Rate

BAB 2

Romance Completed 555

Zariff sedang berbual dengan rakan-rakannya di foodcourt selepas menonton wayang. Dia terlihat seorang gadis turut mengambil tempat di meja berhadapannya. Pengawas gila tu rupanya. Dah ada pakwe rupanya. Melepas…

Natalya hanya tersenyum nipis kepada Zariff yang sedang merenung dirinya. Siapa tak kenal Zariff Azlee anak Dato’ tu. Buaya darat besar di sekolah dan sangat berbangga dengan harta bapanya yang tak habis tujuh keturunan itu. Annoying!

” Awak tengok siapa? Zariff ? Playboy tu? Takkan kat dia pun awak nak?” Herman menyedut milo ais sambil merenung Natalya . Aku kat depan dia boleh pandang lelaki lain pulak.

” Bukan… Saya teringat dia selalu bergaduh dengan Lisa. Nama dia dah penuh dalam buku disiplin. Macam-macam kesalahan” Natalya menghirup sup yang berada di depannya. Dia berharap Herman tidak akan bertanya lagi tentang Zariff . Sebenarnya dia resah sendiri tiap kali matanya bertembunng dengan mata anak Dato’ itu. Hatinya berdetak kencang. Dia sendiri tidak tahu mengapa.

Zalna menghampiri pasangan kekasih yang sedang berbual itu. Dia turut terlihat Zariff yang sedang merenung temannya itu. Dasar buaya darat!

” Nat ! Jom!” Zalna segera mengajak Natalya pulang. Bukan apa, dia tidak mahu terlewat sampai ke rumah. Lagipun sudah hampir waktu Maghrib.

Mereka bergerak pulang selepas Herman hanya menghantar hingga ke parking. Katanya dia masih ada urusan dan akan pulang selepas itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience