Rate

BAB 5

Romance Completed 555

Natalya hanya termenung di tepi padang sekolah sambil menunggu Zalna selesai menjalani latihan hoki.

” Hai awak…” Zariff mengambil tempat bersebelahan dengan Natalya . Dari tadi dia melihat gadis berlesung pipit itu termenung seorang diri. Dia sudah tahu yang Natalya sudah putus dengan Herman . Dirasakan peluangnya kembali cerah.

” Hai…” balas Natalya pendek

” Kenapa termenung aje ni? Ada masalah ke? Saya boleh jadi pendengar masalah awk” Zariff terus merenung gadis di sebelahnya itu. Sejak mengenali Natalya dia mula belajar erti sayang dan paling penting erti setia.

” Kenapa pula saya perlu cerita masalah saya pada awak?” Natalya kehairanan dengan kesudian lelaki itu untuk berkongsi masalahnya.

” Sebab mungkin satu hari nanti awak akan jadi permaisuri hati saya dan saya mahu bersama awak sepanjang hayat saya. Jadi saya kenalah belajar dengar masalah awak dari sekarang” Zariff mengerdipkan matanya. Doanya dalam hati supaya gadis itu mengerti akan maksudnya.

” Apa awak cakap ni?” tanya Natalya berdebar. Entah mengapa hatinya berdegup kencang setiap kali bersama Zariff .

” Saya cakap saya nak belajar dengar semua masalah awak sebab nanti awak akan jadi menantu kepada mama saya, anak perempuan kepada papa saya, cucu kepada nenek saya dan paling penting jadi teman hidup saya yang akan menemani saya sepanjang hayat saya. Sebab tu saya nak berkongsi segalanya dengan awak termasuk masalah awak” Zariff tersenyum melihat mata gadis itu yang tersenyum kepadanya. Natalya menunduk selepas dirasakan Zariff sedang merenung matanya. Sedangkan hatinya berbunga girang.

Zariff menari nafas lega. dia hanya berani meluahkan perasaanya apabila Zalna memberikan maklumat tentang Natalya yang turut memujanya dalam diam. Dia mengangkat ibu jari kepada Zalna yang melambaikan tangan dari tengah padang. Terima kasih Zalna!

Ku dedikasikan karya ini untuk teman
Yang selalu membuat diriku ‘sakit pipi’
~ Nat & chekgu ( Azlee )~
Terima kasih untuk cuti semester yang
Tidak mungkin dilupakan…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience