BAB 10

Romance Completed 9280

“Apa yang tidak betulnya. Kaukan sudah lama sukakan dia. Baik kau luakan sekarang. Aku dengar lelaki Jepun kacak-kacak. Melepas kau nanti.” Balas Kamal.

Rizki menarik nafas dalam-dalam. Cuba menenangkan hatinya. Jantungnya berdegup semakin pantas. Rizki menghampiri Qaseh.

“Qaseh, saya mahu cakap sesuatu sekejap.” Kata Rizki. Qaseh hanya mengikut. Hana dan teman-teman yang lain sudah tersenyum. Faham apa yang ingin di ucapkan Rizki sebentar nanti.

Teman lelaki sudah bersorak tatkala melihat Rizki menghampiri Qaseh. Masing-masing sudah tahu bahawa Rizki menaruh hati kepada Qaseh. Mana tidaknya kalau hari-hari Rizki mencuri pandang Qaseh di dalam kelas mahupun di kantin.

Sudah ramai di antara mereka cuba mendekati Qaseh. Tetapi semua di tolak. Mereka ada terdengar bahawa Qaseh pernah memuji Rizki atas kepimpinan Rizki sebagai Ketua Pengawas.

Rizki juga tidak kurangnya. Ramai pelajar perempuan yang meluahkan kata suka tetapi semua di tolak. Jawapan Rizki cuma satu. Sudah ada yang bertakhta di hati.

“Awak mahu cakap apa?” tanya Qaseh. Aneh apabila melihat teman-teman lelakinya bersorak.

“Janji dengan saya yang awak tidakkan ketawa ataupun mencelah.” Pinta Rizki. Qaseh hanya mengangguk tanda setuju.

“Saya sukakan awak. Saya tidak tahu bila tapi sedar tidak sedar saya selalu perhatikan awak. Awak tidak perlu bagi tahu jawapan awak sekarang. Saya mahu ucapkan walaupun kita sudah berjauhan saya masih akan setia dengan perasaan saya terhadap awak. Cuma satu sahaja saya minta. Beri saya masa untuk melamar awak sebagai ratu di hati saya. Beri saya masa untuk buktikan bahawa saya mampu bahagiakan awak. Beri saya masa untuk saya melamar awak sebagai peneman hidup saya. Saya tahu semua ini akan memakan masa tapi hanya itu yang saya minta.” Ucap Rizki. Merah wajahnya tatkala mengucapkan kata-kata tersebut.

“Saya akan tunggu. Buktikan apa yang awak katakan tadi.” Balas Qaseh sambil tersenyum.

Rizki tergamam dengan apa yang baru di dengarnya tadi. Selepas tersedar dari lamunannya, Rizki mengeluarkan sebuah kotak. Di berikan kotak itu kepada Qaseh. Qaseh dengan senangnya menyambut kotak yang di hulurkan.

Melihat adegan itu, semua memberi tepukan dan bersorak riang. Wajah Qaseh dan Rizki berubah menjadi merah. Malu apabila baru tersedar bahawa mereka di perhatikan. Qaseh melihat sekelilingnya. Bertambah malunya apabila melihat beberapa orang yang tidak di kenalinya turut tersenyum melihat mereka.

Malu Qaseh semakin bertambah apabila matanya tertangkap wajah mamanya yang memerhati. Mamanya tersenyum tatkala mata mereka bertentangan. Kepala Qaseh di tundukkan. Qaseh berjalan menghampiri Hana. Hana tersenyum melihat sahabatnya. Sekurang-kurangnya hatinya tenang melihat senyuman Qaseh yang seceria dulu.

“Apa tunggu lagi. Jom selfie.” Ajak Kamal.

Semua berkumpul dan menangkap beberapa gambar dengan menggunakan telefon dan monopod Kamal. Sempat juga Kamal menangkap gambar Rizki dan Qaseh berdua. Senang hatinya apabila sahabatnya sudah meluahkan perasaan.

“Maaf ganggu. Qaseh masa sudah tiba.” Kata Puan Hafizah. Sejeurus itu satu pengunguman di utarkan mengenai pernebangan ke Jepun.

Wajah yang tadi gembira bertukar menjadi sayu. Suasana yang ceria menjadi hambar. Qaseh memeluk Hana . Lama. Kemudian seorang demi seorang teman perempuannya di peluk.

“Qaseh kami ada sesuatu untuk awak.” Kata Kamal. Baru teringat akan hadiah yang di belinya.

“Ini hadiah daripada kami semua.” Kata Kamal. Sebuah album gambar di beri kepada Qaseh. Qaseh menyambut dengan gembira.

“Qaseh, mari.” Ajak Puan Hafizah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience