takut perempuan. Kan hairan tu!

"Kalau perempuan macam tu? Sorry. Aku tak kawin pun tak apa. She's not my taste. I can get better then her." Ujur Adam dengan sangat yakin.

"Wah ini masuk dalam kes takbur ni bro. Jangan sampai tak cium pintu syurga dah la. Kau macam kufur nikmat yang dah Allah bagi tau. Mana tahu suatu hari nanti itu jodoh kau? Kau tak tahu kan? Ajal maut tu semua rahsia Allah. Siapa kau nak tentukan jodoh dan mati kau? Ingat sikit bro, yang sesat tak selamanya tersesat selamanya. Ingat tu." Iskandar sedikit beremosi. Habis semua hujannya dikeluarkan. Biarkan Adam rasa sikit. Macamlah dia tu perfect sangat siap mengutuk ciptaan Allah. Ingat menggedik tu sengaja ke. Ok, kadang memang ade juga disengajakan. Itu tak dinafikan. Tapi ada yang born with it. Yes, sedikit annoying tapi masih boleh dibentuk.

Zupp!! Adam diam. Dia pula yang rasanya sentap dengan ayat Iskandar tadi. Aku ni macam tu ke? Astagfirullah... Istigfar Adam dalam hati.

"Dah lah aku nak balik klinik. Kau tu dah macam perempuan datang bulan dah aku tengok. Moody aje. Nanti malam kita jumpa tempat biasa. Assalamualaikum..." Iskandar terus beredar. Adam menjawab salam perlahan. Masih sedikit berbekas dihati dengan apa yang Iskandar ucapkan tadi.

Adam menyandarkan tubuh dibadan kerusi. Kepala mendongak keatas. Siling putih dipandang kosong. Fikiran menerawang saat dia berkenalan dengan Tasya 5 tahun lalu. Saat gadis itu baru pulang dari luar negara. Rupanya si gadis juga kawan satu universiti dengan Tengku Zein Luftman, sepupu lelaki satu-satunya yang dia ada. Sepupu yang lain kesemuanya perempuan.

"Opss sorry..." Damn! Matanya terbuka luas. Bukan dia kesahkan baju wanita itu yang sudah lencun dengan air carrot susunya. Tapi dia lebih kisahkan baju wanita itu yang terdedah sana sini. Sudahlah baju jenis melekat dibadan. Terdedah teruk pula. Yang hanya ditutup dari atas dada hingga atas betis. Yang lain... melayang entah kemana. Melihat sekeliling, Adam tergamam. Kat kedai mamak pun kau pakai macam ni? Gila apa perempuan ni? Daring. Dan, apa lagi. Mata-mata jantan miang memang sudah terpasak pada gadis itu. Belum lagi ada siulan-siulan jahat yang berbunyi. Pelayan kedai mamak ni pun tak senang nak ambil order. Mata asyik ke dia saja. Mana kau belajar etika berpakaian? Sekolah mana kau pergi? Kutuk Adam dalam hati.

Tasya mengibas air yang sudah habis membasahi bajunya. Striped dress paras atas peha itu sudah tak seperti baju. Dah jadi macam alas kaki bilik air. Lencun! Tasya menyelak rambut blondenya kebelakang. Mahu melihat siapa orang yang sudah buat dia basah lencun seperti itu.

Dup dap... dup dap... dup dap... Tasya memegang dadanya. Jantung sudah main lagu madley. Matanya tak berkelip melihat jejaka tampan dihadapannya itu.

'Hot baby hot....' tiba-tiba ada background music Hot Baby from BESTie.

Mata semakin turun kebawah. Fuh! Your body... super damn hot! Point lagi!

"Errr... sorry. I didn't see you." Ujur Adam yang masih lagi menjadi mangsa perhatian si bunga. Lama giler dia tenung. Macam nak tembus kedinding. Tangan dia pula siap pintal-pintal hujung rambut. Errr... perempuan dari planet mana ni?

"Hello!" Jerkah si Adam. Hilang sabar bila Tasya tak berkelip melihatnya.

"Oh sorry. What did you say just now?" Soal Tasya lembut.

"I said sorry. Your dress... I didn't see you coming in this way."

Tasya kembali melihat bajunya. Kemudian melihat Adam kembali dan tersenyum manis.

Okey ini aku bagi 10 markah. Senyum dia memang manis. Menggoda pun ya. Tapi... Oh shit! Otak kau tak berfungsi ke Adam? Look at her... sesuai ke perempuan macam tu untuk dinilai? Sah-sah dah tak ada nilai bro. Nak bernilai macam mana kalau dah sengaja tunjuk 'eset' depan khalayak ramai.

"Oh this... Its ok. Doesn't matter at all." Ujur si gadis.

"Malaysian?" Soal si gadis lagi. Masih didalam renungan yang sama. Sampai Adam sudah naik bosan. Kalau tak fikir ramai orang kat sini. Aku dah bla dah. Mengenangkan aku juga salah. Terpaksa aku dosakan mata hari ni. Cis. Ayat kau. Macam tak pernah buat dosa. Manusia mana lepas dari buat dosa bro.

Adam hanya mengangguk.

"Oh really? I thought you European. Your face like Dusan Susnjar."

Semakin lebar si gadis tersenyum bila di dapat menyamakan muka aku dengan seseorang.

"Dusan what?" Suara Adam sedikit kuat kerana ingin menyamakan suaranya dengan keadaan restoran yang semakin dipenuhi pengunjung. Blur. Memang aku blur. Entah siapa-siapa yang dia sebut. Dahlah aku memang buta dunia hiburan. Kalau Anuar Zain, Zul Ariffin, Fattah Amin tu aku kenallah.

"Oh doesn't matter. Can i have your number?"

Dan, dengan tak malunya dia meminta nombor telifon. Adam berkerut dahi. Biar betik perempuan ni? First impression aje dia dah fail. Ade hati nak nombor telifon aku? Sorry cik. Aku tak jual body.

Adam terus berlalu tanpa menjawab. Buat si gadis terpinga-pinga.

Itu pertembungan malang yang aku pernah ada dengan perempuan. Rupanya tak sampai situ aje pertemuan aku dengan dia. Sewaktu mama buat sambutan hari jadinya, Zein datang dengan kawan perempuan. Kata, temannya itu teman satu Universiti di UK. Dan disitulah juga nasib malang aku sekali lagi terjadi.

Sifat menggedik dia yang buat aku rimas. Rimas mata. Rimas hati. Segala-galanyalah.

"Adam! Adam!" Jerit suara itu. Adam berpaling. Melihat gadis itu menghampirinya dia mempercepatkan langkah.

"Adam tunggulah..." Suara itu semakin meleret memanggil namanya. Termengah-mengah si gadis mengejar dengan hills yang setinggi 5inci. Padan muka!

"You nak apa? I nak cepatlah." Adam tak memberhentikan langkah. Sebaliknya semakin dicepatkan. Tasya tak putus mengejar.

"Jom dinner dengan I? I ada tempat best nak tunjuk dekat you."

"Sorry. Not interested."

"How about watching cinema?" Gadis masih tak berputus asa. Selagi yang namanya Tengku Adam Khaair, dia akan kejar walau kelautan api sekalipun.

"Lagi tak minat." Adam jawab bersahaja. Langkah semakin laju.

"Then you bagi tahu I apa yang best untuk kita buat bersama?" Si gadis masih lagi terus berusaha walau Adam sudah tayang muka 14nya.

"There is nothing we can do together. Stop chasing me and just leave."

Terus Tasya memberhentikan langkahnya. Dia merenung belakang lelaki itu yang sudah semakin menjauh darinya. Keluhan dilepaskan. Fail again.

Tok tok...

Adam tersentak dari lamunannya. Badan kembali ditegakkan. Dia melihat kemuka pintu.

"Boss meeting."

"Thanks Marina."

Sejurus Marina keluar, dia kembali termenung.... shit! Apa aku buat? Teringatkan dia kenapa? Damn it. Tergesa-gesa Adam menutup laptop dan mengambil beberapa fail bersebelahan dan keluar dari bilik itu. Otak nak kena cuci sekejap. Huh!

**********

"Non? Kok pulangnya awal sekali? Emangnya ngak kerja?" Barupun Tasya melangkah sebelah tapak kaki, Bik Atun sudah bertanya. Dia yang sedang mengelap cermin

"Apa non mahu bibik bikinin air?" Soal Bik Atun lagi setelah Tasya tak menjawab soalannya. Wajah mulus itu menjadi santapan matanya. Pucat!

"Tak apa Bik. Tasya nak rehat aje. Oh ya... abang ada tak?" Soal Tasya pada pembantu rumah ayahnya.

"Ada diatas. Lagi tidur..." Perkataan tidur diperlahankan. Tak mahu anak majikannya yang satu itu mendengarnya.

Tasya mengangguk. Dia cukup faham kalau Badrul ada dirumah, rumah akan jadi sunyi sepi. Tak boleh bersuara. Kalau bersuara atau bising sedikit saja, pasti semua isi rumah jadi mangsa kemarahannya.

Kadang-kadang Tasya hairan. Kalau dengan semua teman wanitanya, boleh pula Badrul berlembut lidah. Tak pula ditunjukkan sifat barannya. Pijak semut pun tak mati. Tapi kalau didalam rumah ini, dalam sehari pasti ada yang jadi mangsa amarahnya. Pernah Tasya terserempak beberapa kali Badrul dengan perempuan, dan nyata layanan Badrul pada perempuan itu tersangat baik. Sentiasa bermanis muka. Kadang dia juga hairan kenapa dirumah muka dia tak semanis itu. Yang ada hanya wajah garang dan bengisnya saja yang ditunjukkan.

Tasya sudah letih dengan sikap abangnya itu. Papa juga sudah puas menasihati namun dia tetap sama. Kalau begitu yang dia inginkan... biarlah. Pasti akan ada harinya dia akan berubah.

"Tasya baik atas dulu ya, Bik. Nanti kalau papa balik, Bibik tolong kejutkan Tasya. " Pesan gadis itu pada pembantu rumahnya.

"Baik non. Nanti Dato pulang, bibik kabarin. Ini, non kok kelihatan pucat sekali? Non sakit?" Sungguh prihatin Bik Atun terhadap anak majikannya yang satu itu. Selalunya Tasya cukup ceria dan aktif. Tapi hari ini, wajah itu cukup tak bermaya. Bik Atun jatuh kasihan melihatnya. Pasti kerja yang banyak dipejabat buat gadis itu keletihan. Masakan tidak, Badrul sikit pun tak membantu. Menghabiskan duit adalah. Sudah berpuluh tahun dia berkhidmat dengan Dato Harun, sedikit sebanyak rahsia keluarga ini dalam simpanannya.

"Pening sikit je bik. Tu Tasya balik awal hari ni." Jelasnya. Senyuman juga diberikan.

"Kalau bibik bikinin bubur ayam, mahu?"

Tasya berfikir seketika. Makan bubur? Aku betul-betul tak suka benda-benda macam tu. Lembik, berair, eeuww kembang tekak.

"Bibik buatkan sup ayam boleh? Nanti Tasya makan dengan nasi putih. Bubur-bubur ni Tasya tak boleh masuk. Kembang tekak." Siap dengan mimik muka Tasya gambarkan bagaimana dia sangat tidak menyukai bubur.

Bik Atun tertawa melihat Tasya mengekspresi wajahnya. Anak ini terlalu comel. Dia mengangguk tanda setuju. Kemudian Tasya beredar mahu ke biliknya. Tapi langkahnya terkujat bila Badrul sudah berdiri diatas tangga sambil bersilang tangan didada. Matanya tak lepas dari merenung Tasya.

"Kenapa kau block card aku?" Dingin dan keras suara menyapa pendengaran Tasya.

Tak ada sapa, tak ada kabar terus Tasya diterkam dengan soalannya. Malu sungguh dia hari ini bila jurujual menolak card credit yang diberikan. Katanya sudah overlimit. Apa lagi, muncunglah bibir teman wanitanya.

Muka adiknya yang tengah pucat itu dipandang seperti mahu ditelan hidup-hidup. Benci! Perkataan itu sangat sinonim dengan Tasya. Adik yang tak pernah dianggap seperti adik.

"Abang... Card yang abang pakai tu ada limit. Dan limit card abang hanya 50k setiap bulan. Bila abang dah guna semuanya, mestilah bank reject sebab dah overdraft." Jelas Tasya. Rasanya Badrul bukanlah sebegitu bodoh untuk tidak tahu akan had penggunaan kad kredit. Malah sepatutnya dia yang lebih mengerti kerana selama ini dia yang paling banyak menggunakannya.

Kurang hajar. Dia nak ajar aku pulak. Rahang badrul bergerak-gerak. Dia mengepal penumbuknya . Kalau dah card aku kene reject, aku tahulah card to dah over used.

"Kau jangan nak ajar aku pulak. Hari tu kan aku dah suruh kau tukar jadi unlimited! Kenapa kau tak tukar hah?!" Bentak Badrul lagi.

Letih badan dan berat kepala Tasya dibiarkan ketepi. Urusan Badrul lagi penting. Kalau tak dijawab, sudah pasti dia akan jadi mangsa.

"Tasya tak boleh buat macam tu. Abang terlalu boros. Syarikat kita pun tak boleh nak tampung hutang abang yang berbukit tu. Kalau dibiarkan, jawabnya syarikat boleh bungkus."

Cukup-cukuplah tu dia berlembut dengan Badrul soal ini. Kali ini dia harus berkeras. Kalau ikutkan Papa, dia mahu aku ikut saja arahan Badrul. Tapi aku yang menolak. Buat apa? Badrul tak mendatangkan profit pada syarikat. Malah buat syarikat menanggung segala kos sebab sifat boros dia. Dan kesannya, sudah dirasakan kini. Gemilang Holding sudah tak ada wang untuk dijadikan modal pusingan. Jadi macam mana nak benarkan Badrul sesuka hati berbelanja. 50k itu pun sudah terlampau banyak untuk dia gunakan dalam sebulan. Bukit pun kalau digondol setiap hari, lama-lama akan jadi rata. Itulah perumpamaan yang paling sesuai untuk Gemilang Holding saat ini.

"Kalau aku cakap kau tukar, kau kena tukar! Aku tak nak dengar alasan. Apa yang kau tak faham aku cakap hah?" Sekali lagi suara terjahan dari lelaki itu masuk kependengarannya. Tanpa menunggu Badrul terus datang mendekati Tasya. Tanpa belas dia merentap rambut Tasya. Terdongak kepala itu menerima tindakbalas kasar dari abangnya. Peritnya. Tasya menyeringai kesakitan.

"Non!" Bibik Atun sudah kegelisahan. Risau kalau-kalau Badrul bertindak luar kawalan. Bukan boleh buat main dengan perangai panas baran anak majikannya yang satu itu. Silap hari bulan dia juga jadi mangsa. Sebab pernah kena dengan Badrullah dia jadi kecut perut untuk melawan. Tasya mahu dirapati, namun tangan Badrul menegah. Bik Atun diam ditempat.

"Aku nak kau tukar. Kalau besok aku check kau masih belum tukar. Nyawa kau yang aku tukar! Huh." Serentak dengan itu tubuh itu ditolak jatuh. Tersungkur Tasya dibuatnya. Berderai air mata tak kala tangan kanannya sudah dirasakan perit mencucuk. Berdarah! Entah untuk kali keberapa dia akan dikasari oleh Badrul. Setiap kali itu juga badannya akan menjadi sasaran. Tak cukup dengan itu, kadang kala dia dipijaknya. Itukah sikap seorang abang? Sikap seorang pelindung? Sikap seorang ketua keluarga selepas papa? Tasya tiada jawapan. Hanya takdir akan menentukan segala. Namun mengalah bukan jawapannya. Tasya tak akan menurut sedikitpun kehendak Badrul yang lebih lagi akan menghancurkan keluarga ini.

"Apa pun yang abang buat pada Tasya. Tasya tak akan tukar. Tasya tak akan ikut kehendak abang lagi. Cukuplah abang buat papa sedih dengan sikap abang." Tak kala itu, Badrul menikam Tasya dengan panahan matanya. Nafasnya berombak kasar. Marahnya tercabar.

"Kau silap orang kalau nak cabar aku!" Tak semena kaki kanan Tasya dipijak kuat. Tasya mengerang kesakitan. Tulang buku lalinya bagai mahu patah. Hanya tangisan yang mampu terluah.

"Bad!" Jerit Dato Harun dari muka pintu. Belum masuk dirumah, dia sudah dengar jeritan Bik Atun. Sewaktu mengambil keputusan untuk pulang awal kerumah, hatinya sudah rasa tak enak. Ternyata dugaannya benar. Terus dia menerpa anaknya yang sudah mengerang kesakitan.

"Besok aku tahu, kad aku dah tukar ke unlimited. Kalau tak. Kau tahulah nasib kau macam mana." Sempat Badrul meninggalkan amarannya sebelum naik kebilik tanpa mempedulikan kedua beranak itu.

"Ok! Papa akan tukar." Dato Harun mengalah. Bukan dia yang tak mahu menukar had limit kredit kad Badrul, tapi Tasya. Tasya melarang keras. Baginya sama seperti menyiram air kedaun keladi. Tak berguna. Kasihan anaknnya itu. Acap kali menjadi mangsa kekejaman abangnya sendiri. Sampai bilalah dia akan aman dari menyaksikan kekejaman ini.

"You better do pa. Sebelum anak kesayangan kau jadi mangsa aku. Kalau kau tak sayang nyawa dia. Trylah buat aku marah." Tiada ucapan terima kasih yang diterima, malah ugutan yang dia dapat. Anak seperti apakah itu?

"Kita pergi klinik sayang..." Terkial-kial Dato Harun cuba untuk membangunkan Tasya. Bik Atun bergegas menghampiri majikannya. Membantu memapah Tasya yang kesakitan. Terhincut-hincut Tasya dalam langkahnya.

To be continue...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience