HBTA Bab 3.

Drama Series 96221

"Cik Batrisya Aulia. Sila masuk." Arah pembantu doktor.

Dato Harun memimpin Tasya. Perlahan-lahan Tasya menapak. Masuk kedalam bilik pemeriksaan dia didudukkan diatas kerusi.

"Cik Batrisya Aulia apa bo..." Tersangkut soalan seterusnya dari kerongkong. Iskandar cepat-cepat melihat kembali buku pesakit yang dihadapannya. Keciknya dunia. Desisnya dalam hati. Baru sekejap tadi dia jumpa di pejabat Adam, kini gadis itu sudah berada didepan mata. Kemudian Iskandar mengoyak senyuman manis. Now I know her name.

"Ehem... Err... Cik Aulia apa boleh saya bantu?" Kini baru soalan itu lancar mengalir dari bibirnya. Itu pun teragak-agak.

Aulia? Aulia pun boleh... Sedap juga dengar. Rasanya doktor inilah lelaki pertama yang memanggilnya dengan panggilan sebegitu. Ditambah dengan doktor muda ini yang menyebutnya. Makin tambah berlemak berkrim disukai ramai. Katanya dalam hati tanpa sedar siapa doktor yang sedang merawatnya.

"Kaki saya terseliuh tadi..." ujarnya.

Eh! Eh! Seperti mulutnya digam. La... ini klinik kawan Adam ke? Alamak! Gulp! Air liur ditelan laju.

"Macam mana boleh terseliuh? Kaki yang mana?" Soal Iskandar.

"Ka... nan..." jawab Tasya tergagap-gagap. Dan macam Parkinson.

Terus Iskandar bertinggung dihadapan gadis itu. Tasya terkesima. Bulat matanya melihat perilaku Iskandar. Memang macam ni ke seorang doktor layan pesakit? Gentelman habis. Macam kekasih! Adam pun tak pernah macam ni dengan aku. Marah-marah lagi adalah. Sayu menyerang Tasya tiba-tiba.

"Saya pegang ya..." Iskandar meminta Izin. Apalagi merah la muka si Tasya bila doktor muda itu berkata begitu. Dah macam suami minta izin kat isterilah pulak. Haih... apa kau merepek Tasya. Dia buat kerja dia aje.

"Arggg!" Tasya tak dapat menahan sakit bila Iskandar menyentuh dibahagian buku lalinya. Sakit yang dirasakan sampai ke tulang punggung.

Iskandar menggelang. Biru. Ni tak serupa terseliuh. Kalau terseliuh tak sebegini rupanya. Tulang area buku lali dia dah retak. Tak buat x-ray lagi pun Iskandar dah tahu. Tapi selagi belum melakukan prosedur x-ray, tahap keretakkan Tasya masih belum diketahui. Nampak memang serius.

"Betul ke ni terseliuh?" Duga Iskandar. Bukan dia tak percaya kata-kata gadis itu tapi, terseliuh yang dia katakan tak masuk dek akal.

"Sebenarnya...." Dato Harun sudah mula membuka mulut tapi lebih cepat Tasya memotongnya.

"Betul. I terseliuh and terus jatuh tangga. Tu teruk sikit." Bohongnya. Takkan nak cakap abang aku pijak aku? Haih. Tak sampai hati aku. Sejahat-jahat dia, dia tetap darah daging aku.

Dato Harun mendiamkan diri. Sedih hatinya bila Tasya terpaksa berbohong begitu. Dia sedar Tasya banyak kali disakiti. Tapi Tasya tak pernah mengadu. Apatah lagi berkata buruk pada Badrul. Kalau ada yang dia tak puas hati, Tasya akan luahkan terus terang.

"Ni kena refer hospital. Nanti saya buat surat pengesahan."

Iskandar tunduk menulis sesuatu di kertas A4 kemudian dihulurkan pada Tasya.

"Nanti jangan lupa rehat. Your body pun dah lemah sangat ni. Tadi baru je pengsan ni terseluih pula. Lepas ni apa pula?" Dah macam mak-mak Iskandar berleter pada Tasya.

"Apa? Pengsan? Kenapa Tasya tak bagi tahu papa?" Dato Harun sudah panik mendengarnya.

"See..." Iskandar menggeleng. "Papa you pun you tak inform."

Tasya hanya menunduk saja. Tahu itu salahnya. Bukan apa. Dia tak mahu papa terkejar sana sini semata-mata untuknya. Papa busy dengan GH.

"Sorry pa... I was thinking to tell you right after you get back from work. Sorry." Memek muka juga ikut memohon maaf.

Dato Harun naik mengelus kepala Tasya. Mata dipejam sekali tanda permohonan maaf anaknya itu dikabulkan. Kasihnya seorang ayah itu tak ternilai, lagilah mempunyai anak seperti Tasya. Tahu saja bagaimana menyenangkan hati tuanya. Walau dia masih ada Badrul, namun tiada duanya dibanding Tasya.

"Eh. Sorry. You have to see this drama. Thanks for refer letter ni." Tasya lembali melihat Iskandar.

"No need to thank me. I'm a doctor and this is my job. Ingat, lepas ni rehat." Iskandar mengingatkan lagi. Entahlah kenapa dia suka memberikan perhatiannya pada gadis itu. Gedik? Tak nampak macam gedik pun. Kalau manja memang ya. How cute!

"Kami balik dulu Doc. Till later." Ujar Dato Harun sambil memimpin Tasya keluar dari klinik itu. Bila Tasya selamat masuk dalam kereta Dato Harun terus bertanya.

"Tak cakap pun ada boyfriend doktor?"

Sudah! Tasya kerling papanya.

"Mana pula boyfriend. Baru kenal tadi. Itupun sebab Tasya pengsan dalam office Adam. What do you expect... sekali jumpa terus jatuh cinta?"

"Dengan Adam boleh aje?" Soalan balik ditanya. Dato Harun ukir senyum bila Tasya diam tak menjawab.

"Papa bukan apa. Papa nak Tasya dapat suami yang menghargai Tasya. Sayang and jaga Tasya sama macam papa buat pada Tasya. Tapi papa tak nampak semua tu pada Adam. You've told me, he always rude with you. So? Kenapa nak stay close dengan lelaki macam tu? Infect, Tasya kena cari yang macam doktor tadi tu. Beri perhatian pada Tasya. Talk nice to you. Taking care of you. Ini? Sebaliknya Tasya pula yang terkejar-kejarkan Adam. Walhal Adam sikit pun tak layan Tasya." Panjang hujah Dato Harun pada anaknya. Bukan dia tak suka Adam. Sebagai ayah dia juga mahukan yang terbaik untuk anaknya. Adam memang lelaki yang berjaya dalam business. Hormatkan orang tua. Tapi Dato Harun nampak, soal wanita bukan fokus utama lelaki itu. Dia jadi kesian pada Tasya bila saban hari mengejar cinta lelaki itu. Pepatah perigi mencari timba memang sesuai pada anaknya saat ini.

"Adam lain pa..." Tasya masih membela lelaki itu.

"Tell me apa yang lain tu? Dia lagi handsome dari Iskandar? Dia lagi kaya? Atau dia pandai mengambil hati Tasya?" Soal Dato Harun tak mengerti kenapa Tasya masih mempertahankan Adam? Memang cinta itu buta. Tapi cinta juga boleh membunuh kalau salah mencintai.

Tasya bermain dengan jari-jemarinya sambil memikirkan soalan papa tadi. Semua tu Tasya tak pandang. Dia cuma mahukan lelaki EXCLUSIVE. Lelaki yang mahal harganya pada setiap wanita. Rare. Tak menganggap wanita itu seperti barang. Bila dia mahu, dia gilap. Bila tak mahu, dibiarkan berlapuk, kusam dan akhirnya dibuang saja. Bermanis mulut pada wanita yang selayaknya. Itu yang Tasya mahu. Dan semua itu ada pada Adam. Tasya tak nampak itu ada pada Iskandar. Hati Adam mahal untuk dibeli dengan kata-kata saja. Ah! Kenapa Iskandar yang dimasukkan dalam cerita ni. Eh! Tak faham aku.

"See... Tasya pun tak ada jawapannya kan? Nampak sangat Tasya aje yang mengharapkan dia. Kalau dia tak boleh terima Tasya apa adanya. How about later? Boleh ke dia terima baik-buruk Tasya? I tell this because I love you so much. You are my everything. Papa tak minta banyak. Sebelum papa tutup mata, papa nak Tasya bahagia dengan suami dengan anak-anak Tasya."

Jangan jadi macam papa. Jaga keluarga pun Papa fail. Sambung Dato Harun dalam hati.

"Pa... kenapa jadi sensitif ni? Selagi papa dengan Tasya, hidup Tasya dah lengkap pa. Tasya tak kawin pun tak apa. Asalkan Tasya dapat jaga papa."

Terharu Dato Harun mendengar kata anaknya.

"Sebab nak jaga papalah Tasya sampai patah riuk macam ni. Tengok tak pasal-pasal dah retak tulang kaki. Tulah degil lagi. Cuba ikut je arahan papa. Mungkin Tasya tak jadi macam ni."

"No pa. Abang dah banyak sangat diberi muka. Kejap lagi kita dipijaknya." Tasya masih bertegas. Sampai bila Badrul nak diberi muka. Asal mengamuk saja tangan dengan kaki naik sama. Sakit memang sakit. Tapi selagi diturutkan kehendaknya itu, Badrul tetap tak akan berubah. Dengan cara ini saja Tasya menaruh harapan.

"Dah kena pijak pun kan?" Sindir Dato Harun.

"Tulah. Nasib retak kat buku lali aje. Kalau kat tengkuk? Kat tangan? Dah kurang hantaran Tasya. Kesian kat bakal suami Tasya nanti."

Kemudian mereka ketawa gembira. Driver Dato Harun memandang melalui cermin pandang belakang. Pelik betul dua beranak ni. Dah kena teruk dengan Badrul pun masih boleh ketawa. Kemudian pemandunya tersenyum juga bila mendengar ayat seterusnya dari Dato Harun. Begitulah sepanjang perjalanan mereka menuju ke hospital. Perbuatan Badrul diusir jauh.

**********

"Nak kemana ni Adam." Soal Datin Juwita tiba-tiba. Tika itu dia baru keluar dari biliknya. Melihat anaknya memakai pakaian sedikit kemas. Hati bersorak gembira. Nak keluar dengan girlfriend ke? Juwita sudah tersenyum simpul. Ada can lah nampaknya nak terima menantu!

"Nak keluar dengan Iskandar."

Mati terus senyum Datin Juwita. Terus berubah masam.

"Balik-balik Iskandar. Dah tak ada nama lain ke yang nak disebut? Jemulah mama dengar."

La... pulak? Adam garu kening. Kenapa mama macam cacing kepanasan ni? Takkan aku nak keluar dengan Iskandar pun salah.

"Mama nak Adam keluar dengan PE.REM.PU.AN. Bukan dengan lelaki. Balik-balik nama si Iskandar tu yang Adam sebut. Mana mama tak naik angin." Menonong Datin Juwita menuju ke ruang tamu.

"Ma... Adam dah bagi tahukan. Adam belum nak ada komitmen sekarang ni. Alam Angkasa pun baru nak naik. Kalau Adam kawin, Adam takut tak dapat dapat bagi tumpuan penuh. Lagi berdosa kawin lepastu bini jadi perhiasan kat rumah aje sebab Adam selalu tak ada dirumah." Alasan yang sama Adam berikan setiap kali Datin Juwita memarahinya dengan perkara yang sama.

"Itu saja alasan kamu kan. Mama dah jemu tau Adam. Jawabnya sampai bila-bila lah kamu tak kawin."

"Siapa tak mahu kawin ma. Adam nak. Tapi belum masanya lagi. Adam pun baru 31. Mula lagi kot."

"31 tu muda lagi ke Adam? Kawan sebaya kamu dah ada 2, 3 orang anak. Kamu? Jangankan anak. Girlfriend pun tak ada. Tu Zein, dah nak kawin lagi sekali. Kamu?"

"Hah! Biar betul ma? Zein dah dapat lupakan Munirah ke?" Adam tahu betapa cintanya Zein pada wanita itu. Takkan semudah tu nak kawin lain?

"Mama tak pasti pula. Tapi itulah yang Mak Ngah kamu cerita. Zein yang lebih muda dari kamu tu pun dah nak kawin kali kedua. Kamu tu? Haih. Nak kata tak ada rupa, duit, harta. Semua dah cukup lengkap serba serbi. Ke?" Bicara Datin Julia terhenti.

"Ke kamu ni gay?"

"Mama! Apa mama fikir sampai macam tu? Adam takkan buat kerja-kerja terkeji macam tu lah. Iman Adam ni kuat lagi. Kalau terdesak sangat pun, Adam takkan buat pada lelaki. Masih belambak perempuan kat luar sana. Boleh aja Adam buat dia teman Adam tidur." Nak fikir pun dah geli ma. Lagikan nak buat? Tak tercapai dek akal nak ke arah tu. Perempuan bukan tak ada. Geng kunyit, serai atau apalah gelaran mereka, Adam seriau memikirkan nasib mereka.

"Adam! Mama tak ajar Adam macam tu. Adam lebih dari mampu nak beristeri. Kenapa mesti nak cari teman untuk tempat tidur saja?" Suara Datin Juwita sudah naik mencanak. Mencerlun matanya mendengar pengakuan anak lelakinya itu. Datin Juwita menghempas punggungnya keatas sofa dengan kasar. Kecewa dengan sikap anak tunggalnya itu. Apalah yang susah? Aku suruh cari isteri, kawin. Bukan pergi berperang.

"Ma..." Adam mendekati Datin Juwita. Tangan mamanya diraih. Dikucup lama.

"Im sorry for hurting your feelings. I didn't mean it. Adam cuma tertekan bila mama tuduh Adam gay. Mama beri Adam masa ya?"

"Berapa lama? Sebulan, 2 bulan, setahun ke 10 tahun lagi? Jawabnya mama mati dulu kempunan tunggu menantu."

Haih! Susahnyalah nak pujuk perempuan. Aku pulak memang tak pandai memujuk. Lagi lah payah. Kalau ada papa, mesti papa backup.

"Soon ma. I promise. Dah, mama jangan sedih ya." Adam! Itu dah namanya berjanji. Berdosa bila memungkiri janji Adam. Pada mama kau pulak tu.

"Janji dengan mama. Adam akan cari seorang perempuan yang Adam terima dengan ikhlas hati dan cintakan dia. Mama tak mahu Adam cari mana-mana perempuan disebabkan terdesak dengan paksaan Mama. Mama nak tengok Adam bahagia. Berumah tangga dan ada anak sebelum mama tak ada. Adam satu-satunya anak mama. Kalau bukan Adam yang penuhi permintaan mama siapa lagi. Mama nak juga ada cucu yang boleh panggil mama, granny. Sunyi tau. Rumah besar-besar isinya 2 orang saja."

Mama dah pun paksa Adam ma... Keluh adam dalam hati.

"Bukan kita berdua aje kat rumah ni. Pak Mail dengan Cik Lin pun ada."

Datin Juwita menarik hidung Adam. Adam menjerit sakit.

"Lain kali jangan pusing ayat mama. Kan dah kena."

"Okey ma. Adam janji. Now, mama boleh lepaskan Adam tak? Iskandar dah lama tunggu Adam tu. Karang dia merajuk, Adam yang kena pujuk."

"Apa ke pelik Iskandar tu. Mama tengok dia ok aje. Takkan lambat sikit pun nak merajuk." Omel Datin Juwita. Takkan Doktor berperangai macam tu? Ke Adam ni mengarut aje?

"Merajuk lelaki ni lain sikit ma. Tak sama dengan merajuk perempuan. Okey ma. Ada gerak dulu. Love you." Sekilas lalu dia mencium dahi Datin Juwita dan terus keluar.

Datin Juwita ketawa melihat keletah Adam. Dah tua-tua pun tak malu cium aku lagi. Haih.

**********

"Bila nak masuk trek ni? Aku dah seminggu lepak rumah. Bosan la. Kaki ni pun nak kena train juga." Sambil melihat bola dikedai Mamak, Adam menyoal Iskandar. Tapi sepertinya fikiran iskandar bukan berada disitu. Jauh dia termenung.

Adam mendecit. Ni aku malas ni. Ajak aku keluar lepas tu dia yang heng. Dah lah kata nak lepak cafe. Aku siaplah punya smart. Sekali lepak kedai mamak aje. Puih. Tak boleh pakai punya kawan.

"Wei. Aku tanya kau ni." Adam mengetuk meja sedikit. Iskandar terkulat-kulat.

"Kau dah kenapa? Ajak aku lepas lepas tu kau diam. Tertelan salah ubat ke?"

"Hisy! Bukan lah. Aku tengah fikirkan pasal Aulia."

"Aulia mana pulak kau ni?"

"Patient akulah. Kau apa tahu." Iskandar menghirup kembali air milo ais yang sudah cair. Lama juga aku termenung. Sampai cair air hah...

"Kedekut!"

"Kau tanya apa tadi?" Iskandar kembali menyoal soalan pertama Adam.

"Aku cakap bila nak masuk trek? Kaki aku nak kene exercise ni. This week jom?"

"Aku rasa tak boleh la. Aku ada hal. Nak pergi tengok patient aku."

Bulat mata si Adam mendengarnya. Mak oi! Special betul patient tu. Sampaikan doktor datang melawat.

"Dari tadi aku dengar pasal patient kau ni. Kenapa dia sebenarnya?" Nak tak nak Adam kembali bertanya. Kuat gila pengaruh minyak nyong-nyong yang kena pada Iskandar ni... sebab seorang patient dia jadi macam ni. Haih...

"Dia terseliuh. Tulang dia retak. Tapi aku tak rasa tulang dia tu retak sebab terseliuh. Aku rasa ada benda lain. Sebab masa aku pegang kaki dia, nampak macam lebam. Lepas tu ada macam bentuk tapak kaki orang. Tu aku macam suspect sesuatu."

"So...?" Soal Adam seperti tak berminat.

"So? Kalau kau tak berminat nak dengar. Aku tak nak cerita. Buang air liur aje. Tadi kau juga yang ya, ya tanya aku."

Adam menggeleng. Kuat sentap betul doktor sorang ni.

"Okey. Okey. Aku dengar. Hah lepas tu?"

"Aku suspect dia kena dera."

"Hah? Weh berat tuduhan kau ni Is. Silap boleh mendatangkan fitnah. Mana tahu betul ke dia terseliuh." Nyata Adam terkejut. Tapi dia cuba bertindak rasional.

"To be a doctor you need both eyes. And my eyes can't be lies. Mata aku nampak jelas ada bekas tapak laki kat buku lali dia. Kulit dia putih kot. Memang nampak la."

Kesungguhan Iskandar bercerita buat Adam mula percaya. Kesian juga kalau jadi mangsa dera ni.

"Habis kau nak buat apa? Kau bukan saudara dia. Jauh sekali ahli keluarga dia."

"Aku kena tolong dia lah Adam. Tapi aku perlukan bantuan kau."

La... pulak. Kenapa aku terbabit sama?

"Tolong jangan libatkan aku dalam masalah cinta kau eh. Lagi-lagi perempuan. Aku tak pandai."

"Tapi kau kenal dia."

"Siapa?!" Mati terus suara-suara bingit di kedai mamak itu. Adam rasa hanya ada dia dan Iskandar saja. Terkejut.

"Batrisya Aulia..."

Bat-Batrisya... Batrisya Aulia... Tasya?! NO! HELL NO!

"Kau gila! Aku seboleh-boleh nak mengelak dari sotong kurita tu, kau lagi nak libatkan aku... Aku tak nak!" Adam menolak keras. Air minumannya dia tolak jauh. Terus Hp dibelek. Baik tengok apa yang trending kat Twitter. Dari aku layan mamat senget ni.

"Adam... tolonglah. You are my only hope. Kau yang paling rapat dengan dia. Aku yakin dia kena dera. Aku cuma nak tahu kenapa dia dibuat begitu? Salah ke? Bukan ke kita kena sesama islam kena saling tolong menolong? Berdosa kita biarkan orang yang teraniaya. Sedangkan nabi menasihati umatnya agar berlaku baik sesama manusia bukan pada orang Islam saja. Pada semua makhluk Allah. Termasuklah binatang. Inikan pula manusia? Jadi kau tahukan betapa pentingnya menolong orang?" Iskandar sudah berdialoq ala Dai' program rialiti popular TV3.

Adam mengeluh. Hp diletak kasar diatas meja.

"Kau nak aku buat apa?" Adam terpaksa mengalah bila Iskandar beria bertazkirah padanya. Sentap!

"Macam ni..." Adam mendekatkan telinganya bila Iskandar mahu membisikkan sesuatu ditelinganya.

"What? NO! BIG NO! NO WAY!" Apa punya idea la...

"Tak ada cara lain Adam. Aku tahu kau boleh. Bukan susah pun. Kau call dan tanya kabar dia."

"Itulah masalahnya... Aku tak pernah-pernah call dia. Tak ke pelik bila tiba-tiba aje tak ada ribut tak ada hujan aku kena call dia?" Tambah Adam lagi.

"Adam kalau kau tak kesian dia. At least kau ambil kena ambil tahu sebab dia tu perempuan yang teraniaya. Kesian tau. Dia datang kat klinik aku dengan kaki bengkak biru. Lepas tu bila aku tanya kenapa dia macam tu. Dia macam ada benda nak disembunyikan. Samalah macam kau malukan dia hari tu. Tu pun dah kira menganiaya dia tau. Kau tak rasa bersalah ke?"

Kena lagi kau Adam. Memang point dia betul dah. Cuma aku ni aje yang tak sanggup. Kalau la dia bukan Tasya si sotong kurita. Aku nak aje menolong.

Menolong pun bersyarat ke Adam?

"Kau anggap la pertolongan kau ni untuk sejenis minta maaf pada dia. Tak boleh ke?"

Adam diam. Kali ni dia berfikir lama.

"Fine. Aku tak paksa kau. Kalau kau tak nak tolong tak apalah. Tapi jangan salahkan aku kalau satu hari nanti kau dengar berita dia dah mati. Masa tu kau nk menyesal pun dah tak guna. Belum lagi salah kau banyak pada dia. Ingat aku tak tahu?" Ya! Iskandar sempat korek rahsia dari setiausaha Adam tadi. Dan dia tahu Tasya sukakan Adam.

Adam menjeling tajam. Ugut lagi. Ugut. Aku ni memang dah tak ada hati perut agaknya dia cakap macam tu. Huh!

"Yelahhhh... puas hati kau?"

"Puas! Macam nilah kawan. Aku pun sambil-sambil tu nak cucuk jarum juga. Kot la dia sukakan aku."

Frutttttttt. Tersembur air dari mulut Adam. Habis kena dimuka Iskandar.

"Adam! Kau ni selekeh la!" Iskandar bingkas bangun menuju ke tandas. Kesempatan itu Adam gunakan untuk menilai semula pelakuannya selama ini pada Tasya. Hmmm memang aku banyak salah pada dia. Tapi dah hati tak suka. Nak buat macam mana? Dia pun satu. Tak malu. Orang dah tak nak. Masih terhegeh-hegeh.

To be Continue....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience