HBTA Bab 1.

Drama Series 96221

LAJU jari menekan butang keyboard. Sesekali dia melirik fail yang berisi maklumat yang dia peroleh dari setiausahanya. Sebentar lagi ada meeting dengan pihak bembekal. Jadi sebelum meeting itu bermula dia mahu menyiapkan dulu proposal yang baru dia terima.

Kerja memang tak pernah habis. Selagi tak tutup mata, jawabnya kerja... kerja... kerja!

Dia sedar sejak akhir-akhir ini dia hanya menyibukkan dirinya dengan urusan di Alam Angkasa. Syarikat hartanah yang papa dirikan atas titik peluhnya sendiri. Namun sebelum papa melihat kejayaan yang Alam Angkasa kecapi, papa sudah menutup mata. Terkilan.

Dengan menyibukkan diri begini sedikit sebanyak dapatlah menghilangkan tekanannya pada soalan mamanya.

"Adam... bila nak kenalkan mama dengan special girlfriend Adam dekat mama?"

Soalan tu dah macam lagu yang bermain di MP3. Diulang-ulang. Dah naik jemu dibuatnya.

Bila dia berehat dirumah setiap hujung minggu, mama akan mula berhujah.

"Tak keluar dengan girlfriend ke hari ni?"

"Kalau duduk kat rumah aje bila nak jumpa girlfriend."

"Susah-susah sangat mama ajelah cari calon. Kawan mama tu ade aje anak perempuan yang cantik-cantik."

Tak tahu ke mama cantik tu sesuatu yang subjektif. Cantik aje tak guna kalau perangai macam hantu cina! Dah belambak kat luar sana kaum lelaki seperti dirinya menjadi mangsa kaum yang bernama perempuan ni. Dan dia tak mahu, dia antara yang termasuk dalam golongan sakit jiwa.

Mama tak tahu ke selain perempuan ada lagi hal yang lebih penting? Guess what?

TIDUR!

Betul apa. Dah penat kau memerah otak, membanting tulang selama 24/7 selama 6 hari. Bila tiba hari cuti. Rehatlah. Apa lagi. Hari minggulah waktunya membebaskan diri dari kerja-kerja yang tak pernah kenal erti habis. Kalau ditambah dengan adanya girlfriend, akan rosak seluruh ketenangannya.

Dia lebih suka begini. Tak pening kepala. Nak kemana saja tiada siapa yang tanya. Apa dia nak buat tiada siapa yang bantah. Bebas lepas.

Dari melayan 'kaum' seperti itu baik dia menumpukan sepenuh perhatiannya pada Alam Angkasa. Ada faedah!

Ketukan dari luar menyentak lamunan Adam.

"Boss... Cik Tasya is outside. She wants to see you..." Ujur Marina yang berada dimuka pintu.

Tasya!

Belum habis kerja, satu lagi bala datang. Sebut saja nama itu, Adam sudah geli geleman. Bulu-bulu ditengkuk juga turut tegak berdiri. Seperti sama takutnya berjumpa hantu.

"I'm busy Marina. Can't you see?" Adam menjawab ala kadar. Wajah setiausahanya juga tak dipandang.

"Cik Tasya nak jumpa boss sekejap aje. Ada hal mustahak." Marina mencuba lagi. Bukan apa dia kesian dengan Tasya yang sudah menunggu Adam dari jam 9 pagi tadi. Sekarang ni dah jam 1 tengah hari. Lama tu.

"Who's your boss here, Marina? Me, is it?" Sinis suara Adam kedengaran di telinga Marina. Adam sudah berpaling. Serius wajahnya memandang Marina.

Marina kecut perut. Oh, danger. Sebelum dia ratah kau macam sushi, baik kau bla Marina. Abort! Just go.

"Ok boss." Sejurus Marina menutup kembali pintu biliknya, Adam menyandarkan tubuh. Pelipisnya dipicit.

Apa dia nak hari-hari datang office aku? Tak serik-serik lagi ke aku dah halau dia berkali-kali. Betul-betul tak malu.

Marina mendekati Tasya yang masih setia dikerusi menunggu. Kesian juga dia melihat Tasya. Sudah berkali-kali kena halau dengan Adam pun dia tetap datang ke sini. Kalau aku mahu dah lari terjun bangunan. Malu weh.

Sudahlah Adam tu cakap tak pernah berlembut dengan yang namanya perempuan. Kasar saja. Tapi boleh pula Cik Tasya ni tahan. Itu belum lagi dia maki kau kat situ juga. Boleh menagis weh. Aku tak sanggup. Tengok la tadi. Cakap sikit aje nak melenting. Mood selalu aje swing. Mengalahkan mood perempuan tengah datang bulan! Kami ni ada masa lah juga nak moody. Tap dia... mood dia tak pergi sekolah agama!

Tapi satu yang Maria suka pada Cik Batrisya Aulia ni, walaupun selalu mengganggu Adam, tapi dia tak pernah ceroboh masuk ke bilik lelaki itu. Dia sanggup menungguh berjam-jam sehinggalah dia dipanggil masuk. Bermakna dia juga tahu tatasusila. Pada pandangan Marina, Tasya sangat sopan walaupun sedikit seksa. Tapi tak tahu kenapa Adam sepertinya tak boleh menerima wanita itu. Nak kata tak cantik, she's outstanding! Body pun kebabom. Bahasa ada. So apa lagi yang kurang? Dia gedik? Hmm... adalah sikit. Tapi tak obvious.

"Macam mana Marina? Dia nak jumpa I tak?" Laju Tasya menanyakan soalan itu. Senyuman manis juga diberikan. Tapi bila melihat Marina diam. Dia sudah dapat jawapannya.

Tasya menunduk kecewa. Nampaknya Adam masih tak mahu berjumpa dengannya. Dia boleh aje merempuh masuk bilik lelaki itu, tapi apa faedahnya? Mesti dia kena halau lagi.

"Tak apalah Marina. Thank you. You did a good job." Pujinya ikhlas. Tasya mengatur langkah untuk beredar. Tapi Marina menghalang.

"Cik Tasya tak nak minum dulu ke? Dari tadi Cik Tasya ada kat sini. Tak minum apa-apa pun lagi." Marina cuba mengambil hati wanita muda itu. Bukan Marina tak nampak wajah kecewa terbias dibalik senyuman Tasya. Sedikit sebanyak dengan secawan air dapatlah dia menghilangkan rasa kecewanya. Bak orang kata, air dapat menenangkan diri dari masalah yang kita hadapi.

"It's okay Marina. Kedatangan saya pun bos awak tak alu-alukan. Lagilah kalau saya minum kat sini. Nanti dia anggap saya menghasut awak pula." Tasya menolak. Biarlah dia rehatkan dulu hatinya saat ini. Sudah cukup letih badannya bila hampir setengah hari dia melangut di pejabat Adam. Ini pun dah berpusing-pusing pandangannya. Macam seluruh bangunan ini bergoyang.

"Tapi..." Ada nada kerisauan di situ. Marina lihat wajah Tasya sangat pucat dan juga sedikit berpeluh. Aircond tak cukup sejuk ke? Mustahil. Aku aje pakai baju dah 2 lapis. Lagilah pakaian Cik Tasya tu. Wanita itu hanya memakai sleeveless shirt bewarna putih dipadan dengan skirt kembang beropol bewarna pink separas atas lutut. Dah confirm sejuk. Tapi bila berpeluh macam tu, itu yang Marina pelikkan.

"Marina!"

Zupp!

Suara tu... Tasya menoleh pantas. Adam!

"What the hell. Why she still here? Didn't she has any work to do? Manalah tak bankrupt Gemilang Holding tu kalau macam ni perangai owner dia." Sinis dan kesat kata dilontar Adam. Tapi dia peduli apa. Betul kot. Kalau dah menebeng kat sini saja. Macam mana kerja nak jalan?

Marina sudah serba salah. Sana bos. Yang kat sini pula dah pucat semacam. Takut pengsan aje.

"Okey la Marina. I pergi dulu." Tasya mengambil jalan selamat. Hah! Baru nak fikir? Tadi apa je yang kau fikir? Patut dari tadi dah kau bla. Ini tak. Kau tunggu juga. Bila dah dapat 'hadiah' dari mulut dia la baru kau terhegeh-hegeh nak bla. Tasya mengutuk diri sendiri.

Berat kepalanya ditahan. Kalau pun nak pengsan ke apa jangan kat office ni. Tolong la. Tasya sempat berdoa dalam hati.

Baru pun beberapa tapak dia melangkah, tak semena dia sudah rebah disitu tak sedarkan diri.

"Cik Tasya!" Marina pantas menerpa ingin menyambut tubuh itu sebelum jatuh keatas lantai. Namun apa yang dia tak percaya. Sebelum dia mendapatkan Tasya. Sudah ada tangan lain yang lebih dulu menyambut tubuh itu.

Boss!

"Macam mana ni boss?" Soal Marina panik. Dia melihat Adam menepuk-nepuk pipi mulus Tasya berkali-kali.

"Call a doctor. Now!" Adam terus membawa Tasya kedalam cempungannya. Sekejap saja sudah hilang dari pandangan Marina.

Marina terpinga-pinga. Tu Tengku Adam Khaair ke? Tadi bukan main marah tak nak jumpa Cik Tasya. Tapi bila Cik Tasya pengsan macam ni. Dia pula yang panik. Hairan aku.

Bila tersedar cepat-cepat Marina menghubungi doctor seperti yang diminta Adam.

Di dalam bilik pula, Adam berdiri tegak memerhatikan susuk tubuh yang masih tak sedarkan diri. Ingatkan pura-pura pengsan sebab nak perhatian aku. Rupanya betul-betul dia pengsan.

Dalam mengutuk gadis itu, sempat pula dia merenung wajah Tasya. Melihat wanita itu yang bagaikan sedang tertidur pulas, Adam jadi tenang. Kenapa pula aku rasa tenang semacam hah? Hisy. Pelik ni. Tapi serius la. Tengok dia tidur buat aku rasa free. Macam semua masalah aku selesai. Dah macam magik pula muka dia tu. Tadi kepala yang berserabut dengan banyak benda hilang macam tu aje. Padahal kalau dia sedar, tak ada pula menenangkan aku. Kusutkan aku adalah.

Oh no... no... no. Adam! She's on your reject list. She's not even your type. Tolonglah pergi basuh otak kau tu dengan Dynamo ke, Clorox ke. Ape-ape ajelah janji kau jangan fikir yang bukan-bukan.

Cepat-cepat Adam melarikan pandangannya. Tak boleh tengok lama-lama Adam. Bahaya! Adam akui Tasya bukannya tak cantik. Cantik. Walaupun solekannya hanya minimal dimuka, tapi tetap saja cantik. Cuma yang dia tak berkenan. Perangai dia aje. No! Bukan perangai aje. Pakaian dia pun. Sangat menjolok mata.

Adam mengambil keputusan untuk menunggu diluar sementara menunggu doktor sampai. Tapi langkahnya tergendala bila tubuh itu sedikit bergerak-gerak.

Ah selesanya dapat tidur... ujur tasya dalam hati. Mata yang memberat perlahan-lahan dibuka. Bila dia disambar dengan silaunya lampu. Dia menutup mata kembali. Kenapa aku tidur buka lampu pula? Selalu aku tidur dalam gelap. Ah biarlah. Sedap juga sambung tidur balik. Tambahnya lagi.

"Best dapat tidur? Sekarang bangun!" Kasar suara itu masuk ke pendengarannya. Dia tak peduli.

Tasya merenggus. Tak suka bila tidurnya diganggu.

Amboi! Dia siapkan betulkan tidur lagi? Ini dah lebih.

"Wake up lady before I force you to do it. Aku kira sampai 3. Kau tak bangun aku cium!"

Kiraan bermula.

"Satu..."

Tasya tak ambil pusing. Badannya masih penat. Dia rasa itu hanyalah mimpi.

"Dua..."

Tasya masih begitu. Adam sudah mendongkol geram. Amboi. Betul-betul cabar aku ni. Adam sudah mendekat. Betul-betul dekat. Hampir sejengkal lagi wajahnya hampir ke wajah Tasya.

"Tiga..."

Tasya celik mata.

"Eh you nak buat apa kat I ni?" Soal Tasya seperti tak tahu apa-apa.

"Kiss you." Selamber Adam menjawab.

Bulat mata Tasya memandangnya. Gila!

"Apa hak you?! Tepi!" Kuat Tasya menolak Adam. Adam menjauh. Tahu takut. Tadi bukan main cabar aku.

Dia yang masih tak ingat apa yang berlaku terus bangun. Dia takut bila melihat Adam bagai mahu menerkam dirinya.

"Tadi bukan you cabar I? I dah suruh you bangun tapi still... you tak bangun. So I nak bagi you my kiss."

"Bila pula..." Tasya tak meneruskan kata-katanya. Dia terlupa sesuatu. Damn. Dia menyumpah dalam hati.

"Hah dah ingat? Kalau dah ingat... sekarang tolong ambil beg you dan keluar dari sini. You dah banyak buang masa I."

Adam, aku benci kau! Namun kata itu hanya dilontar dalam hati. Sedikit terguris tapi Tasya tetap tak mahu nampak lemah dihadapan lelaki itu.

"Sorry... I kacau masa you. And for what happen just now... im truly sorry. I..."

"Dah tak payah cakap banyak. Lain kali kalau nak pengsan tu. Jangan kat sini. Tu kat jalan raya sana. Biar kene langgar sekali. Taklah menyusahkan I." Lagi-lagi Adam dengan kata kesatnya. Sudah tak dihairankan sebenarnya. Apa saja yang dia kata, bagai tiada bekas di hati Tasya.

Bla Tasya. Bla... hati kau kena pergi treatment cepat. Kalau tak nanti kau depress. Jangan peduli cakap Adam tu. Mulut dia memang macam tu. Ignore him.

Tasya keluar tak banyak bunyi. Menjeling pun tidak.

Adam biarkan saja. Walaupun ada rasa bersalah sebab sudah berkasar. Tapi dia kena bersikap seperti itu dengan Tasya. Ah! Biarlah. Do i care.

"Eh cik Tasya dah sedar?" Soal Marina yang baru melintas dihadapannya. Tasya tersentak. Termenung ke aku tadi? Huh.

"Haah. Pening sikit aje. Thanks eh tadi. Susah-susah bawa I dalam bilik boss you. Baringkan saya kat luar pun tak apa tadi." Tasya cuba membuang suasana pilu dihatinya dengan kata Adam tadi.

"Eh Cik Tasya dah salah faham ni. Bukan saya yang bawa cik masuk dalam bilik boss. Tapi..."

"Marina!"

Marina kelu. Lagi-lagi aku tergigit lidah sendiri. Belum sempat aku menjelaskan perkara sebenar... dia dah keluar. Tau-tau aje. Dia ada simpan toyol ke? Hisy!

"Biarkan dia balik. Cancel panggil doctor. Dia dah sedar." Arah Adam.

"Too late bro. Aku dah sampai pun. Siapa yang pengsan?" Iskandar yang baru masuk terus menghampiri mereka. Sekilas dia menjeling pada wanita seksi yang berada bersebelahan dengan Marina. Siapa dia?

"Tu depan kau. Tapi dah sedar. Sekarang dia nak balik."

Aku nak balik ke kau yang halau aku? Soalan itu Tasya hanya pendam dalam hati.

Marina hanya melihat rahang Tasya bergerak-gerak. Kesiannya dia. Simpati bersarang dalam hati Marina. Begitulah setiap kali Adam menghamburkan kata kesat pada wanita itu. Dia hanya diam. Tak juga melawan. Kalau aku, puting beliung dah dalam office ni. Aku salute dengan kesabaran Cik Tasya ni. Bukan senang nak control emosi yang tengah marah.

"Marina ke yang pengsan?" Soal Iskandar. Sihat aje aku tengok. Marina dipandang.

Cepat-cepat Marina menggoyangkan tangannya mengatakan tidak. Lalu jari dihala ke arah Tasya.

Iskandar mengalihkan pandangannya pada orang yang dimaksudkan. Nampak pucat muka dia. Tapi tetap manis. Mana Adam kenal dengan dia? Tak pernah nampak pun sebelum ni.

"Baru lepas pengsan, dah nak balik? Habis kalau pengsan tengah jalan macam mana? No! Come, saya check awak dulu. After that... baru I akan tentukan sama ada awak boleh balik seorang atau pun tak."

Lembut saja suara Iskandar menyapa pendengarannya. Tasya sedikit terbuai. Tapi cepat-cepat dia sedar. Gentlemen sungguh Doktor muda ni. Kenapalah Adam tak macam Iskandar ni eh? Kalau macam dia kan bagus. Sejuk mata dan hati aku. Desisnya dalam hati. Mimpilah Tasya kalau Adam jadi macam tu.

"It's okey. I dah sihat. Sikit aje ni. Balik nanti I makan Panadol..." Tasya menolak secara berhemah. Orang berbudi kita berbahasa. Betul tak?

"Mana boleh macam tu. Sakit kena rawat. Tak boleh tangguh. Kalau you setakat sakit kepala biasa je tak apa? Kalau ada sakit kronik, macam mana? Jom. Sekejap aje. Marilah." Iskandar masih cuba memujuk Tasya untuk menerima rawatan darinya. Tasya seperti takut-takut untuk melihat Adam. Kenapa dia orang ni? Iskandar dapat mengagak ada sesuatu yang sembunyikan.

"Adam boleh pinjam meeting room kejap?" Tanya Iskandar.

"Pakailah. Cepat siap, cepat dia balik." Memang jangan jangka ayat apa yang keluar dari mulut jahat itu. Ada saja katanya yang menyakitkan hati.

"Shall we." Adam mendepa tangannya menyuruh Tasya masuk kedalam meeting room dahulu. Tasya akur. Seperti yang Adam kata. Cepat siap cepat balik.

Selang beberapa minit, Iskandar meletakkan stetoskop miliknya dibelakang leher. Tangan laju menulis sesuatu. Tasya hanya diam melihat.

"Okey. Ini ubat yang you kena beli. Makan ikut jadual yang diletapkan. I check tadi you tak ada apa-apa. You just penat dan tak cukup tidur. Kalau boleh. Rehat mesti cukup. Jangan over thinking. Kalau you tak boleh tidur, minum susu suam. InsyaAllah it's help." Lancar saja Iskandar memberikan tips. Sama seperti pesakit-pesakit yang selalu datang ke kliniknya. Bukan hanya ubat. Tapi makanan berkhasiat juga dapat membantu merawat penyakit. Jadi kalau digabungkan bersama, pasti hasilnya lebih baik.

"Thanks again. Nanti I cari ubat ni. And your advice i will practice it." Taysa menyimpan kertas itu kedalam tote bagnya.

"You ada special relationship ke dengan Adam?" Soalan terus dari Iskandar itu buat Tasya melangut. Iskandar cuba menilai sendiri.

Tasya tak tahu apa jawapan yang sesuai dengan soalan itu. Takkan aku nak cakap aku yang tergedik-gedik nakkan Adam. Tapi Adam tak suka aku? Weh jangan cari nahas.

Tok tok tok...

Iskandar dan Tasya serentak melihat kearah pintu yang sudah terbuka. Adam sudah berdiri bersandar pada bingkai pintu serta kedua tangan masuk kedalam poket seluarnya. Berdiri pun nak kerek.

"Dah siap kan? Dah boleh balik kot." Adam masih tak habis-habis memuntahkan larvanya. Sebenarnya dari tadi dia berada di luar bilik mesyuarat itu menunggu manusia yang ada didalamnya keluar. Tapi sudah beberapa minit berlalu, wajah mereka masih belum muncul. Automatik buat dia gelisah. Apa lama-lama sangat dalam tu? Dan akhirnya inilah tindakan yang dia ambil. Merempuh masuk tanpa izin. Pedulilah. Ini syarikat dia. Suka hati dia nak buat apa pun.

"Chill bro. Baru aje siap. Kau ni pun... tak menyempat. Kot ye pun risau, jangan la tunjuk sangat." Islandar cuba bergurau. Tapi Adam tetap dengan muka ketatnya.

"Kau ni pun macam dah tak ada pesakit kat klinik tu. Boleh pulak lama-lama kat sini." Sindir Adam pada Iskandar. Iskandar sudah tersenyum malu. Iskandar garu belakang leher. Sekali kena sembur dengan Adam ni, memang bisa. Terus sampi ulu hati.

"Okaylah Doktor. I gerak dulu." Tanpa berlengah Tasya meminta izin untuk beredar. Tak mahu lagi berlama-lama disitu. Lagi lama, tak tahu ayat kesat apa lagi yang keluar.

Setelah Tasya menghilang barulah Adam boleh bernafas lega.

"Kalau suka cakap suka. Kalau tak aku nak masuk line." Iskandar tersenyum simpul disebelah Adam. Adam menjeling saja kemudian beredar ke biliknya.

Iskandar tersenyum lagi. Now I know...

ps: Amacam? Suka? kalau suka Alhamdulillah. kalau tak suka, sis cuba lagi biar bagi suka ya. hehe. HBTA ni sis buat slow update tau. Sebab nak bagi focus pd MHSA dulu. Apa pun hope you guys enjoy ya with my new story. apa yang kurang sila beritahu. sis cuba betulkan. last but not lease enjoy!

Share this novel

M.E
2021-05-12 00:37:12 

suka teramat suka ni

YAZNI-ERNIE
2020-09-18 19:33:40 

hi

YAZNI-ERNIE
2020-09-06 20:14:19 

hi...biler nk update lg


NovelPlus Premium

The best ads free experience