BAB 8

Romance Completed 9280

Qaseh memandang biliknya. Bilik yang berwarna ungu muda dan merah jambu serta hiasan bilik di dalam bilik itu sungguh menyenangkannya. Gambar-gambar yang tergantung di dinding di capai. Qaseh merenung gambar itu. Air matanya gugur. Rasa hiba di hati sungguh menyeksakan jiwanya. Gambarnya bersama teman-teman sekelasnya. Gambarnya bersama Hana. Gambarnya bersama guru-guru semasa sambutan hari guru. Sungguh kenangan itu akan di simpan di dalam hati.

“Qaseh, teksi sudah sampai.” Ucapnya Puan Hafizah. Sayu hatinya melihat anaknya yang begitu hiba. Andai dapat diubah segalanya pasti akan diubahnya. Namun semua ini sudah tersurat. Pasti ada hikmah disebalik semua ini.

Qaseh menyimpan gambar-gambar itu di dalam bagasinya. Akan di bawanya bersama ke Jepun. Hanya itu sahaja yang ada sebagai kenangannya di Malaysia. Selepas menzip bagasinya, Qaseh turun. Pintu rumah di kunci. Kaki melangkah ke arah teksi. Bagasi di simpan di ruang bagasi.

Puan Hafizah duduk di bahagian penumpang di belakang bersama Qaseh. Berharap agar kesedihan Qaseh akan berkurang. Tangan Qaseh di capai lalu diusap lembut. Qaseh meyandarkan kepalanya di bahu Puan Hafizah. Mata di pejam. Qaseh terlena akibat keletihan menangis.

Puan Hafizah mengucup kepala Qaseh. Bahu Qaseh diusap lembut. Ingin memberi kekuatan kepada Qaseh. Suapaya Qaseh tabah mengharungi cabaran dan ujian yang bakal mendatang.

Apabila Qaseh membuka mata, mereka sudah sampai di lapangan terbang. Qaseh menarik nafas sedalam-dalamnya. Cuba menenangkan hatinya. Cuba memberi kekuatan kepada hatinya agar tabah menghadapi semua dugaan ini.

Pintu kereta di buka. Bagasi di keluarkan. Qaseh dan Puan Hafizah berjalan beriringan ke tempat perlepasan. Qaseh duduk di kerusi yang di sediakan.

“Mama pergi ambil tiket dulu ya.” Pinta Puan Hafizah. Qaseh hanya menggangguk. Buat masa ini Qaseh tidak mahu bersuara.

Jam di tangan di lihat. Masih ada dua jam sebelum tiba masa berlepas. Qaseh melepaskan satu keluhan. Rasa sedih semakin menebal di dalam hati. Novel di keluarkan untuk mengisi masa lapang. Qaseh cuba menyibukkan diri agar perasaan sedih dapat di ketepikan walaupun sebentar.

“Baca novel saja.” Kata satu suara dari belakang.

Qaseh agak terejut. Suara itu betul-betul di sebelah telinganya. Suara itu amat di kenalinya. Suara yang menjadi peneman sepanjang dia bergelar pelajar. Hana!

Qaseh menoleh. Alangkah terkejutnya apabila Qaseh melihat bukan Hana seorang malah semua teman sekelasnya. Tanpa di pinta air matanya gugur lagi. Qaseh bangun dan terus memeluk tubuh Hana.

Qaseh menangis dan menangis. Hana menggosok belakang Qaseh cuba menenangkan Qaseh. Perlahan-lahan air mata Hana turut gugur. Seorang demi seorang teman perempuan Qaseh menghampiri dan memeluk mereka. Air mata mereka turut tidak ketinggalan untuk gugur menyembah bumi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience