BAB 9

Romance Completed 9280

Mata yang di pandang tidak mereka hiraukan. Bagaikan mereka berada di dunia mereka sendiri. Setelah keadaan kembali tenang, pelukan mereka di leraikan. Hana mengusap air mata Qaseh. Jelas kelihatan wajah Qaseh yang merah dan matanya yang bengkak akibat menangis.

“Macam mana kamu semua tahu?” tanya Qaseh aneh. Air mata yang bersisa di lap dengan tisu.

“Rizki yang tahu dulu. Dia bagi tahu saya. Jadi kita semua pakat nak buat kejutan untuk awak.” Jelas Hana. Qaseh melihat Rizki dengan pandangan yang pelik.

“Saya tahu daripada ibu saya.” Bagaikan dapat membaca fikiran Qaseh, Rizki menjawab. Hana menggangguk.

“Sampai hati tidak bagi tahu kami tentang perkara sepenting ini.” Kata Hana agak kecewa. Seperti dia bukan sahabat yang baik kerana tidak tahu tentang pemergian Qaseh ke Jepun.

“Saya bukan tidak mahu beritahu kamu semua. Saya cuma rasa berat hati mahu beritahu perkara ini kepada kamu semua.” Jelas Qaseh.

“Kalau awak pergi tanpa sebarang kata lagi kami rasa sedih. Semalam seharian kita keluar. Kita berseronok dengan tamatnya peperiksaan. Tiba-tiba hari ini awak kena berpindah. Ke Jepun pula.” Kata Airin, teman sekelas Qaseh.

Mereka yang lain menggangguk tanda setuju. Qaseh tersenyum melihat mereka. Terbit perasaan gembira yang tidak terkata. Siapa sangka dengan adanya teman-temannya di sisi perasaan sedih dapat di ganti dengan perasaan yang lebih bermakna.

“Terima kasih.” Hanya itu yang dapat di ucapkan.

Dari jauh Puan Hafizah memerhati Qaseh dan teman-temannya. Lega hatinya melihat Qaseh yang tersenyum ceria kembali. Sudah lama Qaseh tidak tersenyum sedemikian rupa. Mengalir air mata keiibuannya.

“Rizki, bila kau mahu beritahu dia?” bisik Kamal di telinga Rizki.

Wajah Rizki mula berona merah. Apabila teringatkan apa yang bakal dibuatnya sebentar lagi membuatkan hatinya berdebar.

“Betul ke tindakan aku?” tanya Rizki kepada Kamal. Mohon kepastian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience