Rate

BAB 1

Romance Completed 555

Langkah kaki Zariff berjalan dengan pantas. Dia sudah terlambat untuk ke sekolah. Malam semalam dia keluar bersama rakan-rakannya menonton wayang kemudian melepak di kedai makan hingga pukul tiga pagi.

” Mati la aku hari ni… Mesti kena dengan pengawas kerek tu punya la…” Zariff menggumam di dalam hatinya.

” Selamat pagi Tuan Zariff … Semalam ada mesyuarat hingga tengah malam ke? Tuan Zariff ada apa-apa lagi nak cakap?” Lisa tersengih selepas melihat wajah Zariff yang kian merah. Marah? Padan muka kau! Ingat kau anak orang kaya aku takut ke?

” Boleh aku masuk kelas sekarang? Hah jangan lupa pulak tulis nama aku besar-besar dalam buku kau tu. Zariff Azlee Bin Dato’ Azman . Kau ingat aku heran sangat ke dengan pengawas macam kau ni? Ini Zariff la… Siapa tak kenal aku…” balas Zariff bangga dan terus berlalu. Tiba-tiba dia terpandang seorang pengawas perempuan yang sedang berjalan menuju ke tapak perhimpunan. Pengawas tersebut hanya tersenyum sepanjang jalan. Gila ke? Tapi comel.

Natalya sedang membuat laporan mingguan pengawas di mejanya. Tiba-tiba seorang pelajar lelaki duduk berhadapan dengannya.

” Hai… sibuk sampai tak nampak saya datang” Herman segera menghadiahkan senyuman buat Natalya.

” Saya tengah siapkan laporan minggu ni” Natalya hanya memandang sekilas Herman yang masih tersenyum.

” Nat … petang ni awak free tak? Jom tengok wayang. Dah lama kita tak keluar sama” Herman cuba memancing. Sudah dua bulan dia berpasangan dengan Natalya tetapi gadis itu jarang mahu keluar bersamanya. Kalau keluar pun mesti bawa kawan. Siapa lagi kalau bukan Zalna si mulut becok itu. Takde privacy langsung. Natalya pula mengatakan itu untuk keselamatan dirinya juga. Huh! Mengada!

” Boleh la ye? Kita keluar petang ni” Herman memujuk lagi selepas melihat Natalya hanya berdiam diri. Aku cakap dengan kau la bukan dengan meja.

” Nanti la saya tanya Zalna dulu. Petang ni kalau dia free boleh la kita keluar” Natalya menjawab beralas. Bukan dia tidak suka akan Herman tetapi dia masih tahu batas pergaulan yang harus dijaga.

” Kenapa pula nak tanya Zalna? Saya bukan nak keluar dengan dia. Saya nak keluar dengan awak. Petang ni saya datang jemput awak ye?” Herman mula muak. Zalna lagi!

” Takkan saya nak bonceng motor awak? Taknak la… Pasal Zalna awak tak payah risau. Dia bukan duduk sebelah kita pun. Dia duduk jauh kan. Bagi privacy kat kita juga kan” Natalya membela rakan baiknya itu.

” Yela-yela petang ni pukul 5 tau. Saya tunggu awak kat Parade” Herman tersenyum kepada buah hatinya itu. Dia terpaksa mengalah sekiranya mahu keluar dengan Natalya petang ini.

” Ok. Nanti saya datang” Natalya tersenyum melihat Herman berlalu pergi.

” Oi cik kak! Berangan apa lagi? Pakwe kau dah balik kelas dia pun. Kau pulak yang berangan tak habis lagi” Zalna menyiku Natalya perlahan. Rakan baiknya itu kalau berangan memang nombor satu.

” Herman ajak keluar petang ni. Tengok wayang. Kau ikut ye?” Natalya segera memaklumkan kepada Zalna. Bukan apa… Zalna merupakan pemandu setia yang akan menghantar dia ke mana sahaja. Mereka sering keluar bersama kerana hobi mereka sama. Meronda sambil bergambar.

” Owh… cik abang ajak keluar rupanya. Boleh takde hal… tapi cik abang kau tak marah ke aku asyik ikut korang?” Zalna menyoal perlahan.

” Ala kau ikut la… Kau kan ‘ubat nyamuk’ aku. Lagipun tak selesa la kalau keluar berdua je. Takkan la aku nak naik motor dengan dia. Kau ikut la ek?” pujuk Natalya lagi.

” Yela-yela… petang ni pukul berapa?” Zalna beralah. Lagipun dia hendak membeli barangan sekolah sedikit.

” Pukul 5 kat Parade” Natalya tersenyum.

” Eleh happy la tu nak dating dengan cik abang. Tapi nanti kau pergi la tengok wayang dengan dia. Aku nak jumpa adik angkat aku sekejap lepas tu kami nak pergi beli barang. Mak angkat aku minta aku tolong sebab dia nak beli barang nak pergi Sabah” Zalna hanya buat selamba bila melihat Natalya sudah mula tersenyum. Nak perli aku la tu. ” Adik angkat ok? Kau jangan ngada-ngada nak cakap dia macam pakwe aku pulak” geram betul aku dengan budak ni sorang.

” Ok petang ni” Natalya tersenyum lagi. Adik angkat lama-lama terangkat. Hehe…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience