HBTA Bab 4.

Drama Series 96221

Hai, hai hai reader semua. Sorry sebab lama tak update HBTA ni. Hari ni sis belanja 1bab. Sebab apa? Sebab sis ada masa free and otak sis tengah laju mengalir macam air sungai. Plus bab nak bermanja2 dengan HBTA ni tengah meluap-luap. Macam volcano. Hahah. So taraaa!Siaplah satu bab yang you all dah lama nantikan. Yang mana dok menuggu aksi Adam vs Tasya ni, agaknya boleh la terubat sikit rindu you guys tu ya sampai sis upload new chap lagi. Dan yang pastinya depend on my brain works. Selamat membaca dan menunggu untuk chap seterusnya. Haha (ketawa jahat!) Tata...

Tergelak sakan Tasya melihat rancangan kegemarannya itu. Sampai tak sedar kaki yang sakit terhentak kuat ke lantai.

"Aduh... duh... duh." Dia mengaduh sakit. Tapi tetap juga mata diarahkan ke TV. Disambung pula ketawanya bila melihat aksi yang mencuit hati.

"Non... diluar ada sesorang mahu ketemu sama non. Katanya temen." Ujar Bik Atun yang baru tiba dari luar.

Duh! Pekat betul slang Bik Atun ni. Kerja sini dah berpuluh tahun, slang indonesia dia masih tak hilang-hilang. Nasib kita ni ada ikhtiar nak faham bahasa dia. Kalau tidak, mahu selak kamus Dwibahasa Indonesia - Malaysia.

"Siapa bik?" Soal Tasya yang masih duduk disofa menghadap TV. Rancangan Running Man dilihat dengan penuh kusyuk.

"Kalau ngak salah namanya Adam, non. Gantenggg... banget. Bikin jantung bibik sampei mahu copot dibuatnya." Beritahu Bik Atun bersungguh-sungguh. Terpancar raut senang diwajah itu. Masih dia ingat bagaimana wajah Adam tadi. Hampir dia mahu pengsan.

Wah! Panjang betul harakat Bik Atun sebut perkataan ganteng tu ya. Mana yang tak tahu ganteng tu maksudnya apa, it's mean handsome, helok, segak. Ha!

Mulanya Tasya tertawa mendengar ucapan pembantunya itu. Tapi bila tersedar sesuatu, Tasya pantas merenung Bik Atun kembali.

Adam? Adam mana satu? Setahunya ada 1 Adam saja yang di kenal. Takkanlah? Mustahil rasanya kalau 'Adam' tu yang datang. Boleh terbalik dunia kalau betul dia yang datang kesini.

"Panggillah dia masuk bik." Tasya memberi kebenaran. Duduknya yang sedikit berbaring tadi cuba ditegakkan sedikit. Cukup berhati-hati dengan gerakkannya. Dikuatiri gerakan itu akan melanggar tempat sakitnya.

Tasya mengawal debar didada bila mana tetamu yang hadir itu semakin mendekati tempat duduknya. Susuk tubuh tetamu itu tidak dapat dia pastikan kerana kedudukan kerusi ini membelakangi pintu masuk.

Tapi, perfume ni!

Terus Tasya mendongak. Mata bulat merenung si tetamu. Saat Adam duduk tanpa dipelawa, Tasya masih kelu tak bersuara sambil mata masih melekatkan pada susuk tubuh itu.

Aku tak mimpi kan? Dia... Tengku Adam Khaair datang kerumah aku. Like seriously?

Adam sungging tawa sinis. As an expected. Tak menahan pula aksi yang diterimanya, siap melopong. Mujur lalat tak ada kat sini. Kalau tak, confirm dah berjemaah masuk dalam mulut.

"Ini airnya non."

"Hah? Oh. Ha, terima kasih bik." Tasya kalut membersihkan tekak dengan menelan laju air liurnya. Adam dijeling hujung mata.

Remote kawalan jauh diambil lalu volume TV direndahkan.

"Jemputlah minum." Pelawa Tasya. Kenapa jadi kekok pula kau ni Tasya? Relex. Dia tak makan kau pun. Tasya memejamkan mata rapat dan kemudian di buka kembali.

"Kaki kau dah elok?" Garau suara Adam buat Tasya makin tak senang duduk. Nak gerak lebih-lebih, tergeliat pula kaki ni nanti. Sudahlah cik jantung dari tadi dendang lagu bigbox. Dang dung dang dung aje bunyinya.

Lamanya nak menjawab. Susah sangat ke soalan aku tu? Tanya Adam sendiri.

"Eh! Apa ni?!" Kalut Tasya menarik kakinya bila tiba-tiba saja Adam sudah ada dihadapannya sambil bertinggung sebelah lutut kanan. Kaki Tasya yang berbalut dengan bandage dengan selamber diletak keatas peha kanannya namun penuh berhati-hati. Dibelek-belek permukaan kaki itu. Memang nampak jelas bengkaknya. Sudah sedikit membiru.

"Auww! Pelan-pelan. Sakit." Terjerit Tasya dibuatnya bila Adam seakan tak sedar dia telah tertekan kuat kaki Tasya. Kasarnya!

"Kenapa boleh jadi macam ni?" Soal Adam sambil merenung tepat pada anak mata Tasya. Tasya kalih mata. Tak mahu berlaga dengan mata itu. Nak tercampak keluar rasanya jantung ni. Ni pun rentak bigbox dah dari tadi berbunyi. Malah makin kuat pula. Macam ada speaker yang tergantung di kiri dan kanan tubuhnya.

"Jatuh." Ringkas jawapan Tasya berikan. Malah seakan tergagap-gagap Tasya menjawab.

"Tak nampak macam jatuh pun?" Adam menyoal kasar. Jangan silap. Adam memang seorang yang kasar. Kerana dia tidak terbiasa dengan spesis yang namanya perempuan. Dalam hidup Adam hanya ada seorang perempuan yang sentiasa dia dampingi iaitu Datin Juwita.

Eh! Adam kau dah kenapa tanya soalan macam tu? Otak kau tak betul? Bukan ke kau rimas dengan si Tasya ni. Tapi boleh pula sampai detail kau tenung kaki dia? Haih! Macam nak cuci hati pulak dengan klorox.

"Betul... I jatuh tangga. Ala, sikit aje ni." Tasya menjawab lagi.

"Kau datang sini buat apa?" Soalan yang tiba-tiba datangnya dari arah tangga itu buat Adam dan Tasya tersentak. Kaki Tasya diletakkan diatas lantai perlahan. Adam bangun dengan tenang.

Saat Badrul melintasi tubuhnya, tangannya di sua. Mahu bersalaman. Namun hanya jelingan yang dia dapatkan sebelum Badrul menonong mengatur langkah ke dapur. Tak dihiraukan Adam yang termalu dengan aksi sendiri.

Sejak bila pula kau bersalam dengan Badrul, Adam? Kau dengan dia mana ngam. Kalau kau terserempak dengan dia kat mana-mana pun, sebatu jauhnya kau buat U-turn tak mahu jumpa dia. Jadi macam mana pula kau boleh hulur tangan nak bersalam dengan dia?

Damn! Jatuh maruah aku. Tangan dijatuhkan kesisi. Penumbuknya sudah digenggam.

Semua ni sebab Tasya! Kalau aku tak datang sini, tak adalah aku memalukan diri macam ni sekali.

Adam mengemaskan genggaman penumbuknya.

Tasya dapat kesan akan ada ura-ura nak bertumbuk di dalam rumahnya itu. Maka cepat-cepat dia bersuara bagi meleraikan situasi yang sedang membahang. Tunggu nak meletup saja.

"Adam, jom kita minum dulu."

"No. I nak balik." Kasar jawapan Adam. Bengang sebenarnya. Malu pun ya. Bila kehadiran serupa tak diumpamakan. Menyesal pula datang sini. Kalau ikut nasihat Iskandar, dia suruh call aje tanya kabar. Ya! Aku yang terlebih rajin sampai datang rumah. Ni lah hasil dia. Mendapatlah sakit hati.

Hah! Baru pun sampai dah nak balik?

"Please..." Rayu Tasya. Dia belum puas tengok muka Adam. Baru hati nak kembang setaman. Tiba-tiba kuncup balik bila dengar Adam nak balik.

Erk! Tu merayu ke apa? Kenapa pula aku dengar macam suara kucing nak mengawan?

Serba salah jadinya, Adam. Dengan berat hati dia melabuhkan punggungnya kembali ke sofa.

Tasya tersenyum tayang gigi yang putih bersih serta tersusun elok. Tersenyum bak model dalam iklan Colgate. Tapi melihat Adam sudah kelat mukanya. Tasya bangun sambil mengambil tongkat dan dibawa ke bawah lengan.

"Jom." Ajak Tasya mesra.

Adam jungkit kening. Dah kenapa nak jom pula?

"Teman I kat depan tu. Sini panas. Luar sejuk sikit." Dalih Tasya.

Nak mengelakkan perang dunia ke-3 sebenarnya. Bukan Tasya tak tahu, Adam dengan Badrul adalah Big-X. Tak boleh jumpa. Pasti akan meletus perang. Memang tak sebulu.

"Kaki kau kan sakit lagi kan? Gatal nak keluar kenapa? Tadi ajak aku minun. Sekarang ajak aku keluar pula. Kau ni mana satu ni?"

Dang! Kan dah kena. Kau pun Tasya, orang tengah marah kau ajak keluar. Kan mendapat kau dengan kata sinis dia.

"Gatal dibadan boleh digaru. Ni gatal hati mana boleh garu. Kenalah luahkan." Nah! Tasya sudah keluarkan ayat beli jiwa Adam.

Adam pula rasa nak lari maraton. Keluar dah perangai ulat bulu dia. Double menyesal. Kalau dah sotong kurita tu memang takkan jadi ikan mas. Kutuk Adam dalam diam.

"Aku rasa kau ni mengada aje sakit kan? Sebab nak perhatian lebih." Sela Adam yang sudah bangkit dari sofa. Ada aura nak keluar dari rumah banglo itu secepat mungkin. Malas nak tengok sotong kurita ni beraksi.

"I tak perlukan perhatian sesiapa pun, bagi I cuma perhatian you yang I nanti-nantikan. Dan sekarang ni tengok you depan mata I dah buat I happy. Tak sangka you sanggup datang rumah I, melawat I. Tapi mana you tahu I sakit?" Tasya masih terus berusaha walaupun dah nampak awan gelap atas kepala Adam. Tasya bukan tak tahu Adam dah mula nak angkat kaki dari rumah dia.

Adam cebir bibir. Aku tak tahulah Tasya ni spesis apa? Kadang Adam pelik, dah kena maki pun dia masih tak putus asa nak rapat dengan aku.

"Aku balik. Kaki kau pun aku tengok tak adalah teruk mana. Lebih kepada mengada-ngada aje lebih. Menyesal pula aku datang. Buang masa aku aje. Kerja aku dah lah melambak. Boleh pulak aku buang masa kat sini, dengan kau pula tu. Ingatkan nak mati sangat dah."

Tasya hanya pamer senyum kelat walaupun kata Adam sudah menggores hatinya. Dia tak menipu. Kaki dia memang sakit. Tapi mulut dia tak sakit. Sebab itulah dia boleh bercakap. Tapi kalau itu pun Adam salah tafsirkan, dia tak boleh buat apa. Siap doakan dia mati pula... Hmm. Hailah hati. Bersabarlah kau.

Bila ingat balik, Adam datang kerumah dia pun dah sejuta rahmat. Entah bila pula Adam akan menjejakkan kakinya kesini semula. Kalau dia tak sakit, tentu Adam takkan ada depan mata dia macam sekarang ni.

"Thanks sebab sudi jenguk I." Itu saja yang mampu Tasya ucapkan. Kalau panjang lagi, Tasya pasti Adam akan dapat kesan suara sumbang dia. Sebab sekarang ni dia rasa nak mengangis. Wahai cik hati, jangan nangis sekarang. Lelaki yang kau puja tu, memang begitu sifatnya. Kasar dan tak berperasaan. Jadi kau kena sedar dimana kelemahan dia.

Tanpa kata balas Adam berlalu meninggalkan Tasya yang termangu sendiri. Dia bukan tak perasan riak wajah wanita sudah berubah gelap. Sikit lagi nak hujan. Kalau dia berada lebih lama lagi, Adam risau hati dia pula yang jatuh sebab tak sampai hati. Baiklah dia keluar tak berkata sepatah pun.

Tasya hanya melihat kelibat Adam hilang dipandangan matanya. Tak sedar Tasya mengeluh perlahan.

Tengku Adam Khaair. Seindah nama tapi tak seiring dengan sifatnya.

"Macam tu ke lelaki yang kau gila-gilakan sangat tu?" Kasar suara Badrul mengetuk gegendang telinga Tasya.

Tasya menoleh. Tajam mata merenung si abang. Tersungging senyum sinis dari bibir Badrul.

"Apa masalah abang? Tasya tak kacau pun personal life abang." Terhincut-hincut kaki diatur semula kesofa berangkai 3 itu. Cecah saja punggung ke sofa, Tasya sendeng tongkat ke sisi kirinya.

"Kau ni macam tak ada mata. Dari cara dia layan kau pun dah boleh nampak dia tu tak berminat dengan perempuan macam kau. Lagi nak terhegeh-hegeh. Malulah sikit walaupun kau tu tak ada malu."

"Eh! Abang ni kenapa? Apa yang tak puas hati sangat? Adam bukan macam abang. Dia lelaki exclusive! Dan sebab tulah Tasya mahukan dia. Tapi abang... Semua dahi licin abang sapu rata."

Prang! Berderai kaca diatas lantai bila tangan Bandrul menepis kuat pasu yang menjadi perhiasan ditepi tangga.

"Kau tengok kaca yang pecah ni? Jangan sampai aku ambil dan aku toreh dekat muka kau. Kes kau block card aku pun belum settle lagi. Ni kau nak tambah kes baru? Kalau sekarang tulang kaki kau retak aje, jangan salahkan aku kalau lepas ni kau tak boleh jalan langsung." Marah Badrul tak tertangguh. Tercabar dengan kata-kata si adik. Memang pun semua dahi licin dia sapu, tapi itu semua cuma hiburan dia dan salah satu cara melampiaskan nafsu dia. Lagipun bukan aku yang terhegeh-hegeh. Perempuan tu semua yang cari aku.

Badrul tak dapat menyambung lagi katanya bila Bik Atun muncul sambil membawa dulang ditangan. Ni pun sama dua kali lima. Pembantu tak guna.

Melihat anak majikannya itu merenung tajam, Bik Atun menunduk. Takut untuk melihat mata itu. Dah macam pembunuh bersiri.

"Non... Pergi kemana cowok non tadi? Ko' ngak kelihatan?" Tanya Bik Atun. Dulang yang berisi sepiring kek lapis diletak diatas meja sambil matanya melilau mencari orang yang dimaksudkan.

"Cowok? Apa tu bik?"

"Oh, itu... maksudnya teman lelaki."

"Oh my." Tasya sudah senyum sampai telinga "Haraplah masin mulut Bik Atun. Biar dia betul-betul jadi cowok saya nanti."

"Emangnya dia bukan cowok non?" Tanya Bik Atun beserta kerutan dikeningnya.

"Sekarang ni belum bik. Tapi sebab bibik dah kata dia tu cowok Tasya, haraplah betul-betul jadi kenyataan."

"Aamin deh kalau begitu. Soalnya bibik lihat, orangnya baik dan santun. Cocok banget sama non."

OMG! Memang aku dah kena cari kamus Dwibahasa Indonesia - Malaysia ni. Persiapan nak faham cakap Bik Atun. Tadi cowok. Ni cocok pulak. Apa ke binatang cocok tu?

Nampak Tasya berkerut, Bik Atun ketawa menampakkan gigi yang jarang dan ada yang sudah tercabut.

"Cocok itu sama ertinya dengan serasi atau apa orang sini bilang, hmmm..." Bik Atun berfikir sambil mengetuk jari telunjuk kebawah dagunya.

"Sesuai?"

"Hah! Itu deh yang Bibik maksudkan. Sungguh non, non sama dia cocok banget."

Tasya dah tersipu-sipu malu bila Bik Atun mengatakan dia sesuai dengan Adam.

Tapi bila fikir balik terus tak jadi nak malu-malu. Bibir serentak mencebik. Adam yang keras macam tiang elektrik tu ade perasaan ke?

*************

"Weh bro... Aku tak mimpikan?"

"Dah kau kenapa pula?"

"Yelah aku terkejut kot tengok kau kat sini. In my clinic pulak tu. Selalu aku aje yang ziarah kau kat office kau tu. Kalau nak harap engkau yang ziarah aku, memang alamatnya tunggu kiamatlah tak merasa. Mati kempunan aku."

Adam cebir bibir. Mula la tu, nak kutuk aku. Tahulah aku ni orang yang paling susah nak nampak muka kalau tak ada keperluan.

"Aku dari rumah Tasya tadi. Tu yang aku terus singgah sini." Jawab Adam bersahaja.

"Hah? Apa dia?" Iskandar menyoal laju mahu memastikan sesuatu. Nak terjojol keluar mata dia sebab terlalu terkejut.

Bila mana Adam sedar dia sudah terlepas cakap, barulah dia menepuk bibir sendiri.

Iskandar perasan Adam rasa tak selesa dengan jawapan dia tadi. Aku tahu sebab apa.

"Wah rajin kau ya. Hari tu bukan main kau kata tak mahu call dia la, hapa la. Sampai kena paksa kot. Eh! Hari ni pula dah sampai melawat kerumah? Advance betul kau." Perli Iskandar. Bibir melorek senyum sinis.

Ceit! Tak guna punya Adam. Bagai nak rak dikutuknya si Tasya tu. Tak kan sekarang dah mula prihatin? Dulu tak kisah pun.

"Kau jangan salah faham. Aku pergi sana bukan sebab nak sangat jumpa dia. Tapi nak pastikan apa yang kau mengadu kat aku tu betul." Bijak Adam memutar jawapan. Walhal memang dia kesana mahu melihat keadaan wanita itu setelah apa yang dikabarkan Iskandar. Tapi lain pula aku dapat.

Dapat sakit hati adalah! Jumpa pula mamat gila tu. Itu jugalah salah satu sebab kenapa aku jauhkan diri dari Tasya. Sebab abang dia yang psycho tu. Kalau abang dah macam tu, lagikan adik. Menyesal aku pergi sana. Huh!

Iskandar mengecilkan matanya melihat reaksi Adam. Nak tengok ada perubahan tak pada riak wajah dia tu.

Harem! Memang tak ada riak sikit pun. Padanlah perempuan selalu kata Tengku Adam Khaair ni kayu, stone heart, tiang elektrik dan seumpama dengannya.

Betullah lelaki ini sukar ditelah dengan mata kasar.

"So, dapat jawapan tak?"

Adam jungkit bahu. "Aku tak rasa dia tu kena dera. Mungkin betul dia jatuh."

Iskandar menggeleng terus mendengar pandangan Adam. Kalau dah hati buta, takkanlah mata pun buta sama?

"Terpulanglah pada kau. Aku cuma ingatkan aje. Jangan sampai kau jumpa badan dia tapi nyawa dia dah keluar dari jasad sudahlah. Time tu menangis darah pun dah tak guna bro."

"Eh! Kau tak payah nak jadi CD rosak dekat situ boleh tak. Dok ulang benda sama aje. Dah nak buat macam mana, itu yang aku nampak. Itulah yang aku cakap." Adam naik membela diri dari terus menerus disindir lelaki berbaju kemeja biru gelap itu.

Namun hatinya tidak lari dari dijentik rasa tidak enak. Walaupun dia tak suka pada Tasya tidak semestinya dia tak ada hati dan perasaan.

"Eh, oklah. Aku nak balik office. Malam ni jangan lupa. On track tau. Aku tappau."

Oh pandai nak mengelak. Bila aku cakap macam tu baru ingat nak sentap. Bisik Iskandar.

"Kau pergilah. Aku tak ada mood. Lagipun malam nanti aku cadang nak jumpa dia. Yelah, Sebelum aku jumpa mayat dia pulak lepas ni, baik aku mula siasat dari sekarang." Balasan Iskandar yang seakan berjauh hati. Serentak kenyataan itu buat Adam berpaling pada Iskandar semula walaupun saat itu, sebelah kakinya sudah keluar dari bilik Iskandar.

"Siapa dia?"

"Siapa lagi. Batrisya Aulia la..." Jawab Iskandar bersahaja. Jari lincah bermain dengan pen, manakala belakang badannya disandarkan pada permukaan kerusi duduknya. Mata tertancap pada Adam yang masih statik di pintu biliknya.

"Serius la kau ni?" Soal Adam sambil kening bercantum.

"Yalah. Apa kau ingat aku tak serius ke? Aku bukan macam kau. Hati kering. Lagipun aku yakin instinct aku tu tepat."

Iskandar tak main-main dengan ucapannya. Soal hidup dan mati manusia ni, bukan perkara enteng. Lagipun, dia sebagai seorang doktor cepat saja dapat menghidu sesuatu yang aneh pada setiap pesakitnya. Entah itu adalah kelebihan diri sendiri atau memang setiap doktor dikurniakan indra seperti itu. Firasat dia kuat mengatakan Tasya menyembunyikan sesuatu.

"Suka hati kaulah bro. Aku tak masuk campur. Tapi kalau Tasya tu jadi sotong kurita depan kau, jangan cakap aku tak warning kau pulak. Aku ingatkan aje." Balas Adam yang masih kekal tidak bereaksi apa-apa. Cermin mata hitam yang sejak tadi tersangkut dijarinya, dibawa ke atas hidung. Tersangkut saja disitu dia keluar menonong.

Iskandar hanya memerhatikan pemergian Adam. Kemudian dia memikirkan apa yang Adam katakan tadi.

Sotong kurita?

Like seriously dia gelarkan Tasya macam tu? Teruk betul dia punya anti dengan Tasya tu. Ingatkan hari tu dia main-main saja.

Kalau sotong kurita yang cantik, apa salahnya kan? Lagipun sejak aku jumpa dia dulu tak ada pula dia nak menggedik lebih depan aku. Tersusun cantik aje aku tengok. Bab pakaian ajelah mengundang nasfu sikit sebab 'menonjol' sangat. Tapi lebih dari tu, dia ok apa.

Bukan nak kata apa lah, cuma nak bagi tahu aje. Aku ni satu tangga bawah sikit kacaknya dari si Tengku Adam Khaair aka mamat tiang lampu tu. Bukan tak ada perempuan yang nak dengan aku. Belambak kot. Cuma aku tak rasa mereka tu satu click dengan aku.

Tapi bila tengok Batrisya Aulia.... Hmmm, aku rasa puteri kayangan tu memang wujud. Batrisya Aulia adalah buktinya.

"Doktor, ada patient." Beritahu pembantu di kliniknya serentak Iskandar membetulkan duduknya yang sudah sendeng ketepi sambil pen yang asyik bermain diatas bibir.

Haih! Ini semua Batrisya Aulia punya pasal.

Tersengih Damia melihat kalut Iskandar. Jauh betul doktor muda ni mengelamun.

"Ok. Bagi dia masuk."

Damia mengangguk kemudian menghilang. Tak lama pesakit yang dimaksudkan Damia tadi masuk dengan penuh lenggok.

"Hai Is..." sapanya dengan meleretkan suara. Sehabis seksi suara yang diberikan.

Iskandar yang sedang menulis sesuatu dinotanya terus terhenti menulis serentak panggung muka.

Damn! Ini baru sotong kurita alias gedik! Cemuh Iskandar.

To be continue...

Share this novel

fea
2021-10-17 18:49:00 

bestla sis.... update la

ms_rough
2021-01-02 12:45:33 

sukaaaaaa.. next chapter pls

ms_rough
2021-01-02 12:45:31 

sukaaaaaa.. next chapter pls


NovelPlus Premium

The best ads free experience