BAB 1

Romance Completed 9280

Dilihatnya Jam di dindin, waktu sudah menginjak pukul 6.50 pagi. Dia meenghembuskan nafas cuba menenangkan diri sendiri. Qaseh sudah siap berbaju kurung putih kain biru sedang membelek wajahnya di cermin sambil membetulkan tudungnya. Qaseh mengalihkan wajahnya ke kanan dan ke kiri bergilir-gilir. Matanya tidak beralih dari memandang cermin.

Selepas berpuas hati dengan penampilannya, Qaseh berlalu untuk bersarapan. Sarapan itu penting sebelum memulakan hari. Terutama bagi dirinya kerana hari ini merupakan kertas terakhir untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Qaseh duduk di kerusi. Di atas meja sudah tersedia dua keping roti bakar dan semug susu. Pasti mama yang menyediakannya. Mama tidak pernah gagal untuk menyediakan sarapan untuknya.

Qaseh menadah tangan untuk membaca doa. Selepas mengaminkan doanya, Qaseh menyuap sekeping roti bakar ke mulutnya. Selesai sahaja sarapan, Qaseh bangun. Mencari mamanya di dapur. Dari jauh, Qaseh dapat melihat susuk tubuh mamanya yang sedang membasuh pinggan. Qaseh memeluk mamanya dari belakang. Puan Hafizah, mama Qaseh agak terkejut dengan telatah anaknya. Namun senyuman manis tetap di beri. Senyumkan sedekah.

“Anak mama sudah sedia? Hari ini kertas akhir bukan?” tanya Puan Hafizah kepada anaknya. Tangan yang penuh dengan sabun di bersihkan dengan air yang mengalir daripada paip singki. Badan di pusingkan supaya dapat melihat wajah anak tunggalnya. Wajah yang putih mulus tanpa sebarang parut jerawat di tatapnya dengan penuh kasih sayang. Qaseh tidak menjawab persoalan mamanya. Tidak mahu terlalu yakin. Hanya membalas senyuman mamanya.

“InsyaAllah mama, Qaseh akan cuba apa yang Qaseh mampu. Mama doakan Qaseh ya.” Hanya itu yang mampu di balas. Memohon restu mama sebelum berangkat ke sekolah.

“Mama selalu doakan anak mama supaya berjaya dunia dan akhirat.” Balas Puan Hafizah.

“Okaylah mama. Qaseh pergi dulu.” Ucap Qaseh sambil mengucup tangan mamanya. Kemudian pipi mamanya kiri dan kanan di kucupnya.

“Assalamualaikum, Qaseh.” satu suara memberi salam dan memanggilnya. Pasti Hana. Qaseh melihat jam di pergelangan tangannya. Jam menunjukkan pukul 7.00 pagi.

“Buat elok-elok. Baca doa sebelum jawab.” Pesan Puan Hafizah. Qaseh menganggukkan kepalanya lalu berlalu pergi ke ruang depan rumah. Qaseh mencapai beg dan kunci motornya. Kasut putih di sarungkan.

“Waalaikumsalam.” Jawab Qaseh. Tidak jawab salam berdosa. Boleh masuk api neraka. Qaseh menghidupkan enjin motornya. Helmet di pakai demi keselamatan. Enjin motor dihidupkan.

“Jom.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience