BAB 3

Romance Completed 9280

“Merdeka!” jerit beberapa pelajar lelaki. Akhirnya, mereka berjaya mengharungi kertas terakhir dengan jayanya. Pelajar perempuan tiada kurangnya. Senyuman sentiasa di bibir. Tidak kurang juga wajah yang penuh kehampaan keluar daripada dewan peperiksaan.

“Qaseh!” panggil Hana. Qaseh memandang Hana dengan senyuman.

“Ya, ada apa sahabatku Hana Nur Iman?” tanya Qaseh.

“Esok jangan lupa.” Kata Hana.

“Lupa apa?” Qaseh bingun.

“Bukan ke kita sudah berjanji mahu keluar dengan kawan-kawan yang lain tengok wayang. Menyambut kemerdekaan kita yang tidak berapa nak merdeka ini.” Kata Hana cuba mengingatkan Qaseh. Hana mengeluh panjang. Nasib hanya perkara seperti ini yang Qaseh sering lupa. Jika semua perkara lupa, ke lautlah SPM Qaseh.

“Oh, pasal itu. Mana boleh lupa. Saya ingatlah. Mustahil untuk saya lupa. Hari terakhir membuat kenangan bersama sahabat.”

“Kali terakhir?” Hana agak terkejut dengan apa yang baru diucapkan Qaseh.

Qaseh agak terkejut dengan keterlanjurannya. Namun, wajah tenang cuba dipamerkan. Tidak mahu Hana mahupun teman-teman lain tahu tentang apa yang bakal terjadi pada dirinya.

“Kali terakhir untuk kita berkumpul beramai-ramai. Esokkan semua turut serta. Lepas itu, semua sibuk dengan hal masing-masing. Ada yang pulang ke kampung. Ada yang mula mencari kerja sambilan.” Terang Qaseh.

“Oh. Walaupun sudah sibuk tidak semestinya kita tidak boleh berkumpul beramai-ramai lagi. Kita boleh cari tarikh yang sesuai.” Kata Hana. Qaseh hanya tersenyum sepi. Hana dapat mengesan perubahan air muka Qaseh. Dapat dirasakan bahawa Qaseh ada menyembunyikan sesuatu daripadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience