HBTA Bab 5.

Drama Series 96221

SATU persatu anak tangga dipijak menggunakan sebelah kaki. Manakala sebelah lagi diangkat sedikit keatas. Tongkat masih setia dibawah lengannya.

Sudah 4 hari Tasya di rumah, tanpa pergi kemana-mana. Mahu kepejabat, papa menegah. Nak keluar jalan-jalan kaki masih dalam balutan plus tiada siapa nak bawakan. Akhirnya hanya rumahlah tempat dia melepaskan bosan.

Makan, tidur, tengok Running Man, baca majalah hiburan dan melepak dengan Bik Atun. Itu saja yng dapat dia buat. Bosan!

"Bibik... Bik masak apa hari ni?" Sapa Tasya mesra. Bahu pembantunya itu dipeluk dari arah belakang. Cukup lembut sambil memberikan ciuman dipipi wanita itu.

Berkeriut muka Bik Atun bila menerima ciuman dari Tasya. Kemudian dia senyum.

"Isy... non. Muka bibik ini, sudah penuh sama keringat masih aja mahu dicium. Ngak jijik apa? Ini... Bibik bikinin Non nasi ayam special. Kemarin bilangnya mahu makan ini." Jawab Bik Atun gembira namun memprotes Tasya kerana menciumnya sewaktu dia berpeluh kuat. Suka dia melihat Tasya waktu pagi begini. Muka tanpa sebarang makeup dimuka. Natural beauty. Sempat juga dia mengelap wajahnya dengan tisu yang ada berada beberapa tapak darinya. Peluh dimuka disapu.

"Wow! Baru semalam Tasya request. Hari ni Bibik dah buatkan ya? Ini yang buat Tasya makin sayang kat Bibik. Macam ni makin gemuk la Tasya. Makan-tidur, makan-tidur saja kerjanya." Sambut Tasya gembira. Padahal dia hanya main-main. Tapi bila dah Bik Atun buatkan makanan kegemaran dia tu... memang dia takkan tolak. Dia lagi suka. Dan.. Bik Atun punya nasi ayam memang terbaik!

"Oh ya, tadi Dato' bilang katanya sore nanti dia mahu pulang makan bersama."

"Iya? Jarang papa balik makan tengah hari kan bik? Pelik. Bibik ada tahu apa-apa ke?"

"Itu saya ngak pasti Non. Soalnya, Dato' cuman bilang begitu aja."

Tasya melangut. Pelik. Sesuatu yang jarang papa buat. Macam ada bau-bau bachang aje. Bau tak?

"Udah. Usah difikirin deh non. Nanti kalau Dato udah pulang. Non tanya aja sendiri." Kata Bik Atun lagi.

Kemudian Tasya mengangguk setuju. Betul juga. Buat apa fikir sampai sakit kepala, kalau jawapannya tetap tak ada. Baiklah tunggu sampai papa balik baru dia tanya sendiri.

"Bik, abang ada tak?" Soal Tasya sambil berbisik.

"Udah keluar barang kali. Soalnya tadi dia pakei pakaian kantor." Sempat juga Bik Atun melihat Badrul keluar tergesa-gesa. Bila ditegur tidak menyahut.

Tasya mengangguk beberapa kali. Malam tadi dia lihat Badrul pulang ke rumah hampir jam 3 pagi. Pastilah dia keluar lagi. Takkan nak tunggu kau dekat rumah ni. Nak buat apa juga?

Pakai baju kerja tu wayang aje lebih sebenarnya. Tak sampai office pun dia melencong cari betina nak dimakan. Maklumlah makanan dalam ni buat dia berpenyakit. Penyakit nak belasah orang aje.

"Bik, jom breakfast sama." Kata Tasya pada Bik Atun selepas menjejakkan punggung ke kerusi. Hidangan nasi goreng kampung dan beberapa jenis kuih-muih menjadi hidangannya. Tasya ambil satu karipap pusing lalu digigit.

"Udah non. Tadi sarapannya sama Dato." Jelas Bik Atun. Begitulah dia dirumah itu. Walaupun dia pembantu dirumah banglo itu, namun dia tidak pernah mendapat layanan seperti seorang pembantu kecuali dari Badrul. Dato Harun dan Tasya melayannya seperti keluarga. Kadang naik segan Bik Atun dibuatnya. Makan, semeja. Duduknya juga bersama. Langsung tidak dibeza-besakan.

Tasya mengangguk lagi.

"Bik, abang ada marah-marah lagi tak?"

Laju Bik Atun menggeleng. "Ngak ada tuh non. Non kenapa tanya begitu?"

"Tak ada apalah Bik. Tasya risau aje dia mengamuk lagi. Bukan boleh dia tu. Balik rumah aje, kerja nak mengamuk. Rumah ni panas agaknya untuk dia." Rungut Tasya sambil mengambil satu lagi karipap dipinggan dan disuap ke mulutnya.

"Ada hantunya kali non." Gurau Bik Atun.

Tasya pula ketawa bagai nak rak. Siap picit perut sendiri. Badrul ada hantu? Bukan Badrul ada hantu tapi Badrul itu adalah hantunya.

"Assalamualaikum..." Salam diberikan dari luar.

Baru mahu mengangkat tongkat, Bik Atun menghalang. "Biar. Non duduk aja. Biar Bibik yang liat."

Tak lama kelihatan Dato harus berjalan kerarahnya.

"Anak papa buat apa sini? Tolong Bibik masak ke?"

Dato Harun saja bertanya. Bukan dia tidak tahu seberapa malasnya Tasya kalau soal memasak. Kalau makan tak perlu disuruh. On time!

Tasya ceber bibir. "Sindir Tasya lah tu kan? Tahulah Tasya ni bukan kategori pilihan lelaki kat luar sana."

Termasuk Adam. Kata disambung dalam hati.

"Siapa kata?"

"Is a fact pa. Siapa nakkan Tasya ni. Dahlah tak pandai masak, serba serbi kurang. Tambah pula dah retak tulang kaki ni, tambahlah kurang orang nakkan Tasya. Ni papa balik awal kenapa? Ada document tertinggal ke?"

Dato Harun tersenyum suka. "Papa sengaja balik awal. Nak teman anak papa ni. Tapi bila papa sampai kat rumah, rupanya ada pula peminat yang dah tunggu anak papa ni. Buktinya sekarang ni orang tu ada kat luar nak jumpa Tasya. Itu tandanya anak papa masih laku. Tak gitu Bik Tom?"

"Bener tu Dato!"

"Siapa pa?" Soal Tasya laju. Berseri-sei wajahnya. Ini adalah pertama kali seorang datang kerumahnya selain Zein dan Adam. Itupun Adam baru sekali sampai.

"Go, take a look by yourself." Sambil Dato Harun mengenyitkan sebelah matanya.

Perlahan-lahan Tasya menompang tongkatnya membawa diri ke ruang tamu.

Belakang badan tetamu itu ditilik.

Dari arah belakang, rambut lelaki itu kelihatan kemas disisir. Rasanya bukan Adam. Kerana kalau Adam Tasya memang hafal saiz tubuhnya. Tapi ini siapa?

Tasya mendekat. Saat matanya disapa wajah itu, bibirnya terbuka.

"You?"

"Hi cik Aulia." Sapa orang itu sambil senyum diberikan kepada wanita yang semakin menarik hatinya.

"You buat apa kat sini?" Soalan agak bodoh sebenarnya. Dah tentulah dia nak jumpa kau. Haish lembab!

"You mesti dah jawab soalan you sendiri dalam hati kan?" Katanya lagi. Sambil bibir dia tak lepas dari menguntumkan senyuman.

Masak! Dia ni telepathy ke apa? Tahu apa yang aku cakap dalam hati.

"How was your ankle? Getting better?"

"Er... much better I guess. Macam mana Doktor tahu rumah saya?"

"Apa ni? Kat luar just call me Iskandar or Is. Easier. Of course I get it from your medical records."

Tasya tepuk dahi. Macam mana dia boleh lupa. Menonjol sangat kau tunjukkan kebodohan kau Tasya. Getusnya didalam hati. Kemudian Tasya hanya mampu memberikan senyuman kejanggalan.

Iskandar pula, dari tadi hanya mampu menelan sebanyak mana air liur yang ada. Kalau boleh Tasya nampak, halkum dia tak pernah berhenti bergerak ke atas dah ke bawah.

Kenapa?

Mana tidaknya, Tasya hanya mengenakan shooter tank shirt dan seluar jeans pendek paras betis. Boleh dikatakan hampir 70 peratus tubuh wanita itu terdedah elok. Sebegini seksikah Tasya?

Ini kalau bawa jumpa Puan Rahimah dengan keadaan begini, mahu mengucap panjang Puan Rahimah dibuatnya. Belum lagi ditazkirahnya aku 7 hari 7 malam siap di talkinnya telinga aku.

Siapa Puan Rahimah? Obviously it's my mom.

Bila Tasya mengambil tempat duduk dihadapannya, Iskandar semakin salah tingkah. Kaki panjang Tasya yang putih itu sangat menggodanya. Ini kalau tak tahan godaan, mahu tersungkur dia atas betis gebu dia.

Tak habis fikir aku dibuatnya. Kenapa Adam sanggup menolak wanita secantik Tasya ni?

"Jemputlah minum." Kata Tasya kepada Iskandar sekaligus menyentak lamunan lelaki itu.

Berdehem seketika Iskandar dibuatnya sebelum mengambil jus oren yang sudah dihidangkan bersama mini cheese tart. Bila sampai semua hidangan ini pun dia tak sedar. Terleka dek godaan fizikal Tasya. Bahaya betul makhluk bernama Tasya ni untuk dirinya.

"Bila boleh buka bandage kat kaki you tu?"

Tasya pandang kaki sendiri sebelum menjawab.

"Hari ni sepatutnya. Tapi I macam tak boleh pergi. Sebab papa I sibuk. Tak ada siapa yang drive I pergi sana" Kalau dia nak pergi hospital pun mesti ada orang yang temankan. Nak drive dengan kaki macam ni? Masuk gaung lah jawabnya." Jawab Tasya sambil ketawa perlahan.

"I boleh hantarkan kalau you nak. Besides, I've nothing to do." Iskandar menawarkan diri.

"Tak susahkan you ke?" Tasya cuba menolak sesopan yang mungkin. Takkan lah dia nak susahkan Iskandar. Kenal pun baru beberapa hari.

"Nope. Asper I told you. I've nothing to do." jawapan Iskandar masih sama. "Atau you nak I yang bukakan?"

"Hah? Bukakan apa?" Soal Tasya cuak. Kedua belah pehanya yang terdedah dikepit merapat sesama sendiri.

Tergelak kecil Iskandar dibuatnya. Haih boleh tahan blur juga Tasya ni. Macam ni Adam kata gedik?

"Bukan itulah... bandage kat kaki you tu..."

"Ooo... Ingat buka apalah tadi." Tasya garu pipi bila dia sudah salah percaturan. Malu dia dibuatnya.

Dari dalam, Dato Harun dan Bik Atun sedang mencuri pandang pada kedua manusia itu.

"Macam mana Bik Atun? Okay tak budak lelaki tu? Saya berkenan lah dengan dia. Sopan aje budaknya. Sejuk mata dengan hati saya ni Bik Atun. Kalau Tasya dengan dia, saya dah tak perlu risaukan masa depan Tasya dah. Saya boleh nampak lelaki tu lelaki yang bertanggungjawab. Dia pasti dapat bahagiakan Tasya." Kata Dato Harun pada pembantu rumahnya itu. Sejak pertama kali dia melihat Iskandar di kliniknya lagi, dia sudah jatuh suka pada lelaki bernama Dr. Iskandar itu. Dato Harun sudah menyimpan angan. Bibirnya tidak sudah mengukir senyuman.

Bik Atun diam seketika. Kenapa dia rasa Tasya tidak punya hati dengan lelaki itu?

"Kalau Bik lihat, anaknya baik sih. Cuman, kalau dilihat pada reaksi Non Tasya... kayaknya ngak suka tuh sama dia. Apa Dato masih mahu sama anak itu?"

"Ya Bik. Saya dah berkenan sangat dengan budak tu." Jawab Dato Harun.

"Kalau sama anak lelaki yang namanya Adam itu, Dato ngak suka?" Bik Atun cuba melihat wajah majikannya itu.

Dato Harun mengeluh kesah. "Bukan tak suka Bik. Budaknya baik. Cuma keras sangat dengan Tasya. Saya nampak macam mana dia layan Tasya. Tapi Tasya saja yang macam tak malu masih tayang muka pada Adam walaupun dah berkali-kali Adam malukan dia." Masih teringat-ingat diruang fikirannya tentang pelakuan Adam pada Tasya sewaktu dia hadir kepejabat anak muda itu.

Tujuan kedatangannya adalah untuk membincangkan project di Alamanda. Tapi saat dia sampai disana, hatinya tuanya agak berkecil hati dengan pelakuan Adam terhadap puteri kesayangannya itu. Kalau tidak suka sekalipun, jangan Tasya dimalukan sebegitu rupa. Dia sebagai bapa, pasti terasa dengan layanan Adam itu. Tapi bila melihat Tasya beriak biasa saja, dia mengeluh. Sebegitu sukanya Tasya pada Adam tu. Sedangkan Adam, sebelah mata pun tak pandang Tasya.

"Iya juga sih. Tapi ini kan soal hati Dato. Kalau Non ngak suka, ngak usah dipaksa ya? Soalnya Bik khuatir kalau Non Tasya jadi semakin sedih." Nasihat Bik Atun.  Wanita tua itu dapat melihat jelas wajah kegembiraan Tasya saat Adam mengunjungnya tempoh hari. Wajah anak gadis itu tidak pernah lekang dengan senyuman dibibirnya. Namun dia juga dapat melihat Badrul seakan tidak suka Adam. Nampaknya Tasya akan menghadapai masalah sukar selepas ini. Pilihan wanita itu bakal mendapat tentangan dari Dato Harun dan Badrul sekaligus.

"Bik Atun panggil tetamu kita makanlah. Saya nak jamu dia. Menu pun nampak sedap ni." Soalan Bik Atun tadi dibiarkan sepi. Sebaliknya Dato Harun meninggalkan Bik Atun dan terus ke meja makan.

"Ya Bik?" Soal Tasya bila melihat Bik Atun menghampirinya.

"Ini non, Dato panggil Non sama temennya makan tengah hari bersama."

"Oh, Okay. Bik masuk dulu... Jom Is. Papa ajak kita makan. Hari ni Bik Atun masak makanan special tau. My favourite! Untung you dapat rasa." Jemput Tasya pada Iskandar penuh ramah.

"Tambah Is." Dato Harun tak henti menyodor nasi tambah untuk Iskandar walaupun lelaki itu sudah 3 kali menambah. Katanya, nasi ayam yang dibuat oleh Bik Atun memang terbaik. Haruslah! Sebab tu aku kata nasi ayam Bik Atun adalah makanan kegemaran aku.

Bik Atun apa lagi, haruslah dia senyum sampai telinga dibuatnya selepas Iskandar tak habis-habis memuji. Aku perhatikan saja 3 manusia itu. Terbit senyuman dibibir aku melihat kemesraan itu. Rasanya sudah lama rumah ini tidak merasakan meriahnya suasana makan bersama.

Iskandar aku lihat sudah terkulat-kulat mahu menghabiskan nasi dipinggannya. Dalam hati aku sudah bantai gelak. Ini betul-betul menjaga hati namanya. Tak pandai langsung menolak walaupun tenggolok tu dah tak boleh terima, perut pula dah menolak naik. Tapi masih juga mengambil nasi yang papa sodorkan kepadanya. Anak siapalah yang baik sangat ni?

Kemesraan itu buat Tasya sedikit tenang. Melihat kemesraan papa dan Iskandar, buat Tasya berfikir. Adakah layanan papa pada Adam juga akan seperti ini nanti?

"Tambah Non?" Bik Atun menghulur mangkuk nasi kepada Tasya yang leka melihat papa dan Iskandar.

Tasya tersedar dari lamunannya. Kemudian dia tersenyum pada pembantu rumahnya.

"Tak bik. Tasya dah kenyang. Banyak Tasya letak nasi tadi." Tasya menolak.

Iskandar yang leka pada suapannya, baru tersedar yang dia sudah terlebih makan. Tidak pernah dia makan sebanyak ini. Ini pertama kali. Selera makannya naik mendadak bila bertemankan Tasya. Haruslah selepas ni dia pusing trek untuk bakar kalori yang terkumpul sekarang. Haih! Menyesal pula makan tak beringat.

Usai makan, Tasya menolong Bik Atun mengemas meja walaupun Bik Atun sudah melarangnya. Selepas ini dia akan pergi ke hospital untuk melihat kondisi buku lalinya.

***

"Malam nanti you ada pergi mana-mana?" Tanya Iskandar yang berada di tempat duduk pemandu. Kini mereka dalam perjalanan pulang ke rumah wanita itu selepas temujanjinya selesai.

Nampaknya kaki Tasya sudah sedikit membaik. Tidak seperti diawal-awal dulu. Bandage juga sudah dibuka. Cuma masih perlu bertongkat.

Tasya mengerling wajah itu seketika sebelum mengajukan soalannya.

"Nope. Why?"

"I ingat nak ajak you pergi trek. I kena buang kalori dari badan I ni. Tadi makan tak ingat dunia." Jawab Iskandar jujur sambil ketawa. Menampakkan lesung pipitnya sebelah kiri.

Meletus tawa Tasya didalam kereta itu. Tawa Tasya itu pula buat Iskandar terpegun. Apa saja yang tidak menarik pada diri Tasya ini sehingga Adam menolaknya? Nothing! She's breathtaking. Gigit jarilah Adam kalau Tasya jadi miliknya. Iskandar senyum melihat tawa Tasya semakin mereda.

"Itulah tadi makan tak control langsung. Tahulah nak ambil hati papa I. Tapi janganlah lupa nyawa sendiri. Kalau you mati kekenyangan tadi macam mana?" Balas Tasya selepas itu. Tawa masih tersisa. Kalau aku ambil gambar muka Iskandar yang terkulat-kulat mahu menghabiskan nasi didalam pinggan tadi, confirm boleh jadi kenangan. Muka macam cicak tertelan kapur.

"So boleh la ni ya?" Walaupun tiada lagi jawapan yang diberikan oleh Tasya, tapi Iskandar rasa, wanita itu telab bersetuju dengan pelawaannya itu.

"Tentulah boleh." Tanpa berfikir panjang Tasya bersetuju. Kan dia sudah bilang, dia cepat mesra pada makhluk yang namanya lelaki.

"Can I take you somewhere?"

"Ini kereta siapa?"

Iskandar berkerut dahi. "Kereta saya. Kenapa?"

"Good. So bukan kereta pinjam kan?" Soal Tasya lagi.

"No." Jawab Iskandar ringkas. Semakin berlapis kedutan diwajahnya. Tasya tengah test aku ke apa? Takkan doktor macam aku sampai sengkek sangat tak ada kereta sendiri?

"Very good. So, kalau dah kereta ni kereta you, bawa sajahlah ke mana you nak bawa. Tak ada orang marah pun kan? Kecualilah kereta you ni kereta curi. Hah! Itu I kisah. Sebab tak mahu terlibat dengan pencuri." Jawab Tasya dengan senyuman manis dibibirnya.

Melihat senyuman itu, makin tak keruan hati Iskandar dibuatnya. Boleh tersasar masuk ke sebelah jalan kalau begini gayanya.

"Kalau I ajak you pergi rumah Tok Kadi?" Tiba-tiba idea Iskandar muncul untuk mengenakan Tasya. Saja dia mahu melihat reaksi wanita itu.

"Erk? Boleh. Tapi..." Suara Tasya leretkan.

"Tapi?"

"You ni lelaki EXCLUSIVE tak? Kalau tak, sorry. I tak mahu."

Mak oi! Direct betul dia ni. Tak ada kona-kona dah. Macam ni boleh accident dibuatnya.

"Apa ciri-ciri lelaki EXCLUSIVE yang you mahukan tu?" Tanya Iskandar sambil menghidupkan enjen keretanya.

"Semua yang ada pada Adam. Means, everything on him." Jawab Tasya buat Iskandar merenung dia tak berkedip sedikit pun.

"Itu serupa juga bagi seketul Adam dekat you. Memang you takkan bagi peluang pada orang lain lah kan?" Iskandar masih serius walaupun Tasya seakan bermain dengannya.

Aik? Doktor ni nak try aku ke?

"Hmm... can we go now?" Tasya mengelak dari memberi jawapan. Sebenarnya dia sendiri tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan. Haraplah Iskandar tidak tanyakan lagi hal ini. Kerana hatinya hanya untuk Tengku Adam.

To be continue...

Share this novel

Amna28Alisya
2022-10-11 17:34:55 

Bila nak update..

sha angah
2021-02-07 10:58:03 

Hai... Next please...

YAZNI-ERNIE
2020-12-09 19:12:05 

hi.dear. next chspter plzzz.....


NovelPlus Premium

The best ads free experience